Friday, January 8, 2016

Boleh rabak poket shopping di Carousell ni!


Carousell : Applikasi shopping yang mudah dan best! | Assalamualaikum gais! Secara tipikal nya wanita dan shopping macam tak boleh dipisahkan. Meskipun poket tidak berduit, nafsu dan keinginan yang at least "alaa tengok tengok je" mesti ada. Tapi biasanya kalau 'tengok tengok je' dekat shopping mall ke apa, masih boleh selamat lagi. Sebab mampu belek belek, tenung tenung price tag, jeling jeling dompet, usap usap dada kuss semangat dan letakkan semula barang tu ketempat asalnya tanpa menoleh kebelakang lagi.

Tapi macam mana pula kalau tak boleh belek belek, jeling jeling dompet, tenung tenung price tag sebab semuanya dihujung jari je. Kalau tenung dompet banyak nampak duit warna biru je boleh lah consider 'oh aku tak ada duit dah' , tapi kalau beli online? Kalau dah tahu memang ada duit dalam akaun cuma tinggal nak transfer je? Haaa ini bahaya!

Maka nya ini lah gejala tidak sihat yang aku sedang amalkan hahaha! Pantang ada masa terluang mesti aku curi curi 'tengok tengok je' . Daripada 'tengok tengok je' , boleh start 'tanya tanya je' dekat seller tu. And the story goes on, dah boleh agak jadi apa ahaks!

Carousell ialah aplikasi telefon bimbit terbaru sebagai medium untuk membeli belah. Dia ala ala Mudah.My macam tu. Kita boleh create account & start selling , apa apa yang kita rasa nak jual . Jual barang terpakai ataupun baru, terpulang. Terdapat pelbagai barangan yang diiklankan dekat Carousell ni. Termasuklah daripada barangan kecantikan, kelengkapan sukan, hiasan dan perabot rumah, pakaian wanita, gadget terkini dan macam macam lagi. Semuanya dah di asingkan mengikut kategori.


Aku paling paling paling sukaaaa kategori "Beauty Products" . Dekat sini lah mudah nak cari produk produk kecantikan atau makeup yang dah lama duk berkenan nak beli tapi mahal kalau beli retail di kaunter. Sebab rata ratanya barangan yang dijual tu sudah dipakai tapi masih lagi ada banyak (due to impulsive buying - beli tanpa sebab ) , ataupun jual yang brand new with tag dan packaging masib belum buka lagi. Kosmetik macam NAKED pallete, Too Faced Chocolate Bar, Benefit Porefessional , semua tu boleh dapat pada harga murah. Tergantung pada budi bicara si penjual tu juga. Nak cari skincare produk jenama Clinique, Kiehls dan Philosophy pun banyak juga taw. Kena rajin rajin scroll lah.


Contoh hasil carian 'clinique'


Tekan 'chat' untuk PM seller atau Buy Now kalau rasa tak ada soalan atau tawar menawar

Kalau korang suka barangan lain pun boleh juga survey survey, macam yang aku mention tadi; kategori barangan memang ada banyak. Rasa rasa nak cari baju wanita , tengok dekat kategori "For Her" . Rasa nak cari kasut sukan, click je kategori "Sporting Gear" .Macam macam ada .

Menariknya di Carousell ni, kita boleh request "Make An Offer" . Kiranya macam nak nego further lah , minta minta kurang . Misalnya ada barangan kita berkenan tu harga nya RM50, kita rasa macam "eh nak cuba minta kurang lah" , dan click "Make an offer" contohnya nak dapatkan pada harga RM42. Sekiranya seller rasa offer kita tu munasabah, dia akan accept offer. Tapi seeloknya korang memang confirm nak beli lah, sebab sekali dia dah 'accept offer' , dah dipersetujui untuk satu urusniaga. Andainya korang nak cancel, kena maklumkan pada seller , jangan MIA (missed in action) atau backout terus (blah terus) sebab bila dah make offer, seller dan buyer boleh mula bertukar tukar feedback. Sekiranya korang cancel dan blah macam tu je, seller tu boleh tulis feedback di profile korang. So nanti mestilah dia tulis feedback yang negatif negatif je kan . Bilamana dah ada feedback negatif tu, jadi tak cantik pula korang punya ranking as seller/buyer. Seeloknya berniaga dan membeli lah dengan berhemah, semua orang pun senang hati. Ye kan?


Dah banyak kali juga aku terperdaya dengan bisikan nafsu membeli di Carousell ni. Tapi ada juga masa masa nya bila aku berhati cekal dan tabah menahan diri daripada terjebak untuk membeli. *Tepuk tangan* good job Farah! Antara barang yang aku pernah beli termasuklah:



Bare Mineral All Over Face - RM10 
BH Cosmetics Day And Night Palette - RM38 jer
Maybelline Instant Age Rewind Treatment Concealer - RM40!
Benefit Roller Lash Mascara - RM15
NYX Soft Matte Lip Cream - RM15

(semua original - ha tak percaya kan?)



Victoria's secret body mist ni aku dapat RM25 je

ada banyak lagi i kenot rekol (cannot recall) . Kemain seronok membeli belah dekat Carousell ni. Bila semua dihujung jari, parah parah hehe . Rata rata barang yang aku beli ni samada masih baru, atau tinggal dalam 70-90% lagi daripada full size. Bagi barangan seperti berus mekap tu biasanya penjual akan cuci terlebih dahulu sebelum dijual. Bagi sesiapa yang ada isu dengan hygiene tu toksah risau okay. Tapi unless kalau korang terlebihhh lebihhh lebihhhh concern sangat, pi beli dekat kaunter. tak payah bising bising! haha

Sekarang ni duduk sepuluh kali buka apps ni, scroll scroll sambil terkenan kenan dekat Morphe punya brush set . Tapi sekejap rasa macam nak beli Real Technique, sekejap berkenan Sonia Kashuk. Amboi gedik kau eh. Setakat ni dah seminggu aku survey survey tapi belum beli lagi. Kita tengok berapa lama boleh bertahan hehehehew.


Bagi yang berminat nak dapatkan applikasi Carousel ni senang je, terus pergi ke Google Play Store atau Apple Apps Store dan taip "CAROUSELL" . kemudian , INSTALL . Dan selamat datang kedunia penuh pancaroba hahaha.






4 comments:

  1. Salam sis, saya dah install app ni and dah beli 2things so sampai sekarang saya tak tahu macam mana nak bagi feedback. Can you help me maybe ? Thankyou
    -unicorns-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam hi!
      sorry lambat respond

      kalau nk bg feedback, awk kena 'make an offer' dulu. baru boleh leave feedback :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...