Aku suka melayan video video tutorial mekap dekat youtube, sambil tengok sambil cuba nak praktikan. Tapi peratusan gagal tu lagi tinggi lah daripada berjaya. Lagi lagi bab apply eyeshadow . Pergh! Dekat video tengok macam senang, sendiri buat jadi huru hara . Haha . Pendek kata , nak belajar makeup ni kena berguru lah lagi elok. Biar tengok depan mata teknik sebenar tu lagi mudah nak hadam dalam kepala.
Makanya aku pun buat keputusan nak belajar mekaplah. Fade up dah mekap mekap asyik tak jadi je. Setelah di selidik selidik kelas mana yang best, aku pun decide nak join satu kelas mekap yang dianjurkan kak Sarah Hata. Aku mulakan dengan sertai kelas demo dulu. Ada rezeki nanti boleh join kelas advanced pulak .
Yang kanan tu kak Sarah, yang kiri tu dah macam ahli sihir hahaha
Kelas ni sebenarnya aku pergi 2 minggu lepas lagi. Punyalah lama baru harini nak update ish ish . Dah basi dah cerita aku ni haha tapi yang penting kelas kak Sarah ni memang selalu diadakan . So jangan risau lah takut terlepas tarikh ke apa. InsyaAllah ada next class dia dalam masa terdekat ni.
Kelas ni dibuat di Hijabella Studio, Ampang. Setelah bertahun tahun tak masuk studio, aku jadi agak jakun pula bila masuk studio kali ni haha . Kalau dulu, props untuk photoshoot tak ada lah banyak macam sekarang. Zaman aku acah model suam suam tak laku tu, sempat merasa juga lah berphotoshoot photoshoot ni tapi yang biasa biasa jelah. Paling luar biasa pun merasa dekat Karangkraf & Utusan Malaysia. Alhamdulillah, kira merasa juga lah kan pengalaman terkibai kibai depan kamera hahaha .
Hijabella Studio
Dekat Hijabella Studio ni ada macam macam jenis props disediakan sesuai dengan tema apa yang client nak untuk photoshoot diorang. Hmm ada rezeki nanti nak shoot produk Jubayyinah dekat sini lah hehe . Kelengkapan dan kemudahan pun cukup . Ada pantry , ada tempat solat , even dekat toilet pun ada satu area khas untuk ambil wudhu . Semua lengkap ber aircond dan deko dalam studio ni pun cantik sangat . Ha yang kelas mekap kak Sarah ni dibuat dekat salah satu bilik dekat Hijabella studio ni lah . So kalau korang rasa rasa macam perlu nak sewa bilik untuk meeting ke, buat kelas ke bengkel or seminar whatever, boleh lah sewa dekat sini . Satu satu bilik tu boleh la kot muatkan dalam 10 - 15 orang . Okaylah kalau nak anjurkan event kecil kecilan .
Ha berbalik kepada kelas mekap kita tadi. Disebabkan ni ialah kelas demo mekap, jadi adalah modelnya kan . Untuk demo mekap kali ni , modelnya ialah Bella . Kak Sarah buat dua solekan berbeza dekat muka Bella ni , one part untuk solekan simple dan satu lagi bahagian buat solekan yang nampak meriah sikit . Salah satu benda yang membezakan kedua dua gaya solekan ni ialah pemilihan dan cara pemakaian eyeshadow dan warna lipstick. Bila di ubah sikit je pun dah boleh nampak dah beza nya .
Kak Sarah gunakan dua jenis foundation yang berbeza juga untuk kedua dua belah muka Bella ni . Satu liquid, satu lagi stick. Kata kak Sarah, kalau pakai foundation jenis stick lagi tahan lama dan lagi satu, pemilihan powder pun penting. Kalau nak solekan lagi gebu, 'set' kan foundation tu dengan menggunakan loose powder berbanding compact powder. Tapi kalau tak ada juga loose powder, boleh je gunakan compact powder tu tapi apply kan menggunakan berus. Ha baru lah gegegebuu!
Macam macam teknik dan ilmu baru yang aku dapat belajar masa kelas ni . Walaupun hanyalah demo tapi banyak juga input berguna yang aku dapat kaut . Xpe kita belajar demo dulu, nanti boleh lah slow slow praktikkan . Dah ada basic sikit sikit , kita upgrade pergi kelas advanced pulak hihi .
Sebenarnya biasa orang kata tak makeup langsung tu lah kita punya natural face, betul ke? ha korang salah! Yang tak makeup langsung tu namanya bedroom face atau nama lainnya - muka tak mandi haha . Kita sebagai perempuan ni at least apply lah minimal makeup , setakat ada bedak sikit dan lipstik, ha cukup dah tu bagi naik seri sikit sikit . Baru lah nampak natural beauty kita tu . Tak adalah disaster sangat muka tu hehe kalau bebetul flawless tu takpela kot taknak mekap, kalau tak flawless??
Kak Sarah tunjukkan satu satu ikut step by step cara nak mekap haritu cuma sayangnya tak sempat nak minta kak Sarah tunjukkan cara buat shading and countouring . Aku paling paling nak belajar part tu lah, teknik mengilusikan pipi gemok bertukar menjadi V shape dan tirus hahaha . Maybe dalam kelas advance nanti akan diajar kot . Haritu pun macam timing lari sikit so maybe kak Sarah tak sempat nak share banyak lagi . Hm sayangnyaaa ! Nak pergi lagi lah kelas tu, nak belajar banyak banyak banyak lagii .
Eh korang taknak ke belajar mekap mekap ni? Korang cubalah join kelas kak Sarah ni, memang berbaloi baloi . Siap ada penjelasan cara nak jaga kulit, kenal pasti jenis kulit, kenal pasti foundation apa yang sesuai dan macam macam lagi . Sekiranya hati nurani korang terdetik nak join kelas ni boleh lah contact terus kak Sarah ni . Aku pun tak pasti bila next class yang kak Sarah buat, tapi rasanya dalam masa terdekat ni ada kot . Pergilah join! Serious best dan banyak ilmu & teknik mekap yang korang boleh dapat dan belajar .
Selain daripada nak belajar mekap, nak suruh kak Sarah makeup kan pun boleh, khas untuk hari istimewa korang. Tak kisah lah untuk tunang ke, nikah, sanding, graduation or saja saja nak melaram hehe . Kedua dua ni instagram rasmi kak Sarah. Boleh cekcekcekidaud okay? Nak tengok hasil kak sarah makeup kan client, atau nak tahu info terkini mengenai kelas, ha semuanya ada dalam ni. Follow okay?
K lah, next entry kita beauty talk lagi k? Bai!
Selain daripada nak belajar mekap, nak suruh kak Sarah makeup kan pun boleh, khas untuk hari istimewa korang. Tak kisah lah untuk tunang ke, nikah, sanding, graduation or saja saja nak melaram hehe . Kedua dua ni instagram rasmi kak Sarah. Boleh cekcekcekidaud okay? Nak tengok hasil kak sarah makeup kan client, atau nak tahu info terkini mengenai kelas, ha semuanya ada dalam ni. Follow okay?
IG : www.instragram.com/makeupbysarahata
IG : www.instagram.com/sarah_hata
K lah, next entry kita beauty talk lagi k? Bai!
2 comments
Berapa RM yuran nak joint kelas mekap k.sarah ni?
ReplyDeleteHi Fieza!
DeleteYang terbaru ni Faa join bayaran RM120. Kalau kelas advance harga lain pula tapi siapa dah pernah pergi kelas demo & nak join plak kelas advance ada special rate :) selanjutnya awak boleh contact kak sarah and tanya dia ya. saya pun tak berapa pasti sebetulnya macam mana.