Daripada bermulanya era perkembangan churros dekat Malaysia ni, aku dah start suka dah. Seingat aku lah kan, Churros yang memula aku cuba rasa masa tu dekat cafe The Sumbs, Shah Alam. Itu pun sebab Kak Syaf yang sibuk sangat ajak makan churros. Masa tu, aku rasa macam dah nikmat sangat dah makan churros dekat situ. Bagi aku, macam dah sedap gila nak mati dah churros kat situ tuu haha.
Aku pernah cuba juga nak buat churros ni, tapi end up jadi cekodok kahkah. Susah weh nak buat ni sebab kena pastikan adunan dough tu sebati, lepastu nak menggoreng pula kena cepat. Sambil tekan piping, sambil goreng. Sumpah leceh. Last last aku malas dah nak buat churros sendiri . Payah payah, beli je dekat pasar malam walaupun tak sedap. Pasal dah teringin sangat, aku telan je. Dah la dipping tak best sebab bancuh guna coco powder je ish! potong stim betul!
Tak lama lepastu, aku tahu kewujudan Street Churros dah mula bertapak dekat Malaysia. Masa tu , aku tengah study lagi dekat Melaka. Street Churros ni pula dekat KL . Well, biasalah. Kalau dah benda best best ke, kedai hipster hipster ke, makan sedap sedap ke, asyik asyik kat KL . Ish!
Setahu aku sebelum ni, yang aku tahu Street Churros ni ada dekat IOI City Mall dan One Utama je. Maka gigih lah kadang tu masa weekend, aku ajak Hilmi ke IOI City Mall semata mata nak pekena Street Churros (disamping pekena Dubuyo nyam nyam) . Hilmi pula jenis melayan, dia ikutkan je perangai gedik aku yang sentiasa dambakan churros ni hhaha .
Tapi tu sebelum sebelum ni lah. Sekarang ni Street Churros ni dah ada banyak outlet dan terbaru nya di My Town Cheras. Yang gambar aku beria sengeh dengan churros kat atas ni dekat outlet MyTown lah ni.
Churros dekat Street Churros memang langsung tak mengecewakan. Kenapa?
- Churros nya made by order. Bila ada customer order baru dia start goreng, jadinya serve fresh lah. Panas panas rangup dapat makan churros ni. Memang nikmat!
- Dipping yang pelbagai dan sangat sedap! Aku suka sangat dipping chocolate & cream cheese. Sedap weh!
- Harga berpatutan dan bentuk churros yang menarik. Berbentuk macam ladam kuda gitu. So bila dah beli tu, lawa je nak ambik gambar. Insta-worthy gitu haha .
Kalau korang nak tahu, Street Churros ni merupakan satu satu nya churros cafe terbesar di dunia. Kiranya bukan takat dekat Malaysia je dia ada. Dan ianya berasal daripada Korea. So takpayah pelik la kalau pergi Street Churros tu dia pasang lagu BTS ke Exo ke ye haha .
Di Street Churros ni memang ada pelbagai menu churros yang disediakan termasuklah ;
- Street Churros - Terdapat dalam 3 perisa ; Cinnamon, Chocolate, Cheese. Yang ni biasanya dia akan goreng churros guna adunan yang sama. Tapi lepas dah goreng tu, akan di gaul dengan flavouring . Kalau cinnamon, gaul dalam serbuk cinnamon. Kalau coklat, gaul dalam serbuk coklat. Gitu kekdahnya.
- Filling chu - Flavour ( Chocolate, Cream cheese, Blueberry & Butterscotch) Yang ni best! Churros dalam bentuk panjang, tapi dekat tengah ada lubang. Lepastu, filling dalam bentuk cream di masukkan kedalam churros tu. Sedap wak!
- Ah chu (ice cream churros) - Haritu first time aku try ice cream dia. Ya ampun sedapnya. Sebabkan ianya berspesis soft serve, jadi nya memang cepat cair lah. Rasa dia macam mana? Rasa lemak manis berkrim. Tak sama macam ice cream vanilla. Lebih kepada lemak susu, memang sedap. Lepastu korang boleh pilih nak topping apa samada ; Choco-choco, choco berry ataupun Mango .
Beverages :
Pilihan minuman pun banyak, ada jenis Shake dan juga Fruit Ade
- Shake : O'My Mango | O'My Coconut
- Fruit Ade : Lemon, Passionfruit, Korean Citron
Spanish Latte :
Untuk spanish latte terbahagi kepada 2, coffee & non coffee
- Coffee : Caramel Machiato
- Non-Coffee : Chocolate | Green Tea Latte | Milk Tea *paling suka green tea latte!
dan yang terbaru nya, ada pula
- Stick Churros - Sama macam street churros, cumanya dalam bentuk kecik kecik macam stick
- Churros Fries - Savoury churros. Dibentuk jadi nipis dan panjang panjang, macam fries. Dan diletakkan seasoning ikut pilihan korang . Ada Sour cream, Tomato dan Seaweed . Dah rasa haritu, semua sedap!
Haih dah tulis semua ni, rasa lapar pulak. Dah la tengah puasa ganti ni hahahha nasib baik dah pukul 3.30 petang. Tak lama dah nak berbuka pulak . Bolehlah pergi Street Churros MyTown kejap , dan gunakan discount voucher 20%. Banyak JIMAT TUU!
Korang nak juga discount voucher Street Churros? Kalau nak , comment dekat bawah ni yaa. Jom kita dating makan churros sesama hehe .
Senarai outlet Street Churros (akan di update dari masa ke semasa)
- Lot LG319A (New wing)
IOI City Mall
- Lot LG 66A - Bersebelahan Shihlin Taiwan
Sky Avenue
- Lot T2-12, Level T2
Berjaya Times Square
- Lot LG-36
My Town Cheras
- Lot B1.046 (berdepan Watson)
Facebook : StreetChurrosMy
Instagram : @streetchurrosmy
Website : http://streetchurros.com.my
Related search : Street Churros malaysia, Street Churros malaysia outlet, cawangan Street Churros malaysia, Street Churros one utama, Street Churros ioi city mall, Street Churros sky avenue, Street Churros harga murah, Street Churros sedap, Street Churros halal, Street Churros halal tak, Street Churros menu pilihan, churros sedap, resepi churros sedap, dekat mana nak cari churros sedap, asal churros, churros kuih belimbing, cara masak churros, cara goreng churros
4 comments
Ohhh dah ada lagi cawangan baru.. sedap Street Churross. Siqah suka 😍
ReplyDeletesedapnyaa! echa first time mkn churros ni masa ada mcm food event kat sini. first beli sikit. dah rasa sedap tu dtg lagi utk kali kedua. tp churros yg echa beli tak ada dipdip dia. cuma plain gaul dgn cinnamon powder tu je. still sedap!
ReplyDeleteSedap sgt kan dik farah...kak juju suka!
ReplyDeleteMy favorites will be Ah-CHu!Sedappp nya churros diaaa.. lembut!
ReplyDelete