Monday, May 29, 2017

Sephora Sale Mengejut : Kat Von D Palette RM60 je!



Tengah dok aku pulun siapkan entry entry tertunggak , tiba tiba Kila whatsapp ..




Aku mula malas ambil port sangat . Sebab aku dalam tempoh bertenang , kawal nafsu taknak belanja pelik pelik . Tapi entah apasal tergerak hati kejap nak buka website Sephora .

Tapi ternyata, tindakan aku itu mengundang BENCANA!!



Main kasar betul Sephora punya harga sale kalini . Memang harga tak boleh bawa berbincang langsung . Aku pun dengan sejuk sejuk tangan dah "add to cart" macam macam benda . Yang paling aku aim , mestilah KAT VON D Shade + Light Eye Contour Palette tu. Gila padiaa harga asal RM250.00 jadi RM60.00 .


Dalam hati dok "ala aku add to cart kejap lagi mesti sold out tak dan bayar "

Tapi yang ajaibnya, lepas beberapa minit survey benda benda lain dan masa nak bayar tu aku dapati dia elok je duduk dalam "shopping cart" sampai lah ke proses pembayaran dibuat 



WEH APENI . Macam tak caya dah terbeli eyeshadow palette yang di kepoh kepohkan para MUA seantero dunia dan dibeli pada harga RM60!

I cannot percaya lah macam ni .

Rasa macam "eh serious lah? ke tipu tipu ni? "

HAHAHAHAHA gila laju aku bayar . Ni lah antara salah satu moment dimana aku buat keputusan dalam hidup secara pantas dan tak fikir panjang wakakaka .

Sekarang, bertabah menanti untuk parcel daripada LUXOLA @ Sephora untuk sampai . Diorang ni pun dekat 2-3 minggu baru barang sampai . Harap harap raya sempat lah bermekap guna  Kat Von D Shade + Light Eye Contour Palette ni hewhewhew .

BTW, Good luck ye siapa yang cuba nak dapatkan palette ni. Ai dah kebas satu ahahahaha .


Korang boleh cuba cuba beli concealer dia ke, lisetik dia ke .. tak pun tu haa MARC JACOBS ada banyak item on sale juga. Tadi aku nak beli foundation dia tapi takde warna yang sesuai . Ikutkan tamak haloba aku memang nak beli je lepastu jual kat Carousell wakakka . Tapi malas lah, kang kejap lagi Hilmi check transaction bank mampuih ai hewhew .

K Bai!

Nah ni link pergi sale Sephora k : 


Have fun shopping!


1 comments:

  1. murahnyaaaa!! (IQ bukan reti sangat mekap tapi bila tengok sale menjunam ni serius rasa excited, haha!)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...