2 hari 1 malam penginapan di Condo D'Savoy , Afamosa Resort Melaka



2 hari 1 malam penginapan di Condo D'Savoy , Afamosa Resort Melaka | Assalamualaikum . Afamosa Resort ni sebenarnya memang tersangat lah dekat dengan rumah dan kolej aku. Kira nya kalau nak pergi keluar makan ke apa, memang hari hari lalu depan Afamosa ni. Tapi sepanjang aku duduk dekat Alor Gajah ni, berjiran pula dengan Afamosa Resort, takpernah lagi aku tidur dekat sini. Teringin juga nak tahu macam mana agak nya dekorasi bilik dia, selesa ke tak, best ke tak.



Alhamdulillah, masa perasmian pembukaan Afamosa Freeport Outlet yang aku ceritakan dalam entry ni -> Perasmian Pembukaan Freeport Afamosa Melaka ; aku berkesempatan lah merasa pengalaman menginap 2 hari 1 malam dekat sini. Kitorang diberi 2 apartment. Satu untuk blogger lelaki, satu lagi untuk blogger wanita. Setiap satu unit tu ada 2 bilik tidur. Bilik aku dekat tingkat 1 je, jadi tak ada la termengah mengah nak mendaki sampai ke atas. Bilik lelaki dekat tingkat 3. Oh yang aku duduk ni aparment taw bukan condo. Untuk apartment memang tak ada lif . Kalau condo yang tak ada lif memang bikin panas hati lah kan haha. 




Masuk masuk je terus terpegun tengok. ohh macam ni rupanya hehe. Memang besar dan selesa. Kalau family datang ramai ramai tu boleh la memuatkan 10 orang macam tu. Cumanya ada 2 bilik tidur je. Pandai pandai lah arrange siapa tidur dalam bilik, siapa tidur dekat sofa, siapa tidur dekat dapur, eh? haha



Toilet pun ada dua, satu ada bath tub satu lagi tak ada tapi dua dua lengkap dengan air panas. Siap disediakan bilik untuk 'iron' baju juga taw. Bagus kan?



Haritu cuma aku dengan kak Julia je yang bermalam dekat sini. Kak Zura tak dapat join sebab nak kena uruskan anak anak dia. Kak Julia siap bawa 2 hero dia datang sekali . Memang meriah jadinya bilik tu. Tapi bila diorang dah tidur terus sunyi sepi. Aku pulak tidur bilik sorang, masa masa tulah banyak cerita aneh aneh bermain dekat kepala hahaha pukul 2 pagi juga baru dapat lelapkan mata. Hishh spoil dah kenikmatan tidur lena atas katil bersize queen yang empuk ni . Blame the negativity! haha siapa suruh fikir bukan bukan, LOL. Sebab apartment tu besar sangat, kitorang pulak cuma ber-4 je. Memang spooky bila dah sunyi sunyi. Eleh cakap jela penakut hehe .


Esok paginya kitorang dijamu dengan breakfast yang sedap sedap. Banyak juga pilihan makanan untuk buffet sarapan dia. Tapi aku makan ala kadar je, sebab pukul 10 pagi kemudiannya kitorang akan ke Zang Toi Cafe atas jemputan food review. Jadi kena pandai pandai manage storage perut ni bagi boleh hadam semua hehehe .


Siapa tukang ambik gambar tew? hihi


Terima kasih A'Famosa Resort atas peluang yang diberikan, dan ribuan terima kasih atas layanan yang sangat baik. Thankyou juga untuk amoi manis, Miss T dan Jasmine yang banyak assist kitorang sepanjang kitorang disini. Xie xie ni .




No comments

FOLLOWERS