Tuesday, May 9, 2017

Ramai Yang Tak Tahu 3 Bahan di Dapur Ini Mampu Melenyapkan Jerawat dalam 1 Malam




Okay entry kali ni cuba nak buat se-simple yang mampu. 

Cut the crap.
Cut the long intro's

Ala dah start nak panjang dah pun intro nya hahahaha .

K .

Tetiba belek belek cermin, terperasan pula ada seketul jerawat durjana dah terhendap hendap dekat atas dahi , tepi hidung , kawasan dagu .

ARHHHH STRESS!

Nak picit tapi mata putih tu tak keluar lagi . 
Nak sapu oxy, oxy entah campak pergi mana.
Nak sapu guna ice, ice dah habis buat minum sirap masa dinner tadi .
Dah tengah malam, farmasi dah tutup wey .

Esok pagi dah lah ada hal penting , nak dating ke nak interview ke nak fotoshut ke lantak kau lah .

Sekarang, nak kena buat apa?


SIMPLE.



3 BAHAN DI DAPUR YANG MAMPU MENGECUTKAN JERAWAT SEMALAMAN

Kau pergi dapur sekarang, dan cuba dapatkan salah satu daripada bahan bahan ni . 





BAWANG PUTIH | Tahu. Busuk sikit. Tapi bawang putih memang elok tau untuk surutkan jerawat. Bukan kata jerawat je, kalau ada bisul bisul kat bontot tu, lumur je. Memang cepat surut .

Caranya : Bersihkan kawasan jerawat tu dan keringkan . Ketuk bawang putih tu, ketuk manja manja je bagi di penyek. Jangan lah sampai lunyai boleh buat air. Dah ketuk tu, ada lendir/air kan? ha lumurkan masa dia berair lagi tu pada kawasan bermasalah . Biar kering dalam 20 minit dan bilas bersih . Ada yang kata biarkan semalaman, tapi kalau tak selesa .. bilas jela. Sebab busuk haha 



UBI KENTANG | Siapa mak mak dia rajin buat karipap tu mesti banyak stok kentang kat rumah kan? Okay nak guna sikit je . Potong nipis kentang tu , dan tempek atas jerawat tu. Biarkan semalaman . Kalau nak bagi kentang tu duduk helok je, ambik la selotape ke apa tampal . Macam lawak tapi serius berkesan .



MADU + KAYU MANIS | Gabungan dua ni memang power. Ambbil dalam sesudu madu dan juga suku sudu serbuk kayu manis. Mix dan jadikan macam ala ala paste , dan sapu kan pada jerawat . Ni biarkan semalaman pun takpe. Masa sapu ni memang rasa pedih pedih mereciks sikit . Mohon bertabah . Tapi puas hati sebab esoknya jerawat ghaib! yahuuuu .


"Tambahan 2 lagi bahan yang ada di rumah untuk kecutkan jerawat!"




1. Ubat Gigi

Image result for toothpaste brands

Yasss. Ubat gigi pun mampu kecutkan jerawat korang. Tapi tak recommended untuk yang berkulit sensitif sebab ada yang katanya bila buat cara ni, kawasan jerawat tu jadi menghitam . Hmm.. pulak?

Caranya : Picit ubat gigi cap apa pun yang korang guna. Ambil sikit je sebab nak sapu dekat jerawat, bukan sapu satu badan . Biarkan dalam 20 minit dan bilas .

Apa apa brand pun takdehal . No specific brand hatta cap ayam sekalipun .


2. Aspirin


Aspirin tau bukan panadol . Aku taktahu apa beza dia tapi kalau ada spesis aspirin , ambil seketul dua , renjis renjis air sikit bagi tablet tu cair dan tempek kan pada jerawat . Insyallah esoknya jerawat kecut, dan mungkin ghaib .

Caner rupa aspirin? camni ;

Image result for ASPIRIN



Korang ada petua/ tips lain tak untuk kecutkan jerawat dengan pantas? SHARE lahh dekat iols .

Related search : Tips kecantikan, petua kecutkan jerawat, petua masalah jerawat, rawat masalah jerawat, cara hilangkan jerawat, matikan jerawat guna bawang, petua jerawat batu, cara kecutkan jerawat cepat, cara pantas hilangkan jerawat, kecutkan jerawat cara selamat, cara selamat hilangkan jerawat, diy buang jerawat, cara hilangkan jerawat pasir, jerawat guna madu, madu untuk jerawat, kayu manis untuk jerawat, cara buat mask diy untuk kulit jerawat

6 comments:

  1. sis produk ape yg elok utk sunburn & blackhead sekaligus boleh tutup pori2 muka?

    ReplyDelete
  2. I tak pernah guna diy untuk jerawat.selalu guna tea tree oil je. yang ubat gigi tu memang bahaya sikit nanti jerawat berparut

    ReplyDelete
  3. Bagusnya adik kongsi...leh cuba ni

    ReplyDelete
  4. Penah guna bwg putih. Mmg berkesan. Tp agak pedih lahh huhuhu

    ReplyDelete
  5. selalu bawang putih jer makan banyak time pantang.. hehehe bagus jugak tips ni.. boleh cuba.. jerawat ni kalo salah makan mmg dia duk naik maharajalela kat muka.. dah la remaja purba ni.. heheheh

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...