Rasanya dah dekat 10 tahun kot tak sampai atas Genting Highlands ni. Selalu aku datang pun takat sampai Genting Premium Outlet je, tu pun masa on the way nak balik Kuantan. So yass, kali ni aku pujuk Hilmi & ajak dia naik sampai atas hehehe.
Kitorang pergi weekend lepas. Memang dah lama plan nak jalan jalan Genting Highlands ni tapi selalu macam terfikir, "nak buat aktiviti apa eh?" . Since kitorang dua dua bukan la jenis yang minat nak main theme park sangat. so kalau setakat naik atas tapi tak buat apa apa, rasa hambar pulak.
Since aku dapat tahu yang 'Starlight Carnival' dah bermula, so ni la masa terbaik nak jalan jalan dekat Genting tuu.
Starlight Carnival secara ringkasnya ialah sebuah festival yang diadakan di ruangan terbuka, dimana konsepnya dekat sini, untuk korang boleh having fun dibawah cahaya bintang bintang gitew. Ianya cuma available setiap hari Khamis, Jumaat (6pm-12am) dan Sabtu (3pm-1am) sahaja dan berlangsung selama 3 minggu, sampailah 2 November 2019.
Nak tahu apa main highlights dan apa yang bestnya dekat Starlight Carnival ni? Okey meh nak senaraikan .
1. Open Air Cinema!
Ini lah salah satu tarikan yang aku suka! Selalu tengok dalam cerita omputih, ada scene dekat open air cinema , layan movie sambil lepak dalam kereta, ataupun hampar tikar and tengok sambil baring kan? Ha korang pun boleh alami ni di Starlight Carnival.
Sambil menghadap tasik, baring pula atas kerusi 'bean bag' yang empuk. Memang layan la tengok movie movie ni. Nak nak pulak datang dengan pasangan. Lagi la syok melayan romantik tu ekekek.
Antara movie yang ditayangkan ialah A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Haritu aku sempat layan Chicago & Hairspray sikit. Best! Sound system pun jelas. Cuma kalau ada subtitle lagi best kot. Sebab spesis macam aku ni kalau cerita omputih takde subtitle, aku lambat tangkap sikit hahaha.
senarai showtime |
eh tepila, tak nampak screen! :p |
2. Makan Makan!
Yass makan makan itu penting ye wakk. Terdapat banyak pilihan makanan tersedia dekat sini. Ada makana berat, ada makanan ringat, ada untuk tekak melayu, ada untuk tekak itali, pilih je nak yang mana
Haritu kitorang makan dekat Cosmic Café. Dekat sini ada disediakan banyak menu tempatan antaranya Nasi Kukus Ayam Berempah, Nasi Lemak, Nasi Ayam, Mi Bakso, Rojak Pasembor, Mi Sup Ayam, Shawarma Ayam, Ayam Popcorn dan Kebab Ayam. Kitorang order Nasi Lemak Ayam Berempah. Sedap! Portion banyak, memang kenyang perut!
Selain menu ala local, untuk layan rasa Italian, boleh la ke Il Lago . Dekat sini ada pasta, piza, dan dessert. Siapa yang suka pasta tu wajib la cuba hidangan pasta Pomodoro, pasta meatball dan aglio olio. Untuk pizza pula ada margherita, Americana ataupun Peperoni.
Disebelah luar pula, ada banyak food truck juga. So kalau rasa macam taknak makan berat berat, boleh la beli finger food atas tid bits je. Boleh makan sambil layan movie. Kalau rasa sejuk sejuk tapi nak layan ice cream juga, La Cremeria pun ada. Dah la khemah dia cute gila pink pink! Kalau bukan sebab aku dah kenyang sangat haritu, mesti aku dah sambung makan ice cream ni hehe.
food truck Sjora |
3. Live Music
Starlight Carnival ni merangkumi empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan. So for good music, to lift up good mood, akan ada banyak pemuzik berbakat yang buat persembahan antaranya Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze .
4. Jom main game!
Masa carnival macam ni lah kita nak cuba nasib for the sake of having fun, untuk main game game ni. Aku kalau pergi fun fair pun, memang benda macamni lah yang buat aku happy hahaha. Yang ride lain tu semua aku tak layan. Yang game campak gelung dalam botol tu la yang best hehe.
Di Starlight Carnival ni, ada beberapa game booth yang disediakan, dan hadiahnya pun best best! Haritu masa aku pergi, ramai juga yang menang. Untung weh dapat bawa balik patung besar gabak gebuu tu! Aku suruh Hilmi main, nak dapat patung jugak. Tapi dia kata takyah main, nanti dia beli kan dekat Kaison hahaha. Takde semangat kesukanan langsung la!
Antara game yang ada ialah Shooting Star (basketball) , Milky Way Spin (ala ala lucky spin), Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star.
5. Persembahan Air #The Lake Show
so colorfull! |
I know I know, ape lah sangat persembahan air kan? but hello! best okay! very mesmerizing dan meralitkan, sebab tengok air tu bergerak, beralun mengikut rentak lagu dan lampu lampu. Aku ialah seorang yang sangat terhibur dengan persembahan air macam ni ye. Kalau bawa anak anak tu lagi lah diorang suka dan teruja. Confirm punya! Lagipun kanak kanak masuk PERCUMA. So boleh la bawa anak anak bersantai dekat sini sambil layan udara sejuk, duduk atas bean bag dan makan nachos yang beli dekat food truck. Nikmatnya! But tips; pastikan pakai sweater. Sebab udara malam memang sejuk. Macam duduk dalam peti ais. Nak nak pula kalau ada hujan renyai renyai, fuhh lagi sejuk!
6. Halloween Celebration
Disebabkan hujung bulan October sinonim dengan Halloween, makanya untuk minggu penutup nanti, Starlight Carnival akan dihias bertemakan Halloween. You can expect pumpkin and spider webs decoration along the carnival & ofcos ada zombie juga! So choose your date! Kalau nak alami Halloween, boleh la pergi masa hujung bulan nanti (31 October - 2 November 2019).
So dah ada plan nak kemana weekend ni? Boleh la beli tiket ke Starlight Carnival! Tiket juga boleh dibeli secara online DISINI
Dewasa (General Admission) : RM20 (RM4 processing fees)
Kanak kanak (bawah 12 tahun) : FREE
Untuk pakej beserta hotel + Starlight Carnival pun ada
(2D1N stays)
- First World Hotel (RM246 nett, up to 2 pax)
- Theme Park Hotel (RM628 nett, up to 4 pax)
FURTHER INQUIRY
Page : www.rwgenting.com
Instagram : @resortsworldgenting
Call : +603 2718 1118.
Have a great weekend ahead!
Post a Comment