Masa aku baca kawan kawan blogger lain ada share pasal "Dorsett Grand Subang 3 Wishes" , aku dah start rasa uwuuuuu bestnya! Memang plan aku rasa sekali sekala nak la staycation over the weekend kan, tidur dekat hotel walaupun Kajang dengan Subang tu sejengkal je jauhnya haha.
Kalau korang taktahu lagi apa itu "Dorsett Grand Subang 3 Wishes", okay biar aku explain sikit.
Ini merupakan limited time promo bermula 1 April 2019 sehingga 31 December 2021 yang diadakan oleh Dorsett Grand Subang, dimana sepanjang promo ni , korang bukan je boleh enjoy 25% Best Available Rate (BAR) tapi dapat juga pilih 3 wishes iaitu 3 jenis complimentary services dibawah yang korang nak.
Antara wishes yang korang boleh pilih :
PERCUMA - Sarapan untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Daily)
PERCUMA - Upgrade bilik ke Bilik Deluxe setiap penginapan
PERCUMA - Perkhidmatan Menggosok 2 pcs pakaian setiap penginapan
PERCUMA - 1 Dorsett Mocktail dari pukul 5 petang - 8 malam untuk 2 orang di Piano Lounge
PERCUMA - 1 canister Dorsett Signature Cookies setiap penginapan
PERCUMA - Perkhidmatan isian Minibar setiap penginapan (minimum 2 malam menginap)
Best kan? Tak cukup dengan tu, korang boleh enjoy penginapan penuh selama 26 jam. Dah cukup 26 jam haa baru checkout. Ngam kan? Biasa tidur hotel, tak cukup 24 jam dah kena check out kan. Rugi rugiii.
For more details about review penginapan di Dorsett Grand Subang dan 3 wishes ni, korang boleh baca dekat belog diorang ni ;
Okay, sekarang kita taknak cerita pasal bilik atau penginapan dekat sini. Tapi aku nak share sikit experience aku layan BBQ & Steamboat Buffet Dinner di main restaurant Dorsett Grand Subang ni iaitu di Terazza Brasseri. Dekat sini la biasanya guest hotel akan breakfast. Kiranya ni restaurant terbesar dalam Grand Dorsett Subang ni.
Menariknya, tema buffet dinner dekat sini berbeza beza mengikut hari. Kalau nak layan BBQ & Steamboat buffet, korang kena datang pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Pada hari Rabu dan Khamis pula ada International Buffet Dinner. Yang ni lebih kepada tema western dan italian rasanya. Aku pun tak berapa sure tapi bagi aku kalau rasa nak layan buffet, better korang datang for BBQ & Steamboat Buffet Dinner.
Kenapa? Okay meh aku senaraikan sebab sebabnya .
1. Badan Tak Bau Asap Sebab Tak Perlu Grilling
Yass! Rugi la dah pakai cecantik pergi hotel lepastu badan busuk bau asap sebab grilling kan? Dekat sini, kita serahkan pada yang pakar untuk tolong grill kan. Cuma pilih apa yang korang nak, lepastu pass je pada chef dan chef akan tolong masakkan. Senang kan?
2. Very child friendly
Boleh pilih nak set up pot macam ni atau tak atas meja |
Sebabkan kita tak ada grilling dekat atas meja, jadi suasana nak makan tu sangat child friendly. Takde la risau takut anak terpegang hot plate ke, atau ada kuah tumpah ke, or risau merecik ke apa kan. Lagipun korang boleh pilih untuk steamboat, sama ada nak masak dan celup celup dekat atas meja, ataupun taknak letak steamboat pot tu atas meja dan pergi celur or rebus apa yang korang nak makan tu dekat steamboat station. Dekat situ ada disediakan tempat juga untuk korang masak. Ala ala macam periuk oden atau yong tau foo tu. Jadi meja tak ada ala messy dan anak anak pun tak rasa rimas sebab panas.
Boleh celur atau rebus sayur dan pilihan steamboat korang dekat sini kalau taknak masak dalam pot atas meja |
3. Seafood segar dan rare!
Aku suka gila pilihan seafood yang ada dekat sini. Semuanya fresh dan yang penting, rare! Masa makan haritu aku berpesta ye makan belut, scallop, mussel, lobster, tiger prawn dan oyster muahahhaa *gelak keji. Susah nak jumpa ye BBQ Steamboat yang ada sediakan seafood macam ni. Puas hati sangat dapat makan. Lobster tu paling nak nangis bila makan sebab tak pernah rasa dan bila dah masuk tekak tu YA ALLAH NIKMATNYA! Rasa manis jus lobster tu menandakan memang fresh sangat sangat.
4. Pilihan daging pun segar!
Pilihan meat based product. ada sausage dan meatball. semua dibuat sendiri |
Tak makan seafood ? No worries bebeh, kita ada pilihan beef, lamb and poultry for you to choose. Semuanya dah diperap dengan special marinate sauce, tinggal kita pilih dan minta chef masakkan je. Even kambing panggang pun ada. Yang ni sangat lembut dan juicy sebab dah di slow cooking kan untuk pastikan daging empuk.
kambing pangganggg |
5. Pilihan makanan Ready-To-Eat (RTE) yang menarik
Sushi & salad platter |
Sementara tunggu chef kita siapkan grill all the seafood and meat untuk kita, (approx 8 minutes) , boleh la jalan jalan dan layan pilihan makanan yang ready to eat pulak. Memang ada berlambak pilihan ye sis. Daripada pizza, pasta, salad, mee goreng, nasi goreng, lauk lauk melayu, sushi, semuanya ada! Tinggal muat dengan tak je dalam perut tu haha.
Pilihan untuk steamboat. Banyak ala chinese dumpling. Semuanya sedap! |
Macam macam jenis noodles. Aku try yang squid ink noodle tu. Sedap! Rasa chewy , macam fish ball |
Pilihan sayuran, ada telur, mussels, udang & dipping sauce untuk lengkapkan steamboat korang |
Lagi satu yang aku selalu look forward bila makan makan di hotel, ofcos la pilihan dessert! Untuk buffet dinner ni, pilihan dessert memang banyak sangat! sampai confuse taktahu nak mula dengan yang mana satu.
Boleh pilih nak layan chocolate fountain ke, cake ke, pilihan kuih tradisional ataupun other pastries. Tapi paling fav dan yang aku ulang alik tambah, ialah dia punya bread butter pudding! Memang sedap. Katanya sebab diorang tak guna roti biasa , tapi guna croissant. Patutla padu! Kalau korang datang makan dekat sini, jangan lupa try bread butter pudding okay?
Banyak pilihan dessert daripada cake, sampailah kuih tradisional. semuanya ada |
Almond cake, bread butter pudding & stesen ABC |
Okay , cukup tak 5 sebab aku bagi untuk convince kan korang layan makan BBQ & Steambot Buffet Dinner dekat sini?
Kalau tak cukup lagi, ni sebab ke - 6 untuk buatkan korang excited dan makan dekat sini
6. Enjoy 1-FOR-1 Menggunakan The Entertainer!
Yassss wahai pembaca kesayanganku sekalian yang mana dah subscribe Entertainer, this is your call! Masih tercari cari nak pergi mana lagi untuk redeem your 1-for-1 deal? Mari ke mari layan BBQ & Steamboat dekat sini.
Kalau siapa tak tahu apa itu The Entertainer, ianya ialah satu Lifestyle App which require subscription. Korang cuma subscribe untuk current ongoing pack yang ada, dan korang boleh enjoy BANYAKKKKKK 1-for-1 atau nama melayu dia, BELI 1 PERCUMA 1 di beribu restoran, spa, hotel dan attractions yang wujud di Malaysia ni.
Untuk tengok antara senarai deal yang aku dah redeem menggunakan Entertainer, boleh baca dekat sini -- The Entertainer : Jimat Banyak Dengan Deal Buy 1 Free 1 Gunakan Apps ni!
Dekat bawah ni ialah senarai harga per head untuk BBQ & Steamboat Buffet Dinner ni
So RM128 untuk satu orang dewasa. Contoh korang datang berdua dengan kawan, since menggunakan Entertainer, seorang lagi makan secara percuma. Ataupun, bahagi la dua orang, baru RM 64 seorang. Jimat banyak kan?
Sebab tu lah dari awal dulu aku berbuih mulut ajak korang subscribe Entertainer. Memang banyak boleh jimat taw especially bila bab makan makan ni. Untuk mula melanggan, klik sini : ENTERTAINER LIFESTYLE APP
Kalau tak ada subscription Entertainer pun takpe. Tak rugi pun korang datang makan dekat sini. Sekali sekala untuk special occassion bawa la family atau pasangan makan dekat sini. Ambiance pun best sebab suasana hotel yang tenang, damai, exclusive. Lagipun konsepnya 'all you can eat' buffet jadi makan laa sepuas puas nya. Kalau aku, masa ni la yang paling sesuai nak balun semua benda yang kalau makan dekat luar tu boleh cecah ratus ratus macam lobster, daging premium semua tu hehe. Boring la kalau setiap kali steamboat or grill asyik makan fishball je kan. Kalini kita upgrade sikit.
Okay , for more info or reservation untuk BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Dorsett Grand Subang ni, boleh call +603 5031 6060 / +60 3 5031 8686
Related search : Dorsett Grand Subang room rate, Dorsett Grand Subang hotline, Dorsett Grand Subang food review, Dorsett Grand Subang restaurant review, Dorsett Grand Subang berapa bintang, Dorsett Grand Subang 5 star, Dorsett Grand Subang Terazza Brasseri review, pakej di Dorsett Grand Subang, pakej korporat Dorsett Grand Subang, lokasi Dorsett Grand Subang, contoh bilik Dorsett Grand Subang, Dorsett Grand Subang room photo
1 comment
wow menarik
ReplyDelete