Monday, February 29, 2016
Legoland English Mania Program : Pembelajaran diluar kelas yang sangat menyeronokkan!
Mama aku seorang bekas guru. Masih melekat lagi di kotak ingatan ni macam mana keadaan dan moment moment masa Mama masih lagi ber'title' cikgu. Tiap malam sibuk menanda buku, ditambah pula kena brainstorm memikirkan teknik dan cara macam mana nak bagi anak murid nya faham apa yang bakal diajar. Ada teknik menyanyi , teknik bergambar dan macam macam. Dulu dulu tak ada lah smartphone ke atau youtube nak ditayangkan video menarik. Yang ada cuma Mama gigihkan cari keratan akhbar, atau potong potong polisterin dan manila kad jadikan gambar rajah atau modul nampak lagi menarik.
Sekarang ni, nampak tugas tugas menjadi seorang cikgu menjadi lebih mudah .
Sunday, February 28, 2016
The Lego Movie 4D , A new Adventure : Tarikan Terbaru di Legoland Malaysia!
The Lego Movie 4D , A new Adventure : Tarikan Terbaru di Legoland Malaysia!| Assalamualaikum . Mana lagi tempat best nak pergi kalau ke JB? Haa pening fikir kan . Memang ada macam macam tempat syok dan ala ala hipster untuk korang 'check out' di JB tapi jangan dilupa pulak minat anak anak korang yang suka bermain tu . Cuba gembirakan diorang dengan bawa ke Legoland! Bukan setakat anak anak je happy, dengan bapak bapak sekali yang over happy hihi .
Tapi legoland ni tak terhad untuk kanak kanak je nak bersuka ria, buat sesiapa yang sukakan ke taman tema, korang memang patut datang ke Legoland ni. Aku pun enjoy sangat seharian melepak dekat sini. Tengok gambar ni pun dah boleh agak kan? Hahaha
LEGO MOVIE 4D DI LEGOLAND MALAYSIA
Terkini Legoland ada tarikan terbaru taw iaitu Lego 4D Movie dan ianya baru je dilancarkan semalam (26/2/2016) . Kalau korang dah pernah tengok Lego Movie mesti korang sedia maklum yang cerita tu memang best kan? Ha kali ni jadi double triple best bila di 4D kan!
Kak Yanie, Yaya Cendana , Mimin dan Kak Jue . Semangat bergambar dengan maskot lego yang terlindung dekat belakang tu haha .
Premiere and exclusive launch .
Nah layan video teaser sikit :
The Lego Movie 4D A new Adventure ni membuat kembali kemunculan khas watak watak utama dalam cerita The Lego Movie tu, ha ada Emmet, Wyldstyle, Unikitty,Metal Beard dan Benny. Masing masing dengan karakter unik tersendiri. Paling suka si Unikitty tu, aww comel sangat! Dalam cerita ni turut menampilkan satu karakter baru iaitu Risky Business dimana dia ni ada rancangan jahat nak buka satu taman tema yang seakan akan Legoland dan nak menguasai semuanya. Jahat jahat comel je dia ni haha tak kejam pun . Yang seronoknya bila melayan cerita 4D ni ialah segala macam effect yang ada tu kelihatan real. Even masa dia nak jatuh kebawah , aku pula yang rasa seriau . Kesan khas seperti angin kuat dan semburan air pun ada . Memang seronok lah melayan Lego Movie 4D ni .
Nah layan video teaser sikit :
Kiranya kalau korang dah penat bermain dekat tempat panas panas tu dan rasa nak rilek rilek sambil duduk sambil merasa aircond sambil melayan cerita best, boleh lah ke 4D theater ni. Tayangan ada setiap 30 minit. Dan ada beberapa cerita berbeza yang ditayangkan. Kalau korang nak tengok tayangan Lego Movie 4D : A new adventure ni, korang kena pastikan siap siap lah jadual tayangan pukul berapa, senang nak susun masa .
'The Lego Movie 4D : A new Adventure' ni telah pun dirasmikan dan dilancarkan oleh YBhg Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab iaitu Ketua Pengarah Tourism Malaysia pada 26 Februari 2016 , ha hari Jumaat lepas lah . Majlis pelancaran ni dihadiri ramai juga para jemputan khas dan VIP . Pengacara majlis pula si cantik manis Daphne Iking. Dia pregnant tau tapi serious gorgeous dan cantik sangat . Tak berisi pun . I iz tak mengandung but iz gemuk . I iz kemurungan haha ( bahasa alien dikesan :p )
Dibanjiri belon saat perasmian dilancarkan. Within second bunyi belon pecah pulak yang silih berganti . Sakit telinga aku lagi lagi si Ujang dengki pecahkan belon tepi telinga . Cis!
Light refreshment yang sangat sedap! tu nampak tak vegie wrap tu? Perghh sedap amat. Kalau makan ni hari hari confirm kurus. Healthy lifestyle sangat haha .
Pipi yang sibuk nak bergambar haha
Berita baik untuk para geng JDT (orang orang johor yopp) ada offer special untuk korang dari Legoland Malaysia .
Offer apakah itu? Jeng jeng jeng ...
Seperti yang aku sebutkan di atas, ada promosi khas untuk orang Johor iaitu untuk setiap pembelian 1 tiket dewasa, korang layan untuk mendapat 1 tiket percuma untuk kanak-kanak. Maksudnya kalau anak 2 orang, ibu ayah beli tiket, kedua dua anak dapat tiket percuma lah. Jimat kan? Syoknya orang Johor!
Bagi yang bukan orang Johor pula jangan bermuram durja, ada juga promosi untuk korang. Cuma buat pembelian secara online je di www.legoland.com.my . Dengan membuat pembelian secara atas talian, korang layak mendapatkan diskaun 50% buat pembelian tiket yang kedua. (Buy 1 ticket, get the second @ 50% off) Berbaloi kan? Tapi promosi ni sah dari bulan Mac sehingga April je. Ha jangan lepaskan peluang ni ya.
Pemandangan dari 'Observatory Tower' aka mini Taming Sari di Legoland. Boleh nampak keseluruhan pemandangan dekat sini .
Highlight :
Promosi -
Untuk warga Johor
Setiap pembelian 1 tiket Dewasa, PERCUMA 1 tiket Kanak kanak . Promosi sah sepanjang bulan Mac - April 2016.
Pembelian tiket secara online
Dapatkan diskaun 50% untuk pembelian tiket yang kedua apabila membuat tempahan tiket secara online. Sah untuk pembelian 3 hari sebelum sahaja. Pastikan tempahan dibuat awal bagi dapat menikmati promosi penjimatan ini . Tiket 1 pada harga biasa, tiket ke-2 pada harga 50% daripada harga normal . Pembelian dan tempahan tiket boleh dibuat di www.legoland.com.my
Booking Period 23 February – 8 March 2016
Visit Period 26 February – 30 June 2016
Nah aku sertakan sekali senarai harga tiket masuk buat legoland theme park dan water park. Senang korang nak rujuk .
LEGOLAND Malaysia
Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia,
Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya
Telefon: +607 597 8888
Email: info@legoland.my
Website: www.legoland.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my
Sekali lagi nak menyeru korang , moh ler ke Legoland hehe . Cepat check kalendar dan lock tarikh untuk korang rancang sebaiknya datang sini dan bercuti bersama keluarga. Semestinya percutian korang akan lebih bermakna. Nanti aku update dalam entry selanjutnya dengan lebih detail pasal Legoland ni , okay? Bai!
Legoland malaysia,lego movie 4d malaysia, lego movie best, the lego movie, 4d movie legoland, harga tiket legoland, pakej murah legoland
Legoland malaysia,lego movie 4d malaysia, lego movie best, the lego movie, 4d movie legoland, harga tiket legoland, pakej murah legoland
Wednesday, February 17, 2016
BEAUTY : Kelas Solekan (Demo) Bersama Sarah Hata
Wednesday, February 3, 2016
Doublekan Lemak : Zang Toi Cafe, Freeport Afamosa Outlet Melaka - Sedap ke?
CAFE REVIEW : Zang Toi Cafe, Freeport Afamosa Outlet Melaka - Sedap ke?| Assalamualaikum. Korang pernah dengar nama Zang Toi? Kalau tak pernah tu maksudnya korang tak cukup fashionista ler tu . Tapi jangan risau aku pun tak tahu awal awal haha . Setelah di caci maki oleh mak tiri , Kak Zura ; terus aku insaf dan membuat sedikit kajian. Sobs
Tuesday, February 2, 2016
BEAUTY : Sekarang dah boleh beli barangan Sephora secara online! - Sephora.my
Sekarang dah boleh beli barangan Sephora secara online! - Sephora.my | Assalamualaikum . Dah lama sebenarnya memang nak sangat sephora ni wujudkan satu website khas untuk shopping secara online. Ada tu memang ada tapi tu sephora international. Sekarang, dah ada dah web khas sephora untuk pelanggan Malaysia!
Kalau sebelum ni, barangan jenama 'Sephora' tu sendiri memang ada dijual secara online di Zalora. Tapi terhad pada yang brand Sephora jelah. Macam Benefit, NYX, Too faced semua tu tak ada. Terbaru, di Sephora.my , macam macam brand ada dijual. Pendek kata, sama macam yang di physical store diorang. Boleh lah shopping sakan lepas ni.
Senarai jenama yang ada . Banyak gilaa :O
Yeay sleek makeup pun ada!
Tapi yang tak best nya, bila dah beli online ni akan timbul masalah taktahu nak pilih 'shade' yang sesuai, taktahu texture best ke tak semua tu. Bila ada sephora.my ni memang dapat memudahkan sesiapa yang duduk jauh dari outlet sephora untuk shopping, tapi kalau yang duduk area KL atau Johor, boleh lah pergi terus ke outlet tu. Boleh duduk berjam jam semata mata nak beli satu lipstik haha , cakap dekat diri sendiri ke ni? :p
Okay gais! selamat mencuci mata, merambang mata dan merabakkan poket hehe. Berbelanjalah dengan cermat :D
Monday, February 1, 2016
BEAUTY : Cara buang tahi lalat, kutil, ketuat, pundi minyak dan isi terlebih
Aku faham 'the struggle' yang ramai antara orang badan berisi alami. Ada daging atau isi terlebih lagi lagi area leher. Bila nak pakai baju ke, atau perempuan bila nak sarungkan pakaian dalam, kadang kadang tali baju terkena dekat daging tu adehh sakitnya kan? Daging and isi tu macam tak boleh nak dibuat apa apa je kan, terpaksa di biarkan dan rasa sakit tu dah jadi macam imun sebab sebahagian hidup korang dah sebati dengan benda tu memang ada dekat kulit. Hmm takpe kejap lagi aku cerita macam mana cara nak hilangkan okay?
CARA BUANG TAHI LALAT
Kutil,ketuat,isi lebih dan biji kolesterol
Sama juga dengan masalah tahi lalat. Memang lah tahi lalat tu manis tapi kalau kena dengan saiz dan tempatnya. Ada sesetengah tahi lalat nampak macam mengganggu pulak appearance kita lagi lagi kalau ada di kawasan muka. Ada yang bermasalah tahi lalat besar dan timbul, sekitar mata, hidung ataupun mulut. Kalau korang rasa tahi lalat tu pemanis wajah, tak apalah. Tapi kalau korang rasa tak berkenan? Macam mana cara nak buang nya?
Sebelum ni aku ada perasan jugak kalau pergi shopping mall, ada lah kiosk kecik kecik rawatan perubatan cina yang tawarkan untuk khidmat buang tahi lalat. Tak silap dekat Jonker Walk pun ada . Tapi tengok kan pada kaedah nya macam ngeri je, dan kos nya agak mahal. Tu belum lagi kita sebut pasal rawatan laser atau pembedahan, hah itu lagi la berkepuk kepuk duit diperlukan.
Percaya tak kalau aku cakap yang masalah masalah ni semua boleh atasi dengan cara sapu sapu belai belai je. Haaa tak caya eh? Okay korang tengok gambar gambar dekat bawah ni:
Eh macam mana boleh tercabut macam tu je? Haha dia tak tercabut 'macam tu' je. Semua ni testimoni menggunakan 'krim ajaib' . ewah suka hati bagi nama krim ajaib haha. Tapi memang ajaib pun sebab contohnya macam masalah tahi lalat, korang sapu dekat point tahi lalat tu dalam 3,4 hari akan tercabut dan tertanggal sendiri. Tapi pedih sikit lah, alaaa macam rasa sapu oxy dekat jerawat camtu rasanya.
Dari segi kandungan krim ni pula korang takpayah susah hati atau risau, semuanya menggunakan bahan organik! Antaranya ialah :
- Cinnamon
- Frankincense
- Granium
- Rose
- Vitamin E
- Apple Cider
Semua masalah seperti tahi lalat , ketuat , kutil , biji kolesterol dan isi terlebih insyaallah boleh diatasi. Tahi lalat tu tak kisah samada tahi lalat timbul hidup ke, mati ke, tenggelam atau timbul, ha boleh korang guna kan cream ni. Tapi kalau tahi lalat yang berbulu tu di sarankan untuk consult dengan doktor dulu sebab dikhuatiri tahi lalat tu berpenyakit atau kanser.
Jadi sekiranya korang ada masalah seperti diatas, nak hilangkan tahi lalat yang tak berkenan di hati, boleh lah order krim ni. Harga krim ni jauh berganda ganda berbaloi dan jimat daripada korang buat rawatan laser atau pembedahan. Manfaat daripada kaedah menggunakan krim ni ialah :
Tanpa perlu rawatan yang menyakitkan
Tanpa perlu kaedah laser
Tanpa perlu bayaran yang mahal
TIADA kesan sampingan
100% Organic dengan vitamin E
Kalau korang risaukan parut ke apa, haa jangan kalut okay? Ianya akan berkurangan dan pulih sendiri. Tapi kalau nak speed up kan proses pemulihan, korang boleh la sapukan Bio-oil atau anti scar vitamin E cream (ada dijual dalam set combo Pilihan 2) pada tempat kesan tahi lalat/ kutil/ketuat tu tertanggal.
🎊 *HARGA ASAL - RM 95*🎊
KINI DENGAN HARGA RUNTUH :
💞 PILIHAN 1 - LOTUS MOLE CREAM RM 68 sm / RM 72 ss
💞 PILIHAN 2 - LOTUS MOLE CREAM + ANTI SCAR VIT ERM 78 sm / RM 82 ss
✅ *FREE BIMBINGAN*
✅ *Tahan sehingga 7 bulan*
✅ *Sebotol cukup untuk buang 50 bj tahi lalat!*
(Harga termasuk postage)
*ANTI SCAR VITAMIN E - untuk elakkan dari kesan luka setelah selesai rawatan menjadi parut kekal dan bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
*PILIHAN 2: Kalau nak buang tahi lalat ke, kutil ke apa apa kat kawasan muka, Faa recommend ambik Pilihan 2 ni 😘
Sekiranya korang berminat nak dapatkan krim ni, boleh la buat pembelian dengan cara
SMS/WHATSAPP (NO CALL)
Tekan link bawah untuk wasap
Tekan link bawah untuk wasap
(Faa)
(update : Ya Faa masih jual krim ni, dan kami dah kumpul beratus testimoni berjaya . Boleh wasap untuk maklumat lanjut )
(update : Ya Faa masih jual krim ni, dan kami dah kumpul beratus testimoni berjaya . Boleh wasap untuk maklumat lanjut )
Facebook page : Krim hilangkan tahi lalat dan kutil
PROMOSI! PROMOSI!!
Khas untuk pengguna applikasi SHOPEE, korang boleh dapatkan potongan RM8 tau!
*terhad untuk pembelian melalui shopee sahaja*
Korang perlu download applikasi "Shopee"/ daftar dan order di website Shopee dan buat pembelian menggunakan link dibawah ni
https://shopee.com.my/moddymy/455208756
Kalau rasa macam confuse, tak faham atau ada soalan, boleh PM di Shopee ataupun melalui whatsapp ye.
Khas untuk pengguna applikasi SHOPEE, korang boleh dapatkan potongan RM8 tau!
*terhad untuk pembelian melalui shopee sahaja*
Korang perlu download applikasi "Shopee"/ daftar dan order di website Shopee dan buat pembelian menggunakan link dibawah ni
https://shopee.com.my/moddymy/455208756
Kalau rasa macam confuse, tak faham atau ada soalan, boleh PM di Shopee ataupun melalui whatsapp ye.
Related search : buang tahi lalat, krim tahi lalat, cara buang tahi lalat, krim buang tahi lalat, krim buang kutil, krim cabut tahi lalat, krim hilangkan tahi lalat, cara hilangkan tahi lalat,krim organik tahi lalat,krim botani,krim tahi lalat,tahi lalat hidup,tahi lalat timbul,tahi lalat mati, tahi lalat tenggelam,kutil degil,kutil,ketuat,biji ketuat,biji kolesterol,pundi minyak
Makan Makan : 'Makan Besar' di Restoran Huang Di, Afamosa Resort Melaka
Siangnya aku dengan team blogger yang lain sempat sama sama join upacara perasmian Freeport Afamosa Outlet tu, ha pada waktu malamnya pulak, kitorang dibawa ke Old West Afamosa Resort, atau nama lainnya aku panggil Cowboy Town. Motif utamanya kitorng kesitu bukan setakat nak tengok red indian buat persembahan sembur sembur api tapi untuk memenuhi jemputan makan malam di Huang Di Restaurant. Ha memang malam tu disajikan dengan macam macam jenis jenis masakan cina yang tak pernah aku terfikir nak rasa hehe .
Subscribe to:
Posts (Atom)