Siangnya aku dengan team blogger yang lain sempat sama sama join upacara perasmian Freeport Afamosa Outlet tu, ha pada waktu malamnya pulak, kitorang dibawa ke Old West Afamosa Resort, atau nama lainnya aku panggil Cowboy Town. Motif utamanya kitorng kesitu bukan setakat nak tengok red indian buat persembahan sembur sembur api tapi untuk memenuhi jemputan makan malam di Huang Di Restaurant. Ha memang malam tu disajikan dengan macam macam jenis jenis masakan cina yang tak pernah aku terfikir nak rasa hehe .
Kitorang dihidangkan dengan jumlah 9 hidangan semuanya. Itu termasuk appetizer, main course dan dessert. Bagi aku semuanya sedap cuma mungkin ada satu dua hidangan yang off taste. Atas sebab tekak aku ni terlalu 'melayu' kot haha. Tapi so far semuanya sedap. Paling paling paling suka of course la yang ala ala butter prawn tu aumm haha sebab aku penggila seafood. Nama panjang menu tu ialah Milk Cream Fried with Tiger Prawn . haa kau kemain panjang nama dia. Lepastu ada satu hidangan ni macam sup likat, dalam tu semuanya seafood ; mungkin ada isi ketam , isi udang , sotong dan macam macam , namanya Eight Taste Seafood Soup . Yang dua ni favourite aku walaupun sup ni likat dia lain macam sikit tapi sedap, ai suka!
Eight Taste Seafood Soup
Milk Cream Fried with Tiger Prawn
Sebelum korang tanya dan timbulkan spekulasi, makanan di restoran ni halal ye. Jadi makan lah tanpa was was. Malam tu kitorang dapat la merasai pengalaman makan makanan yang biasanya disajikan pada malam 'makan besar' yang selalu bangsa cina raikan sebelum perayaan tahun baru cina. Cuma yang apa orang sebut, yee sang eh? Ha yang tu aku tak merasa lah. Tapi katanya tu sayur sayur je. Takpela, aku tak makan sayur lagipun haha . Kalau dia bagi pun mungkin aku tak makan ahaks!
Fortune Steamed Jenak Fish with Szechuan Hot Sour Salted Vege
Stir fried vegetables with China Style .
Isi ayam yang dibalut dengan kobis bunga
Setiap daripada makanan tu di deko dengan unik, dan setiap daripada deko tu ada simbolik dan maksud tersendiri. Contohnya macam lauk ni. Di bentuk seakan akan kotak harta karun, dan dalam tu diisi dengan isi ayam dan sayur sayur, simbol kepada emas yang banyak. Ha kira nya bawa maksud kekayaan la, gitu. Menarik kan? Kalau aku masak, tak rajin nak deko deko macam ni sekali haha . Nampak sangat pemalas tu hihi.
Braised Bean Curd with Minced Chicken
Gambar kredit Kak Jue
Bbq sweet honey chicken
Penutup makan malam kitorang dihidangkan pulak pencuci mulut. Longan & kelapa laut. Aku tak pernah tahu rasa kelapa laut ni macam mana, alahai sedap lah pulak. Bertambah tambah aku makan . Nanti nak buat kat rumah lah (eleh yela tu) haha.
Chilled Longan with Sea Coconut
Ini lah chef yang masakkan untuk kitorang. Thank you chef, sedap you masak . Ada rezeki kitorang datang lagi ye.
Selesai makan, kitorang keluar berjalan jalan dalam Cowboy Town tu. Sempat lah tengok pertunjukan red indian & musical parade. Dalam pukul 10 macam tu, kitorang berpeluang tengok persembahan bunga api. Cantik nya!
Diluar restoran Huang Di. Keluar keluar je makin gemok haha
Dalam cowboy town ni ala ala macam fun fair juga. Ada banyak game yang boleh korang main tapi kena beli token dulu lah. Ada bumper car, bull ride dan macam macam lagi. Game yang lempar lempar gelung dalam botol pun ada, kalau bertuah boleh menang hadiah hehe. Syok la kalau datang ramai ramai dengan kawan atau family. Kalau datang sorang sorang macam krik krik sikit hehe.
Okay korang, kalau ada perancangan nak bercuti ke Melaka, memang rekomen korang datang lah ke Afamosa Resort ni. Sebenarnya ada banyak lagi tarikan dalam resort ni. Ada Animal World Safari, Water World , cowboy town, archery, kalau nak main golf pun boleh. Haa macam macam aktiviti boleh buat. Meh datang sini meh!
Ada orang tu terlebih lebih seronok pula dekat sini haha . Nanti update dalam entry lain pulak ye
Post a Comment