Cara Untuk Dapatkan Koleksi Cala Qisya Pada Harga Lebih Murah

Monday, May 29, 2017

Image result for cala qisya logo

Cara Untuk Dapatkan Koleksi Cala Qisya Pada Harga Lebih Murah | Rasanya nama CalaQisya ni kalau sebut dekat gegadis baya baya aku (yang below 30) mesti tahu ni. Memang salah satu jenama fesyen muslimah yang femes dekat Malaysia. Cala Qisya ni asalnya nama dia lain , "Oh Saya Gila Shawl" gitu. (OSGS) . Mana aku tahu? Aku tahu lah sebab aku ikut perkembangan 3 Farahs ni daripada diorang bisnes awal awal dulu . Lagipun, aku pun ada sekali dengan The Farahs ni sama sama berniaga dekat bazaar dolu dolu disekitar KL , dan Selangor. Sekali dengan Pika juga, pengasas Thalassa .


(tak boleh nak letak gambar bertiga sebab dulu dulu kitorang tak properly covered)


Cala Qisya sekarang telah dikenali ramai


Dulu, orang selalu cakap muka aku, Farah Khairuddin dan Syafiqah Roslan ni lebih kurang. Sampai kan sekarang pun, kalau aku nak upload gambar sendiri dekat Facebook, mesti si Facebook tak memasal tag muka aku tu dengan nama Farah Khairuddin . Even masa kemuncak nama Cala Qisya semakin melonjak naik dulu pun, bila Farah Khairuddin yang masuk magazine atau paper, orang pulak tetiba mesej aku tanya "Eh, Farah masuk majalah eh? " Sobs. I wish i am tapi bukan dik . Tu Farah Khairuddin, bukan Farah Dafri .


Sekarang aku dah tercicir jauh dah dan cuma mampu tengok diorang daripada bawah je sebab diorang dah sampai level yang tak mampu aku nak kejar. Cala Qisya sekarang telah dikenali ramai. Aku suka tengok. Happy dan bangga . Sebab boleh cakap "Cala Qisya? Ohh yang 3 orang Farah tu kan? Aku pernah berjiran booth dengan dia masa berniaga dulu" Taktahu lah diorang aku lagi ke tak kan. Kalau ingat, ala ala ala happy nya iols. Tu tak campur lagi godek godek comment entry lama lama, ada nampak pulak comment daripada abang Hazwan . Masa dia & kak Yana sama sama usaha kan blog Hentak Belipat & Peti Suara. Gempak weh! Screenshot comment tu dan simpan jadi kenangan

- Orang power pernah comment blog aku . Ahaks!

=============================

Suka sangat rekaan baju Cala Qisya


Sekarang, berbalik kepada cerita pasal Cala Qisya . Aku memang daripada dulu sampai sekaranglah, sukakan sangat sangat rekaan baju baju Cala Qisya ni. Tapi tulah, sebabkan aku ni cheapskate dan prefer beli baju bundle, jadinya aku takdelah banyak sangat koleksi Cala Qisya ni. Ada lah dalam sehelai dua jubah, dan sehelai tudung. Tapi tahun ni, rasa macam nak beraya dengan ber-Cala Qisya lah pulak . 



Dalam pada merancang nak kelihatan gojes dipagi raya saat saat ber-ootd dengan shuben (weh aku beraya laki tahun ni weh haha) , aku kena juga la titik beratkan soal nak berjimat bab nak bershopping raya ni. Nak nak pulak si Hilmi ni jenis cermat orangnya . hewhew mampu senyap je bila dia bukak almari and cakap "Takde baju awak cakap?" . Hm nak jawab kang derhaka. K la senyap je.

Baru masuk 3 Ramadhan tapi orang dah mula dah bershopping raya. Aku sukakan suasana bershopping raya ni sebab sambil jalan sambil tengok baju, sambil dengar lagu raya. Seronok! Tapi rasanya untuk kali ni, aku setakat jalan jalan dekat bazaar tu untuk cuci mata jelah, sebab memang dalam hati dah nekad NAK BELI JUGA BAJU CALA QISYA!

Tapi, memandangkan cuaca sekarang pun makin panas, dalam keadaan berpuasa lagi, nak cari parking dekat sekitar Bangi Sentral ataupun dekat Shah Alam sana nun jadi macam ... Alaaaa malasnyaaa! Dah la susah cari parking. Bila dapat parking , orang double park tak tinggal number phone pulak . Benda benda camni memang mengundang kemarahan dan mengurangkan pahala puasa .

Kalau susah susah sangat, beli online jela terus. Lagi senang kan?


Memang boleh beli online dekat website rasmi Cala Qisya, TAPI ...


Aku dah jumpa satu cara untuk dapatkan koleksi Cala Qisya pada harga lebih murah ?

Macam mana???





JENG JENG JENGG ..

Berbelanja dengan riang ria rayanya di Carousell .


Sebelum ni aku banyak beli makeup je dekat Carousell. Tapi sebabkan sekarang musim memburu baju raya, tibalah masanya untuk aku berbelanja dengan riang ria rayanya di Carousell dengan shopping baju pulak (jenama cala qisya to be specific) . Boleh lah dapatkan baju kurung moden murah untuk Mama juga dekat Carousell ni .



3 Sebab kenapa perlu berbelanja di Carousell :

1. Terdapat banyak pilihan, daripada tudung, baju semuanya ada .
2. Boleh berjimat sebab barangan di Carousell dijual pada harga lebih murah
3. Applikasi Carousell mudah digunakan dan ianya selamat

Kalau yang belum tahu, Carousell ni merupakan satu medium ataupun hub untuk korang menjual dan membeli secara online. Barangan yang ditawarkan ialah sama ada dalam condition baru ataupun preloved (barangan terpakai) yang masih dalam keadaan baik . Sebab tulah, korang boleh dapatkan produk Cala Qisya dan juga barangan barangan lain pada harga jauh lebih murah .

Cara berbelanja di Carousell

Barangan terpakai boleh jual di Carousell


Sambil membeli belah barangan Cala Qisya dekat Carousell ni, korang boleh la juga sesambil tu jeling jeling dalam almari kot kot lah ada baju lama yang dah tak muat atau korang dah tak nak, boleh la ambil gambar- upload - dan jual di Carousell . Senang sangat!


Lagipun, setiap jualan yang korang berjaya dapatkan, memang 100% keuntungan milik korang. Carousell takde ambik apa apa pun. Carousell cuma menyediakan platform untuk memudahkan korang menjual barangan terpakai yang korang peram dekat rumah tu .

Tak terhad kepada jenama Cala Qisya je korang boleh cari dekat Carousell ni , pakaian muslimah moden dan tudung terkini jenama lain yang korang nak pun ada juga . Contohnya dUck Scarves, Naelofar Hijab dan Tudung People.

*photo credit Kak Ayu Jean*


Senangnya sekarang ni kan? Rasa rasa nak cari baju muslimah online, terus je ke applikasi Carousell dan search (rujuk gambar bawah ni) . Contoh aku taip "CalaQisya" , macam macam pilihan keluar . Sampai rambang mata nak pilih , tambah pulak semua dijual pada harga murah . Bikin stress lah camni! 






Carousell boleh dilayari dengan dua cara , iaitu terus ke web di : https://my.carousell.com/ ataupun install apps di telefon korang melalui Google Play Store ataupun App store . Kalau aku, lagi prefer guna apps. Sambil sambil baring, sambil sambil melentok dekat Hilmi, sambil sambil bodek suruh belikan itu ini . Kalau pakai laptop, payah lak aku nak pegang laptop lagi, lentok lagi. Susah lah. Eh! wakakaka . 



p/s : Selamat menjalani ibadah puasa kawan kawan dan selamat menahan nafsu berbelanja di Carousell! 
















Related keyword : cara menjual di carousell, cara membeli di carousell, customer service carousell, cala qisya murah, calaqisya murah, baju calaqisya murah, sale calaqisya, calaqisya discount code, kod diskaun calaqisya, carousell murah, cara guna carousell, beli perabot guna carousell, makeup carousell original, calaqisya preloved sale, sale calaqisya murah, cala qisya, cala men, cala nom, cala kingdom, calaqueen, farah khairuddin, owner cala qisya, founder calaqisya

3 comments

  1. aah, suka sangat baca blog hentak belipat & peti suara suatu ketika dulu, masa mula2 dorang buka Cala Qisya pun still gigih panjat tingkat 3 beli wedges CalaShoes dorang, sekarang dorang dah berjaya, suka tengok.

    Tapi makin hari harga baju dorang makin mahal, deisgn memang power tapi alahai, bekerja pun kena jimat2...huhu...try beli dekat carousell jugak la camni. hehe

    ReplyDelete
  2. Memang suka gila dgn cq ni.baju semua lawa2. Yg burj edition tu lagi la mampu nagis je

    ReplyDelete
  3. amboi bergaya la dengan baju cantik.. akak ni pesen oversized dik.. mampu tengok je la.. huhu

    ReplyDelete

On My Instagram