Aku sendiri susah nak kategorikan diri aku ni introvert ke extrovert. Sebab ada masa masa, aku rasa macam asyik nak keluar je, jumpa kawan kawan, kenal orang baru, pergi event sana sini. Tapi ada masanya, aku langsung tak rasa nak keluar rumah. Even lapar dan bahan tak cukup dekat dalam rumah pun, sanggup aku makan je apa ada (tapi most of the time order dekat Food Panda la haha). Tapi apa kategori sekalipun, yang aku tahu, kalau tetiba aku rasa nak mingle dan nak lepak dengan kawan kawan aku, aku akan make sure tempat kitorang nak jumpa tu mestilah bestt!
Masa sesi 'lepak' aku haritu, aku jumpa Amira & Amin. Patutnya ramai lagi tapi masing masing ada hal. Makanya, kitorang bertiga jela. Diorang dua ni kawan aku masa sama sama kerja dekat PayPal. Amin sekarang kerja as freelance reviewer/ write. Amira pulak kerja dekat Shopee. Office dia dekat sebelah Midvalley Megamall je. Makanya, untuk sesi membawang kali ni, aku pilih untuk lepak dalam MidValley Megamall je.
And yas seperti di title telah tertulis, kitorang mengopi di Jamaica Blue, MidValley Megamall.
For some people, ni mesti first time korang dengar nama Jamaica Blue ni kan? Bagi aku pulak, dah selalu nampak cafe ni, cuma aku lalu lalang je depan dia haha. Tak pernah terdetik nak singgah atau cuba lagi. Akhirnya , kali ni rezeki la untuk aku cuba apa yang ada dekat Jamaica Blue ni.
Cookies dan bakes pun banyak |
Antara pastries yang korang boleh cuba dekat Jamaica Blue ni |
Sedikit sejarah tentang Jamaica Blue...
Ditubuhkan pada 1992 oleh Foodco, iaitu sebuah company retail franchise berjaya di Australia. Yass girl, Jamaica Blue ni dari Australia. Aku pun memula ingat dari Jamaica hahaha. Nak tahu mana dapat nama Jamaica Blue? Ha ko sabajap. Baca sikit lagi.
Nama Jamaica Blue ni diilhamkan daripada signature coffee bean yang diorang gunakan iaitu 'Jamaica Blue Mountain' dimana biji kopi ni diperoleh daripada Blue Mountain di Jamaica. Jenis kopi ni ialah salah satu kopi yang terbaik didunia. Sebabkan jenis kopi ni sangat rare, dan tak banyak cafe carry this kind of coffee, ini yang membuatkan Jamaica Blue unik dan ada tarikan yang tersendiri. Siapa peminat coffee, mesti boleh compare dan nilai sendiri richness level kopi 'Blue Mountain' ni.
Ini dia Long Black (Blue Mountain)
For me, untuk aku sendiri, memang this is not my kinda coffee. Sebab memang kuat. Sekali hirup tu macam ditampar tampar dimuka, memang automatically awaked! haha. Aromanya sangat wangi dan lain macam taw bau coffee ni. Memang ada beza. Rasa kopi tu sendiri, sedap. Cuma strenght coffee tu aku tak boleh handle. Dan after taste ada rasa masam dan a bit spicy sikit (ni dekat tekak aku lah) .
Dan kalau korang nak tahu , coffee ada dia punya flavour wheel ye. Aku tahu pun sebab aku pernah belajar time coffee tasting session ni. So lain orang lain cara nak intepret rasa tu. Ada pelbagai rasa dari satu hirupan korang boleh notice. So tak pelik la kalau kadang kadang susah nak explain rasa coffee tu macam mana.
Credit : Kungfucoffee.blogspot.com |
Selain daripada Jamaica Blue Mountain, ada juga Jamaica Blue Signature Blend. Siapa yang nak kan rasa kopi yang lebih mild dan creamy, boleh cuba yang ini. Yang best nya, ada chocolate after taste. Aku masa awal awal cuba macam macam jenis kopi ni pun, rasa macam tak percaya yang kopi dari pelbagai origin, boleh bawa rasa dan after taste yang berbeza beza dan boleh berikan pengalaman yang tak sama dalam setiap hirupan. Mind blown wak ye! Yela, selalu minum kopi 3 in 1 je hahaha mana lah nak sempat nilai dan telitikan rasa kopi tu ye.
Minuman patut cuba di Jamaica Blue
So bagi penggemar coffee, memang aku recommend korang cuba kopi kopi di Jamaica Blue. Truly a different experience!
Kalau korang bukan sejenis peminum kopi yang piaw piaw black coffee camtu, usah gusar adik manis. Banyak lagi pilihan minuman yang ada dekat sini. From our recent visit, banyak jenis minuman with and without caffein yang kitorang cuba dan personally bagi kitorang, semuanya sedap!
Antara suggestion untuk korang cuba :
left : iced coffee blendz caramel coffees / right : iced coffee blendz espresso cookies |
- Iced Coffee Blendz Espresso Cookies - Very mild coffee taste, macam cookies and cream milkshake with added caffein. Sedap!
- Iced Coffee Blendz Caramel Coffees - Too sweet for me but boleh adjust ni according to your preference. Masa order, request je. also mild coffee taste. Siapa takut takleh tido malam, boleh minum ni
tak ada gambar pulak Blue Latte, this is the only photo i have. Yang kiri sekali ni, warna macam turquouise, that's Blue Latte! |
- Blue Latte - My fav! This is one unique drink. Yang ni takde caffein. Rasa susu dan ala ala aiskrim paddle pop rainbow. Sedap gila!
- Cappucino (Signature Blend) - This is how i like my cappucino to be. Rasa very creamy and rich. (and alaaa cutenyaaa coffee art barista ni buat!)
Okay, dah alang alang lepak minum kopi , takde ke apa apa untuk dimakan?
Yass we hear you sis, ada! Dan surprisingly, menu makanan di Jamaica Blue ni tak seperti yang korang expect like ; hmm pie? croissant?
5 Menu Menarik di Jamaica Blue
Well yes, ada semua tu tapi sebenarnya, diorang pun serve menu makanan berat juga. So, perfect spot sebenarnya for Breakfast, Lunch, Hi Tea atau pun Dinner dekat Jamaica Blue ni.
Mari kita mulakan dengan menu pertama, iaitu menu yang sesuai for breakfast !
Homemade Muesli With Yoghurt & Seasonal Fruit Salad (RM18.80)
Ulalalaa, filled with cut lychee, strawberry & mango, oats, coconut, puffed rice, dried fruits, almons, seeds and yoghurt! Definitely a must have for those whose on diet ataupun rasa like wanted to have a healhy snack.
Buah buah yang digunakan semuanya fresh, dan gebu gebu wak. Puas hati makan ni. Kitorang sejenis tamak haloba, semua pun nak cuba, end up tersadai semua kekenyangan. Ini baru satu menu, ko sabajap ada lagi 3 menu belum reveal. Dah la tadi kenyang minum air hahaha.
Dari segi rasa, sedap dan ianya dimaniskan oleh kewujudan buah buah tu. Meaning to say, tak ada artificial sweetener ditambah ye.
Lagi satu menariknya tentang Jamaica Blue ni, menunya memang made to be in a healthy way. Kebanyakannya less salt, jadi depends kat tekak korang la nak rasa masin macam mana. Kalau rasa tak cukup masin, tak cukup manis, jangan risau. Dekat setiap meja memang dah disediakan gula, garam, dan black pepper untuk korang adjust the taste up to your likings.
Prawn Fettucine (RM21.60)
Sukakan pasta? Go for this! Portion pun agak berbaloi . Udang yang digunakan pun fresh sampai boleh rasa manis jus udang tu. Bagi aku pasta ni agak tawar, so cembiasa, ada blackpepper dan salt untuk adjust ikut suka tekak hang. Okay? Jangan gaduh gaduh hehe.
Jamaican Beef Patty (RM17.90)
Yass, this one is my favourite! Aku suka betul yang ni sebab sedap. Daging nya pun lembut sangat. Dihidang bersama bbq sauce. Ulalala memang terangkat. Korang patut cuba ni bila datang lepak for hi tea. Recommended!
BBQ Jerk Chicken Wings (RM14.90)
Lagi satu signature dekat sini dan aku memang recommend. Ketepikan ayam korean ke apa semua tu dan mari raikan rasa bbq sauce ala Jamaica. Sedap! Rasa rempah yang tak terlalu kuat. Memang beza sangat dengan chicken wing ala western dan korean. Korang yang gilakan chicken wings, meh try yang dekat sini pulak.
Untuk dessert (yes, there's always room for dessert gais) . Kitorang cuba their 'Jamaican Queen'
Jamaican Queen (RM14.90)
Dihidang bersama whiped cream gebu. Memang sedap sangat. So moist, dan rasa coklat yang cukup, tak rasa muak. Berebut kitorang makan bertiga haritu haha.
So yas, overall great food, great service and great ambiance. Cawangan Jamaica Blue ni ada banyak iaitu di
- Mid Valley Megamall, KL
- Setia City mALL
- Melawati Mall
- Seremban Gateway
- The Robertson
- Vibrant Cafe
- Eco Avenue
- CityOne Megamall Kuching
- Avisena Women's & Children's Specialist Hospital
Spot any nearby outlet? Pergi la cuba nanti. Also, untuk bulan Oktober, ada beberapa ongoing promotion yang diorang jalankan. Antaranya :
1. Buy 1 FREE 1 for all beverages
* tapi yang ni valid masa 1 October 2019 haritu sahaja bersempena International Coffee Day
2. Enjoy 30% every monday for purchase of Seasonal Coffee - Mountain Blend
* valid sepanjang bulan Oktober 2019 sahaja.
- This offer is valid on every Monday in the month of October 2019 (7th, 14th, 21st & 28th) at Jamaica
Blue Mid Valley, Jamaica Blue Setia City Mall, Jamaica Blue Melawati Mall, Jamaica Blue Seremban Gateway, Jamaica Blue The Robertson Mall, Jamaica Blue TNB, Bangsar & Jamaica Blue Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital only.
- This offer is not valid with any other promotions, discounts or voucher redemption.
- This offer applicable with Jamaica Blue Mountain Blend Seasonal Beans only.
So yass, can I see any coffee lovers here? Angkat tangan sikit! hehe. seriously, i dont know how to stress this anymore but you should try coffee here at Jamaica Blue.
Kalau dah pergi dan cuba, let me know your thoughts okay?
Till then gais, baca ni pun dah rasa lapar balik. I nak Jamaican Beef Patty tuu. Emm dapnyee!
Related search : Jamaica Blue price list, senarai harga jamaica blue, jamaica blue outlet, jamaica blue branch, cafe with blue mountain coffee, jamaica blue halal, jamaica blue cafe malaysia, cara minum blue mountain coffee, jamaica blue full menu, jamaica blue menu drinks, jamaica blue food review
Post a Comment