VIVO NEX3 Datang Dengan Kamera 64mp, Waterfall FullView Display & 5G

Sunday, October 27, 2019
Dalam masa tak sampai sebulan, Vivo dah lancarkan satu lagi smartphone yang lagi power dan gempak iaitu Vivo NEX 3. Apa istimewanya Vivo NEX 3 ni? Okay jom kita tengok satu satu function yang ada pada smartphone ni.



“NEX 3 adalah peranti yang sempurna untuk pengguna yang inginkan peranti utama yang terhebat. Paparan POLED Waterfall FullView™ Display amat luas dimana ia memaparkan skirn yang hampir tanpa bingkai, membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual dan interaktif yang lain daripada yang lain. Gabungan tiga kamera bertujuan untuk memberikan liputan fokus yang penuh untuk kualiti gambar yang mantap. Peranti ini hadir dengan bateri tahan lama yang disokong prestasi pengkomputeran, dan keupayaan kecerdasan buatan yang dinaik taraf. Dengan NEX 3, kami telah melampaui batas inovasi dalam industri untuk menyediakan pengalaman yang paling premium untuk para pengguna pada hari ini,” Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.


1. Reka Bentuk Cemerlang termasuk FullView™ Display


NEX3 ni datang dengan POLED Waterfall FullView™ Display dan skrin nya yang curvy dan bezel less tu bantu untuk pengguna dapatkan pengalaman visual yang lebih baik. Size skrin 6.89 inch bagi aku just nice untuk dipegang, dan sedap untuk mata memandang. Lagipun aku memang suka phone yang size macam ni. Kalau kecik sangat pun tak best. Bila dapat skrin dan display macam ni, nak layan movie or game pun best.

NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, phone ni menggunakan butang dengan sensor tekanan Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.

2. Pengalaman Pengambilan Gambar Yang Premium dengan Gabungan Tiga Kamera


Pada bahagian belakang peranti NEX 3 terletaknya gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System. NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro. Sistem kamera ini amat mudah untuk digunakan dan dapat menghasilkan gambar definisi tinggi  yang mampu menonjolkan lagi keindahan dan kejelasan sesuatu gambar.





Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar. Di samping itu, Pro Mode membantu pengguna menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang mungkin rumit untuk difahami dan berat untuk dipikul.

Hasil gambar kamera depan NEX3 


Dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 tetap membawa gayanya yang tersendiri. Paparan sempurna FullView™ Display memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil.





3. Prestasi Berkuasa Untuk Pengalaman Mudah Alih yang Optimum

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran terataas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri (4500mAh) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.







majlis pelancaran Vivo NEX3




4. Kecerdasan Buatan untuk Pelbagai Senario Pengguna

Penolong kecerdasan buatan Vivo iaitu Jovi telah ditambah baik khas untuk NEX 3 untuk membolehkan pengalaman pintar yang optimum berdasarkan Vivo Computation Acceleration Platform (VCAP). Platform ini meningkatkan prestasi perkakasan, dari CPU, GPU, DSP ke NPU. Ia juga mengoptimumkan algoritma kecerdasan buatan, meningkatkan kecekapan, kelajuan, dan kelancaran ciri-ciri peranti tanpa memakan kuasa yang lebih.

Dengan VCAP, tugas berasaskan kecerdasan buatan telah dinaik taraf. Jovi mempunyai beberapa aplikasi yang dinaik taraf termasuk Jovi Smart Scene yang menyokong tugasan harian, dan Jovi Image Recognizer yang kini lebih pantas dan tepat. Ia membantu pengguna mengkategorikan album, melakukan carian pintar, mengesan pemandangan dan wajah berkumpulan. Ia boleh menyempurnakan dokumen yang diimbas, dan banyak lagi.

test camera depan sikit


5. Masa Depan Audio yang Unggul

Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul dimana para pengguna boleh menghidupkan semula konsert kegemaran atau merenung jauh sambil mendengar lagu kegemaran.




Nais juga kan function NEX 3 ni? Terdapat dalam pilihan warna Glowing Night. Taktahu kalau akan datang ada tambahan warna ke tak, tapi yang ni pun dah cantik. Harga pula RM3,899. For me, berbaloi dan setimpal juga dengan function yang ada. So amacam? Ngam ke tak ngam?



Post a Comment

On My Instagram