McDonald's Ada Menu Baru Lah! : Portuguese Chicken Burger @ Burger Ayam Portugal

Friday, July 5, 2019
Perasan tak? Burger McDonald's banyak yang unik unik and baru baru ni, aku dengan Hilmi dok suka sangat dengan Spicy Korean Burger dia tu. Tapi haritu nak order tengok tengok dah tak ada. And ada burger terbaru pulak -- Portuguese Chicken Burger (Burger Ayam Portugal). Curious juga nak tahu rasa dia macam mana. Ngam ngam pulak hari Isnin (1 July 2019) haritu, aku dapat jemputan dari McDonald's untuk acara perasmian Portuguese Chicken Burger yang baru ni. So ni lah first time aku dengan Hilmi dapat merasa burger ni. Biasanya kalau aku ajak Hilmi pergi event, mana dia heran nak ikut haha. Tapi sebab aku cakap "Ni event McDonald's ni, boleh la try burger baru yang kita tengok haritu" - terus dia onz ikut. Sanggup dia tolong drive kan all the way dari Kajang ke Kota Damansara hahaha.

Moment masa acara pelancaran


Kegigihan merempuh jammed dekat federal highway ternyata tak sia sia ya, sebab Portuguese Chicken Burger ni boleh tahan sedap juga. Rasa dia lain daripada menu McDonald's Malaysia yang lain. Maybe sebab sos piri piri special yang dia gunakan tu kot. Ban roti yang digunakan untuk burger ni pun special tau, siap ada emping cili. Overall burger ni ada rasa hint of spices macam rasa kari sikit, rasa rendang rendang pun ada. Haha ke tekak aku tengah beraya lagi ni? Dok terasa macam rendang lalu dekat tekak je kahkahkah. Ala aku tak reti la describe macam mana, tapi korang WAJIB cuba okay? 

Mengancam ya burger ni


Burger ni didatangkan dalam set. Sekali dengan French Fries dan air Fanta Grape McFreeze atau pun boleh pilih nak Regular Coke je. Harga pula cuma RM16.99. Burger ni cuma ada untuk masa terhad je dan boleh didapati di semua cawangan McDonald's seluruh negara.

Bermula 4 Julai 2019, bersempena perasmian burger Portugal ni juga, McDonald's ada lancarkan Augmented Reality game (AR) yang dinamakan "Catching Nonando" . Linknya dengan Facebook untuk korang cuba main & boleh dapatkan hadiah menarik. Untuk grand prize, boleh menang 50,000 AirAsia Big Point. Wehooo! Cara nak main pun senang je. Cuma pergi ke facebook page rasmi "McDonald's Malaysia" dan klik  dekat sana. Cara nak main pun senang. Korang cuma perlu tangkap seberapa banyak Nonando (Ayam) yang boleh dalam masa 60 saat. Ala ala game PokemonGo je. Super simple! Cuba lah. Mana tahu korang teror gila, boleh menang 50,000 big point tu. Boleh la tebus jalan jalan melancong. Kot kot boleh pergi Portugal terus ke kan? 

Kalau korang tak menang main game ni pun, korang still boleh dapat voucher code instantly lepas habis game ni. Voucher code tu pulak, korang boleh guna untuk dapatkan diskaun bagi pembelian set Portugese Chicken Burger ni. wohooo dapatlaa jimat lebih! So, main game dulu ye sebelum pergi dapatkan set burger ni. Baru la berbaloi baloi.

Dengar dengar McFlurry Dinosaur nak buat comeback jugak! wehooo. McFlurry banjir dengan milo tabur & milo cereal siapa tak suka wey? Paling favourite ni! Masa Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee ni buat annoucement pasal McFlurry Dinosaur ni, terus aku hip hip hurrayy! T

wajiblah ada pose bersama burger, dan driver i aka husband i hewhew

Okay lah, makan Portuguese Chicken Burger lepastu pencuci mulut McFlurry Dinosaur. Ngam! Nora bagi lima bintanggggg. Siapa penggemar burger McDonald's , jangan terlepas peluang nak rasa burger edisi Portugal ni. Sempena tema "Discover The World" , taksabar nak tengok menu negara mana pulak lepasni yang McDonald's pilih. Dengar kata hint dia "Olympic 2020" . Boleh agak tak? hehehe . 

Did I hear Wagyu burger? No? hahaha. WUUUU BESTNYA KALAU ADA BURGER WAGYUUU

K gais, selamat ber-Portuguese Chicken Burger at McDonald's.

Parap pap pap paaaaaaaa .... I'M LOVIN IT


















Related search : Burger portuguese baru mcdonald's, burger portugis mcd, burger baru mcd sedap ke, burger mcdonalds portuguese review, review burger mcdonalds portuguese

Post a Comment

On My Instagram