Legoland English Mania Program : Pembelajaran diluar kelas yang sangat menyeronokkan!

Monday, February 29, 2016

Mama aku seorang bekas guru. Masih melekat lagi di kotak ingatan ni macam mana keadaan dan moment moment masa Mama masih lagi ber'title' cikgu. Tiap malam sibuk menanda buku, ditambah pula kena brainstorm memikirkan teknik dan cara macam mana nak bagi anak murid nya faham apa yang bakal diajar. Ada teknik menyanyi , teknik bergambar dan macam macam. Dulu dulu tak ada lah smartphone ke atau youtube nak ditayangkan video menarik. Yang ada cuma Mama gigihkan cari keratan akhbar, atau potong potong polisterin dan manila kad jadikan gambar rajah atau modul nampak lagi menarik.

Sekarang ni, nampak tugas tugas menjadi seorang cikgu menjadi lebih mudah .

Terdapat banyak kemudahan yang ada sekarang ni, kan?Nak dapatkan bahan bantuan mengajar pun ada banyak tersedia di internet. Dan yang terbaru sekarang ni ada banyak diperkenalkan aktiviti belajar diluar kelas ataupun orang panggil 'outdoor classroom' . Ha bawa murid murid belajar sambil meneroka dan berseronok.


Masuk perenggan ketiga ni barulah aku nak cerita tujuan sebenar entry ni haha. jauh kau terpesong eh . Haa ini berkaitan tentang satu program menarik yang disediakan oleh pihak Legoland khusus untuk para guru dan pelajar. Program English Mania di Legoland ialah satu program yang mendapat sokongan dan kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia . Bukan direka untuk budak budak sekolah je tapi khas untuk cikgu cikgunya juga.  Salah satu objektif program ni ialah untuk mengubah Legoland Malaysia Resort sebagai outdoor classroom dimana bertujuan untuk menyediakan satu platform pembelajaran yang unik dan menyeronokkan untuk para pelajar belajar dan memahami bahasa 'English' . Syok la adik adik sekarang, nak belajar english pun pergi Legoland. Akak dulu belajar sambil hafal dan nyanyi lagu Backstreet Boys je mampu , hahaha .


Paling paling nak highlight kan disini ialah para guru yang sertai program ni dapat masuk secara PERCUMA , weeee!! Jadi buat guru guru cikgu cikgu ticer ticer yang ada merancang untuk buat rombongan sekolah boleh lah usulkan program ni dalam mesyuarat hihi . Propose siap siap dekat guru besar yee .  Jangan lama lama sebab program ni bermula dari 15 Februari 2016 sampai 31 Mac 2016 je tau . Jangan terlepas pula .

Untuk maklumat lanjut tentang program ni atau pun nak terus buat tempahan,boleh lah ke www.legoland.com.my dan download booking form yang ada dekat dalam web tu . Lengkapkan borang dan seterusnya emailkan ke sheila.shamsuddin@legoland.com.my //  shahbudin.wong@legoland.com.my . Kalau rasa kurang faham , atau perlukan penjelasan lanjut, boleh email antara mereka ni untuk further details ya 

Have fun exploring Legoland and enjoy learning English in the fun way kids! :D


legoland english mania program, english learning legoland, english program legoland, legoland english program,

3 comments

  1. Mentibe je rasa macam nak jd cikgu. Hahaa

    ReplyDelete
  2. kan Cik Mimin hiksssssss

    kena share ngan member yg kije sebagai cikgu nih. Anak anak pun misti suka kan

    ReplyDelete
  3. Menarik! boleh propose pada cikgu-cikgu sekolah

    ReplyDelete

On My Instagram