Masuk je bulan Oktober, mesti perasan banyak dah cerita seram seram mula keluar dekat wayang. Why? Cause it's Halloween month! Walaupun Malaysia takde buat sambutan Halloween secara besar besaran, tapi ramai yang ambil kesempatan ini untuk turut sama join the fun. Kedai cenderamata pun banyak mula jual accessories dan decoration untuk Halloween. Kalau aku still kerja dekat PayPal, masa ni lah masing masing sibuk compete dengan team lain untuk deco isle meja kerja kitorang dengan decoration yang paling spooky.
Yang paling aku ingat, deco yang seram gilaa masa tu ialah deco team night shift . Sebabkan kitorang morning shift, bila masuk office pagi tu, masing masing terkejut tengok ada pocong tergantung depan pintu hahaha. Main kasar kan? Dah la masuk office pukul 5.30 pagi. Deco team kitorang pulak? Comel comel je takat letak sarang labah labah dengan kelawar hahaha. Tak extreme langsung!
Kalau tema seram seram macam zombie, cik pon, cik poc tu dah biasa orang guna untuk Halloween, apa kata kalini kita buat kelainan sikit, jom?
Di Lost World Of Tambun, korang akan alami sambutan Halloween yang sangat sangat berbeza! Penuh dengan cahaya, dekorasi yang glow in the dark dan hiasan yang cantik! Confuse kan? Dah kenapa Halloween cantik cantik pulak ni?
Sebab tema yang dipilih Lost World of Tambun tahun ni ialah "DAY OF THE DEAD" . Kalau korang pernah tengok cerita animasi "The Book of Life" (2014) ataupun "Coco" (2017) , mesti korang akan boleh instantly relate tema ni dengan jalan cerita dalam dua filem animasi ni.
Day of the dead ialah satu perayaan yang biasanya diraikan oleh warga Mexico. Dimana perayaan ini merupakan salah satu cara mengingati mereka yang dah mati. Bagi diorang, ianya amat penting untuk siapa yang hidup terus mengingati mereka yang dah mati sebab diorang percaya yang siapa dah mati tu, 'hidup' di alam lain. So untuk pastikan si mati tu kekal 'hidup' di alam tu, diorang kena lah selalu ingati si mati. Ngerti?
Sambutan perayaan Day Of The Dead ni biasanya memang meriah dengan pakaian berwarna warni dan 'face painting'. So masa pelancaran "Day of The Dead" ni, aku taknak lepaskan peluang untuk conteng muka juga hehe.
Before & After blue light |
My face painter did a good job with this skull painting! Masa awal awal dia lukis, ramai yang cakap "eh ko pakai bedak sejuk ke apa ni? putih jee"! Sekali, bila dah duduk bawah blue light, terus nampak the actual painting. So cantik! dan seram hahaha. Memang menjadi.
Tarikan utama di sini ialah " Luminous Forest ". Be prepared to be awe-struck as you step into this full of luminous lights and colors sebab memang cantik sangat. Daripada pintu masuk pun korang dah akan mula ternganga sebab it's beautifully decorated.
Dari pintu masuk, kita akan menyeberangi jambatan yang dihias dengan lampu dan ada iringan lagu tema mexican. Untuk lalu dekat sini tak boleh ramai ramai sebab jambatan tu di support dengan buoy je jadi cuma beberapa orang je dilepaskan untuk jalan dulu. So kena pass through secara berperingkat. Bila dah menyeberang, masa ni lah korang akan mula rasa macam masuk kedunia lain, giteww.
Jangan risau siapa yang ada sakit jantung ke, mudah takut ke apa sebab decoration dalam ni semua nya cantik dan tak seram langsung okay. Memang Lost World Of Tambun cuba wujudkan kelainan dimana selalunya kematian di kaitkan dengan benda benda seram je kan, tapi kali ni kematian di simbol kan dengan sesuatu yang cantik dan sering diingati.
Sepanjang didalam Luminous Forest, korang akan dapati terdapat beberapa karekter yang berpakaian cantik dan diconteng mukanya ada berkeliaran. Tapi diorang tak kejam pun takde nak takut takutkan korang haha. Siap senyum ada la. So kalau nak bergambar pun boleh. Aku suka la tema macam ni. Takdela rasa cuak dan sakit jantung manjang hahaha. Nak ambik gambar pun cantik jee. Baru la instagram worthy hehe.
Ni dekat bahagian exit dah |
Acara kemuncak sambutan ni ialah pada 31 Oktober 2019. Kalau korang datang pada hari sambutan ni, dan pakai pula pakaian Halloween, korang boleh dapat 50% diskaun untuk tiket masuk.
Dan yang bestnya, untuk setiap pembelian tiket, korang boleh pilih nak dapatkan Bloody Bag Beverage ataupun Devil Horns Headband secara PERCUMA!
Ada banyak aktiviti menarik yang disediakan sepanjang sambutan berlangsung antaranya 'Luminous face painting' , 'Voodo Doll' keychain making, Fortune Telling, dan banyak lagi. Untuk persembahan dan pertunjukan pula, ada Mariachi Band, Soul of the fire (pertunjukan api), & The Beauty of Death Parade. Wuuuu sounds fun!
Performers yang terlibat buat persembahan masa acara pelancaran |
Kalau korang takdapat datang pada 31 Oktober 2019 tu pun takpe , boleh datang lagi awal. Mungkin hujung minggu ni ke? Sebab sambutan ni berlangsung sepanjang bulan Oktober dan Luminous Forest welcome you anytime. Kalau nak tengok kecantikan Luminous Forest tu, jangan lepaskan peluang untuk datang dan alami sendiri.
For more info, check out their official contact page :
Website :
Facebook :
Instagram :
Related search : Lost world of tambun perak, Lost world of tambun tiket masuk, Lost world of tambun harga tiket, Lost world of tambun promo code, Lost world of tambun tiket murah, Lost world of tambun tiket kumpulan, Lost world of tambun sambutan halloween, Lost world of tambun glamping, Lost world of tambun hotel, Lost world of tambun rules, Lost world of tambun operation hour, Lost world of tambun tutup hari apa
3 comments
meriah!
ReplyDeletebestnyaaa.Last pergi LWOT masa family day tempat kerja dulu hahaha.Mainan dia semua best! Hahaha
ReplyDeleteStill considering to bring my MM2H visa holder friend to go Lost world of tambun.
ReplyDelete