Tuesday, February 2, 2016

BEAUTY : Sekarang dah boleh beli barangan Sephora secara online! - Sephora.my



Sekarang dah boleh beli barangan Sephora secara online! - Sephora.my | Assalamualaikum . Dah lama sebenarnya memang nak sangat sephora ni wujudkan satu website khas untuk shopping secara online. Ada tu memang ada tapi tu sephora international. Sekarang, dah ada dah web khas sephora untuk pelanggan Malaysia!


Kalau sebelum ni, barangan jenama 'Sephora' tu sendiri memang ada dijual secara online di Zalora. Tapi terhad pada yang brand Sephora jelah. Macam Benefit, NYX, Too faced semua tu tak ada. Terbaru, di Sephora.my , macam macam brand ada dijual. Pendek kata, sama macam yang di physical store diorang. Boleh lah shopping sakan lepas ni.

Senarai jenama yang ada . Banyak gilaa :O


Yeay sleek makeup pun ada!

Tapi yang tak best nya, bila dah beli online ni akan timbul masalah taktahu nak pilih 'shade' yang sesuai, taktahu texture best ke tak semua tu. Bila ada sephora.my ni memang dapat memudahkan sesiapa yang duduk jauh dari outlet sephora untuk shopping, tapi kalau yang duduk area KL atau Johor, boleh lah pergi terus ke outlet tu. Boleh duduk berjam jam semata mata nak beli satu lipstik haha , cakap dekat diri sendiri ke ni? :p

Okay gais! selamat mencuci mata, merambang mata dan merabakkan poket hehe. Berbelanjalah dengan cermat :D



2 comments:

  1. pernah ada kupon sephora.. pastu .. pastuu expired! huhu

    ReplyDelete
  2. dapatkan penjimatan atau pulangan tunai setiap kali pembelian anda di online.daftar percuma tanpa modal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...