Pengalaman Menginap di AnCasa Royale Pekan Pahang

Saturday, October 26, 2019
Me and@syafiqahhashimxoxo

Aku baru je lepas balik dari Pekan, Pahang haritu. Yasss, daerah kelahiran bosskurr lah dekat situ. Selama ni aku selalu je lalu lalang dekat Pekan tu masa family aku still duduk Johor, and bila nak balik Kuantan, memang passing by Pekan ni. Tapi tak pernah lah pulak duduk bermalam dekat sini. Setakat berhenti makan, rehat rehat and buang air jela dekat Shell depan river cruise tu haha.

So kali ni, setelah berkali kali ulang alik celup kaki je dekat Pekan, finally dapat juga bermalam dan explore serba sedikit apa yang ada dekat sini. Kalau datang masa bulan puasa, lagi syok dekat sini sebab bazaar ramadhan dekat Pekan ni lain machiam sikit. Juadah dijual semuanya rare. Memang puas hati. And paling wajib aku singgah beli ialah Murtabak Mengkasar. Yang ni memang wajib cari kalau korang datang Pekan. Ada branch nya dekat Kuantan tapi rasa dia tak sepadu yang dekat Pekan ni lah (*sorry takde gambar).

View dari belakang hotel, pool area



Kalau dekat Pekan ni, hotel yang termahsyur dan confirm semua orang Pekan tahu ialah AnCasa Royale Pekan. Kenapa? Sebab hotel ni memang tersergam indah di jalan utama dan bersebelahan Sungai Pahang. Sebabkan ianya termasyhur, makanya aku pun pilih untuk check-in dekat sinilah.

Deluxe Premier Twin

Deluxe Premier King

Bila belek belek dekat Agoda, aku macam perasan yang biliknya ada bath tub. Aku memang excited la yee bila ada bath tub ni, sebab sekarang ni hotel hotel susah dah nak jumpa yang ada bath tub. Kalau ada pun, mesti untuk bilik yang mahal mahal sikit. Tapi dekat AnCasa Royale Pekan ni, semua bilik ye, SEMUA BILIK ADA BATH TUB! Baru lah berbaloi bayar kan?


weeee bath tub!

bathrobe, room slipper & sejadah. Safe box ada dalam drawer bawah.
Aku jenuh cari rupanya dalam tu hahaha tersorok!

Ko tengok la,  cantik betul la biliknya kan? Sepanjang hallway pun onz je cantik. Lepastu dekat hotel ni, ada satu wangian yang best je. Katanya dorang letak wangian tu dekat aircond. Memang wangi. Kalau nak tahu cemana bau nya tu, kena la datang dan alami sendiri.

laluan nak ke bilik

Bilik yang aku duduk ni ialah Deluxe Premier Twin. Datang dengan dua super single bed, ada bathtub, study table, armchair, dan amenities yang lengkap. Sejadah pun disediakan. Bilik ni agak besar dan berkeluasan 45 m²/484 ft². Luas tu boleh memuatkan lagi 2 extra bed. Dekat sini kalau nak request extra bed, ada additional charge RM95 per bed, per night. Tapi yang bestnya harga tu termasuk breakfast, dan additional amenities lagi. So takde la berebut space atau keperluan bila dah ramai ramai tu. Request je satu lagi extra bed, okie?

Study table/work station

Bilik aku kali ni menghadap pemandangan Sungai Pahang. Memang cantik, lagi lagi masa sunrise & sunset. Syoknyaa tengok. Kalau korang nak request bilik yang river view pun boleh je without any additional charge. But this is subject to availability. Boleh la remark masa booking online tu takpun masa call boleh bagitahu siap siap okay?

In photo : half of @SyafiqahHashimxoxo 

Kalau korang rasa bilik Deluxe Premier ni dah cantik, korang belum tengok lagi bilik bilik lain yang ada dekat sini. Ternganga yee aku bila dapat peluang ikut pergi room inspection and tour and tengok sendiri family room dan suite suite yang biasanya para kerabat dan VVIP duduk. Dengan rate yang ditawarkan, aku rasa berbaloi dan setimpal sangat dengan apa yang AnCasa Royale Pekan ni tawarkan.

Okay untuk gambar gambar suite tu, aku share dalam entry lain k?

Pool nya agak besar, tapi aku tak sempat nak try

Overall bagi aku dari segi bilik memang puas hati. Selasa, ruang luas, dan bersih. Perabot digunakan pun baru. Kemasan pun cantik, dan semua nampak well maintained. Cuma dari segi makanan jela bagi aku macam kurang variasi sikit especially part breakfast. Sebab biasanya kalau hotel 4 star biasanya buffet tu memang besar dan banyak pilihan tapi dekat sini terhad. Untuk lunch dan dinner aku rasa just nice since faham yang guest pun kadang kadang tak ambil lunch dan dinner kan, but for breakfast, probably boleh dinaik taraf lagi. And compared to AnCasa KL, breakfast buffet dekat sana lebih menarik nak dibandingkan dekat sini. But i believe there's always room for improvement. Next time datang mungkin breakfast dah jadi meriah gila kan?

Cakap pasal lunch and dinner, aku sempat merasa dua menu wajib dan femes di Pekan iaitu Pais Ikan Patin dan Puding Raja. Fuhhh ini memang letiopp sedapp puas hati habaqhang! Bila korang sampai sini, mohon cuba dua menu ni. Memang terbaik. Especially Puding Raja tu. Memang readily available untuk korang order, kalau tak silap aku dalam RM12 je. Sedap! Best kalau makan petang petang. Nanti cuba okay? Sebab katanya, yang buatkan puding ni sedap ialah pisang yang digunakan iaitu Pisang Raja dan ianya cuma ada di Pekan sahaja. So, nak rasa originality Puding Raja ni kena la rasa yang dekat tempat asalnya kan?

Pais ikan patin

Ni lah Puding Raja yang sedap gils!

Opor daging // lagi satu menu menarik dan sedap untuk korang cuba dekat sini


So, ada cadangan nak ke Pekan? Boleh la consider untuk stay dekat AnCasa Royale Pekan ni. Lagipun ada banyak juga tempat menarik untuk korang lawat. Nanti aku senaraikan tempat menarik untuk korang pergi bila sampai sini okay?

acececehhh pantang jumpa bathrobe hahaha


By the way, untuk best rate nak stay dekat sini, pastikan korang book lebih awal. Atau kalau nak senang pergi lah survey harga di Agoda atau Booking.com . Dekat sana boleh dapat lagi additional discount dan benefits. Dannn jangan lupa gunakan SHOPBACK juga untuk dapatkan CASHBACK. Siapa lagi belum guna Shopback? Cepat daftar sekarang. 












Related search : rate Ancasa Royale Pekan, harga Ancasa Royale Pekan, pakej Ancasa Royale Pekan, Ancasa Royale Pekan review, Ancasa Royale Pekan gambar bilik, bilik Ancasa Royale Pekan, Ancasa Royale Pekan harga promosi, Ancasa Royale Pekan lokasi, tempat menarik di Pekan Pahang, pakej korporat Ancasa Royale Pekan, pakej meeting room Ancasa Royale Pekan

2 comments

  1. yang half og @syafiqahhashimxoxo tu tak leh blahh.. hahahaa.. RINDU pulak dekat bilik besar niii

    ReplyDelete
  2. the room was super nice. best best !

    ReplyDelete

On My Instagram