Buffet Ramadhan Ube Banquet Hall di Nilai 3

Thursday, May 18, 2017


Buffet Ramadhan Ube Banquet Hall di Nilai 3 | Sesuatu yang signifikan bila sebut tentang bulan puasa, mestilah 'ifthorrr' , dalam bahasa kurang arabic-hipster nya - buka puasa.

Signifikan pula dengan berbuka puasa ialah ; berbelanja sakan di bazar ramadhan dan juga BUFET RAMADHONNN!

Suka betul pergi bufet ramadhan, lagi lagi bila pergi dengan family atau kawan kawan. Seronok sebab sambil makan, boleh borak borak. Berhenti solat kejap, lepastu sambung lagi. Sampai lah perut cannot handle lagi nak telan segala macam kambing bakar yang kau gigih beratur lama nak ambik tadi tu.

Ube Banquet Hall tawarkan pakej Buffet Ramadhan


Biasanya buffet ramadhan ni diadakan dekat hotel hotel je. Tapi haritu, aku dijemput untuk pergi preview bufet ramadhan di Ube Banquet Hall di Nilai. Ini kalau cakap Nilai, kau takyah gi jauh. Waze terus Nilai 3 tempat kegilaan mak mak shopping carpet tu, ha dekat situlah. 



Konsepnya dekat sini, Ube dah ubahsuaikan satu premis ala ala macam warehouse/kilang kepada satu banquet hall yang cantik. Aku sukakan keseluruhannya tentang hall ni. Luas, parking senang, waze pun mudah jumpa, persekitaran yang bersih .. surau pun ada disediakan juga untuk kemudahan nak solat maghrib masa berbuka puasa nanti.



Okay bab lokasi dan hall ni sendiri, memang cantekkkk . Sekarang, bercerita tentang makanan pula.

Pelbagai variasi juadah masakan melayu

Makanan yang disajikan disini lebih kepada makanan berkonsepkan melayu. Dekat sini lah nak jumpa segala masakan femes melayu yang masak masak lemak, masak asam pedas, dan sambal sambal power . Bagi aku sendiri, pilihan makanan yang disediakan Ube ni, dah cukup dan ber-variasi dah. Tak perlu lah sampai nak ada 1001 jenis makanan pula kan . Makan menu macam ni, dah rasa seronok dan nikmat berbuka puasa sebagai seorang Malaysian, dapat dirasai ah cewah haha tetiba sangat kan? LOL




Semuanya serba serbi lengkap, dari jenis sup, lauk-pauk, buah buahan, kuih, semuanya ada. Urut dada kejap tau tengok semua ni, sebab rasa nak makan semua je. Tapi tulah, perut bukannya besar mana walaupun gemuk haha . Aku dah cuba sedaya upaya dah ambil serba sikit , nak rasa. Tapi end up, tak dapat juga nak rasa semua makanan yang ada - perut dah penut yakmat . Lagipun, dah kenyang kena lah stop. Mana boleh paksa paksa . Tu tamak namanya, tamak kan amalan syaitonnnnnnn ahaks!






Aku sukakan susun atur tempat untuk ambil makanan. Dessert dan minuman, serta makanan yang sampingan tu ditepi tepi, dan makanan berat/ main course di tengah tengah, macam 'pulau' . Jarak dari meja meja nak ke tempat ambil makanan tak jauh, dan jarak antara meja ke meja agak luas. So takdelah isu tengah makan tetiba ada orang tersiku kepala ke, orang tersadung sanggul rambut ke, asam pedas meja sebelah terpercik dekat meja kau ke - takde.


Kualiti makanan di Buffet Ramadhan Ube Banquet Hall Nilai 3


Dari segi rasa dan kualiti makanan, aku bagi THUMBSUP 5 KALI

Kenapa?

Itu bagi menggambarkan makanan disajikan dekat sini sedap sedap habaqhangsemuaaaa . Bukan propa ya, bukan juga semata mata nak jaga hati pihak UBE. No no nehi zindagi pyar ke ti hei .



Memang sedap, dan kena dengan citarasa aku . Yang boleh dikatakan cerewet dan always demanding. Maksudnya apa disini? Maksudnya sedap lah awaakk .

Katanya , kalau sebut Ube Catering ni , orang sekitar Nilai, Kajang dan Bangi memang dah kenal dah . Terkenal dengan menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan dan majlis besar besar, dan diakui memang sedap. Oh oh oh patutlahh . Cubalah berbuka puasa dekat sini nanti, dan boleh juga rasa masakan dorang macam mana. Mana tahu kot kot nanti ada yang nak kahwin tu, boleh lah ambil katering diorang untuk majlis uolss nanti .

Surau yang disediakan sangat luas dan selesa

Berbalik kepada nak cerita tentang kemudahan yang ada dekat Ube Banquet Hall ni. Ha nak cerita yang diorang sediakan surau yang sangat luas dan selesa, sesuai untuk solat maghrib berjemaah mahupun nak berterawih . Tapi rasanya, kalau nak terawih pun mungkin sendiri sendiri kot, bukan berjemaah ihihi .Yang pentingnya, surau ni selesa. Bagi wanita, aku sarankan bawa lah telekung sendiri siap siap ye. Sebab telekung yang disediakan tak banyak. So takdelah drama nak bergaduh berebut telekung pula time nak solat tu. Haip haip, nak solat ke nak gaduh niii? *muka garang*



Harga Buffet Ramadhan di UBE Banquet Hall Nilai 3

Tak sangka tau, untuk harga bufet ramadhan di Ube Banquet Hall ni takde lah mahal sangat pun. Pada aku, berbaloi dan sepadan dengan apa yang disediakan. 

Berapa?

Hanya RM49 sahaja untuk dewasa dan RM15 untuk kanak kanak . Sementara tu, untuk warga emas dan OKU pula, boleh makan makan makannn secara PERCUMA! haa ini dia yang dinamakan keadilan hehehe .

Eh cop!

Tapi, harga RM49 untuk dewasa tu ialah harga walk-in!

Nak kan harga yang lebih murah?


Macam biasalah, orang yang terawal ialah orang yang beruntung hehe . Dapatkan potongan RM10 lagi dengan menempah lebih awal .

CUMA RM39 sahaja untuk seorang dewasa kalau korang pre-book terlebih dahulu .

Ada bercadang nak berbuka puasa beramai ramai dengan keluarga, ataupun korang ni boss boss yang nak bawa staff staff berbuka? Memang helok sangat lah pre-book awal awal dan tempah di Ube Banquet Hall ni. Berbaloi yakmat!



Hubungi nombor 010-587 0000 atau 06-7971204 dan mention blog "FARAH DAFRI" masa membuat tempahan ye hewhew.


Ube Banquet Hall D'Nilai 3 : 
Lot 16660, Jalan Delima 1, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan. 








Related search : buffet ramadhan di seremban, buffet ramadhan negeri sembilan, buffet ramadhan senawang, buffet ramadhan kajang, buffet ramadhan murah, buffet ramadhan 2017, buffet ramadhan sedap, buffet ramadhan berbaloi, buffet ramadhan selangor, buffet ramadhan berpatutan, buffet ramadhan promosi, promosi bufet berbuka puasa

5 comments

  1. ahahhah asam pedas meja sebelah terpercik. Adoi kepala otak ko geliga la.

    ReplyDelete
  2. Wah meriahnya makanan. Banyak sangat pilihan.

    ReplyDelete
  3. wah bestnye dekat pulak tu... wishlist tq info

    ReplyDelete

On My Instagram