Ramainya Beratur Dekat 'The Chicken Rice Shop' Demi Promosi 2 Set RM10

Friday, July 5, 2019

Aku lemah betul kalau kebetulan terkeluar pergi mall, masa lunch hour. Sebab everywhere packed. Nak makan pun mesti stress sebab kebanyakan kedai mesti full. Biasanya mesti tertumpu dekat kedai kedai yang ada promosi lunch set, atau pun yang memang sediakan menu bawah RM10. Yela, sebab nak murah kan. Dan biasanya kalau murah ni, confirmlah ramai orang pergi. Tapi kalau aku, sanggup je tunggu or beratur pun sebabkan nak makan murah. Hahaha dasar cheap skate ye.



Makanya, bila dapat tahu The Chicken Rice Shop ada buat promosi 2 for RM10 bersempena pembukaan cawangan yang ke - 100, aku terus ZASSSSSSS haruslah terpacak di sana. Apa yang 2 for RM10 tu? Haa korang boleh datang dengan kawan (minimum 2pax) , dan order 2 set daripada menu (for single portion) pada harga RM10 jeee! Jimat banyak tu! Sebab biasanya satu set Chicken Rice macam aku selalu makan yang Prime Honey BBQ tu harga nya RM10.90. So kiranya dapat 2 set dalam satu harga. Haritu aku bawa mak mertua and adik ipar sekali join kitorang lunch. Berbaloi baloi makan ramai ramai.




Ada banyak promosi dan freebies yang TCRS nak bagi sempena promosi sepanjang 
1 July 2019 - 5 July 2019


1 July 2019: 100 TCRS Freebies!
Terhad untuk 100 meja pertama bermula pukul 12.30pm dimana mana 10 outlet terpilih. Korang akan dapat exclusive TCRS merchandise (Cooler Bag, T-short & Single Combo Meal Voucher). Valid untuk dine- in sahaja ya. 

Yang ni aku dah pergi hari isnin haritu hehe. Nasib baik sempat rebut merchandise ni. Paling aku nak cooler bag tu. Banyak fungsi nak buat letak letak makanan nanti.


2 - 5 July 2019: RM10 for 2 Single Combo Meal Set!

Ha ini promo yang aku cakap tu. Terhad untuk masa happy hour je dari pukul 12.30 pm sampai 1.30pm sahaja untuk korang dapatkan promosi DUA set nasi ayam beserta air (soft drinks) pada harga cuma RM10 sahaja!

Okies ada masa lagi sebelum promosi ni tamat. So lunch nanti boleh la pergi ajak office mate makan dekat The Chicken Rice Shop. Bawah ni ialah senarai cawangan TCRS yang mengambil bahagian

  1. IOI City Mall
  2. Mid Valley
  3. Sunway Pyramid
  4. Central i-City
  5. Aeon Mall Shah Alam
  6. KL Gateway
  7. One Utama
  8. Melawati Mall
  9. SubangParade 
  10. Sunway Putra Mall

Okay gais, lunch hour nanti laju laju ke The Chicken Rice Shop ye. Sebab aku syak queue dia akan jadi lagiii panjang daripada queue kitorang ni. Yela, siapa taknak promosi murah macam ni kan? sorang makan baru RM5! Dah la nasi ayam dia sedap. Pakej sekali dengan air lagi. Rugi laa kalau tak grab kan?




By the way, aku rasa korang beratur tak lama pun nanti. Sebab service TCRS ni laju. ssaapp ssuup sssapp dah siap makanan and terus dihantar. Cuma korang jela jangan makan lelama sangat. Kesian pulak orang lain yang beratur dekat luar tu. Be considerate okay? Enjoyy your nasi ayamm





Post a Comment

On My Instagram