[REVIEW] 4 PRODUK KECANTIKAN SIMPLY LYNN

Saturday, May 6, 2017


Yay!Another beauty product review!

Mula mulanya tahu pasal produk Simply Lynn ni sebabkan Meeracle Serum diorang yang feymes tu , lepastu baru lah tahu yang sebenarnya Simply Lynn ni ada macam macam lagi produk yang diorang keluarkan .

Asalnya nak cuba Glowing Beauty Spray je, tapi entah macam mana eh eh eh terambik sekali dia punya Glow Day Cream, Glowing Gel Treatment, & Booster Glow Whitening.

SIMPLY LYNN TESTIMONI


Perasan tak dalam kesemua produk Simply Lynn ni dok ulang ulang perkataan "GLOW?"


Nampak lah dekat situ highlight produk ni ialah nak memastikan pengguna produk Simply Lynn semuanya mampu merelip lip lap lip lap glowing .

Antara 4 produk yang ai senaraikan tadi tu, 3 daripadanya ialah berspesis skincare. Senang cerita, spesis yang kau tuang dan tonyoh pada muka . Dan 1 lagi ialah berbentuk supplement, yang mana khusus untuk mencantikkan dan merawat dari dalam.

Maka bijak lah aku dekat sini kan sebab ambil empat empat item ni, baru lah mampoooo nak cantik luar cantik dalam cantik dekat sini, kalau senyum~ eh ternyanyi :p

Now, moh kita cerita satu satu tentang produk Simply Lynn ni .

Dimulakan dengan ... bismillah ahaks!

BOOSTER GLOW WHITENING PLUS DETOXIN SIMPLY LYNN


SIMPLY LYNN MEERACLE SERUM



Ni lah yang berspesis supplemen tu . Berbentuk serbuk dan disertakan dengan sudu lagi . Cuma perlu makan sesudu sebelum breakfast dan sesudu lagi sebelum tidur . Rasa serbuk ni mashamm mashamm yang mengubah mimik muka haha tapi masih mudah ditelan . Sedap, dont worry .

Kandungan :

Collagen, Vitamin C, Vitamin E, Ekstrak buah buahan, Ekstrak lemonade, Ekstrak Bluberry, Ekstrak Strawberry

Sekarang dah tahu apasal benda ni mashamm hehe .

Ni helok untuk detox kan dalaman kita . Bila dah detox, bersih dan suci gittew -- baru lah pakej kulit flawless, cerah dan badan slim dapat dikecapi .

SIMPLY LYNN DETOXIN FEEDBACK

Manfaat Booster Glow Whitening Plus Detoxin


  • Mengurangkan berat badan
  • Berfungsi sebagai anti oksidan
  • Memberikan rambut yang sihat dan kuat
  • Meremajakan kulit
  • Baik untuk otot
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan / Menghilangkan parut
  • Merawat masalah jerawat

SIMPLY LYNN BAHAYA


Dalam packaging Booster Glow ni ada disertakan juga seketul kecik cinonet je slimming gel tapi takde gambar lah pulak . Gel tu korang hambik dan lumurlah pada kawasan yang korang rasakan lelemaknya berleluasa dan derhaka taknak hilang hilang. ekekeke . Slimming gel ni tak panas pun, kira macam cool gel camtu. Bila pakai cam uuuu nyaman berangin je. Best! 

Tapi tula, memang kecik cinonet je botolnya. Maybe tauke Simply lyn nak bagi sample bagi cuba cuba dulu kot. Mungkin full size produk tu akan dijual berasingan nanti. 

GLOWING GEL TREATMENT 


SIMPLY LYNN UNTUK JERAGAT


Lagi satu star produk Simply Lynn ni ialah diorang punya Glowing Gel Treatment.

Aku ni pantang betul bila tengok ada perkataan treatment. Sebab dalam mindset dah tetapkan yang gel ni mesti power and berkesan untuk perawatan masalah kulit wajah. Sebab tulah terjebak dapatkan seketul yang ni jugak .

Kandungan


  • Aloe vera
  • Vitamin E
  • Grape seed oil
  • Moisturizer gel
  • Bird nest collagen
  • Red ginseng

Kalau biasanya ada bahan bahan macam ginseng, bird nest collagen & grape seed ni selalunya berkait rapat dengan merawat tanda tanda penuaan . Contohnya bintik hitam, jeragat dan kedutan gittew .

Untuk glowing gel treatment ni, memfokuskan pada ;


  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan bintik hitam (Jeragat )
  • Menghilangkan kedutan dan garis halus
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Membentuk dan menegangkan muka
  • Melembutkan muka
  • Membuatkan muka menjadi v shape
  • Menyejukkan muka selepas memakai gel
  • Mencerahkan kulit muka
  • Muka nampak lebih glowing 


Aku tak pakai sangat yang ni sebab dah selesa gunakan moisturiser yang sedia ada, jadi aku bagi Mama je yang guna. Lagipun, yang ni lagi helok untuk kulit matang. wah tetiba terperasan kulit masih remaja remaja wakakakakakaa :p

Nanti kalau ada feedback dari mama, iols update dalam ni k

SIMPLY LYNN DAY CREAM




Aku sebenarnya tak faham macam mana boleh terambik juga day cream ni sebab secara harafiahnye (literally) aku memang spesis pemalas gila nak tempek day cream day cream ni hahaha . Why? Sebab biasanya day cream akan buatkan kulit aku lagi nampak berminyak, and in some case buatkan rasa melekit dan tak selesa sepanjang hari sebabkan texture day cream ni rata ratanya pekat dan bercapuk .

Tapi, aku rasa macam "takpela, cuba jelaa mana tahu ni helokk "

Masa mula mula buka dan tengok texture, aku dah macam "alaaa sama je macam day cream lainn" , lepastu aku dah fed up and biarkan je atas meja mekap tu . Tapi entah macam mana haritu aku bosan sangat kot, tak de keje hahaha so aku saje saje la tempek day cream tu as base dan makeup macam biasa, dan keluar gi jenjalan apa semua . And i noticed that day cream ni ngam dengan kulit . Tak melekit dan tak buatkan mekap jadi cakey . which is gooooood!

Day cream ni juga berfungsi untuk rawat masalah kulit dan untuk mencerahkan plus sebagai tabir suria wah tabir suria katakau, sunblock jela senang cakap haha .

So aku teruskan je penggunaan sebab "why not kan?" . Cuma kalau mekap heavy tu aku tak pakai lah sebab rasa rimas lak nak apply moisturiser lagi, primer lagi, foundation lagi . Tak koser berlayer layer sangat ahaks!

Now yang last sekali , 

GLOWING BEAUTY SPRAY


SIMPLY LYNN BEAUTY SPRAY

Ni lah penyebab utama aku nak dapatkan produk Simply Lynn ni. Sebab nama dia macam convincing je "glowing beauty spray" , bila spray je muka kau bercahaya hahaha kau taknak keeee?

Beauty spray ni bukan takat nak spray spray bagi muka segar dan sejukkan muka je tapi rupanya ada banyak manfaat termasuklah ; 

  • Make up tahan lama sehingga 24jam dan beri effect glowing & flawless
  • Boleh digunakan sebagai base make up
  • Boleh merawat masalah jerawat , jeragat dan resdung 
  • Melembabkan dan menegangkan kulit wajah
  • Menjadikan awet muda dan melambatkan penuaan kulit
  • Mengelakkan kulit kusam dan kering
  • Menghilangkan rasa mengantuk
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Membantu menghilangkan pigmentasi pada kulit muka akibat terdedah matahari
  • Mengurangkan kerengsangan pada kulit sensitif kerana glowing & flawless beauty spray bersifat sejuk
  • Sel kulit mati lebih cepat diperbaharui dengan meningkatkan tahap metabolisma kulit anda
  • Menstabilkan Ph untuk kulit yang lebih sihat dan cantik
  • Membantu mengurangkan migrain di kepala
  • Sangat sesuai untuk wanita , lelaki dan semua peringkat umur termasuk bayi juga


Hambekk . Air bukan sebarang air, spray bukan sebarang spray .

Ni dah jadi rutin harian juga, sebelum dan selepas apply mekap, memang guna beauty spray ni . Best! bau pun wangi jee. Cuma botolnya gabak sangat. Aku letakkan sikit dalam botol kecik beli dekat Mr.Diy senang nak letak dalam beg bawak kemana mana. Very handy and usefull! Sebab bila panas ke, bila rasa makeup dah tak cantik ke, bila rasa kulit kering sbab aircond ke...sembur je beauty spray ni lepastu beres . Yang ni memang highly recommended, (by me at least)

Okay tu jela kot nak bebel pasal produk produk Simply Lynn ni.  Punyalah panjang aku bebel. Asal review beauty produk je memang panjang kan? hewhew . Takpe, asalkan mampu memberikan manfaat dan panduan untuk korang yang berminat nak tahu tentang produk Simply Lynn ni. Kan?












Untuk pembelian, boleh hubungi pihak Simply Lynn melalui mana mana medium ni ye

Phone : 0162430390/0172953447
Ig : Simply Lynn









Related search :  Simply Lynn malaysia,Simply Lynn malaysia review, Simply Lynn lulus kkm, Simply Lynn merkuri, Simply Lynn bahaya, Simply Lynn testimoni, Simply Lynn selamat, skincare selamat, skincare ada merkuri, skincare tak lulus kkm, skincare lulus kkm, skincare bahan semulajadi, produk kecantikan, produk untuk jerawat, produk untuk jeragat, krim jeragat, Simply Lynn testimoni,Simply Lynn  sebelum selepas, Simply Lynn feedback pengguna, testimonial Simply Lynn , Simply Lynn  meeracle serum, Simply Lynn testimoni pelanggan

Post a Comment

On My Instagram