Sabun Inas Rose Champaca : Serbaguna Untuk Cucian Baju, Kereta, Kuali, dan banyak lagi

Sabun Inas Rose Champaca : Serbaguna Untuk Cucian Baju, Kereta, Kuali, dan banyak lagi | Sejak dah bergelar isteri ni (ah clitche nya ayat haha) - dah kena makin bijak uruskan hal rumah tangga . Disamping kemas kemas rumah dan mop tangga (awal awal dah lawak hambar haha) , kena lah jugak power power kan diri bab multitasking .

Sebabkan aku pun dah start kerja sekarang ni, jadi kena lah curi curi masa nak uruskan laundry, dan house chores yang lain . Kalau sebelum ni nak cuci baju tu selang berapa hari baru cuci sebab tak banyak baju kotor, sekarang dah kena basuh hari hari sebab baju kotor punya ketinggian menggunung tu dah kuasa dua haha . Kalau dibiarkan lelama kang tak senonoh la kan .


Basuh baju sampai kena 2 cycle

Nak tambahkan lagi ke-efisyen-an aku buat kerja, aku kena lah fikirkan cara cara terbaik. Kalau bab laundry ni pulak, paling penting untuk pilih sabun pencuci yang power. Hilmi ni jenis yang kalau basuh baju mesti dia mintak aku buat dua cycle. Katanya sebab rasa baju tu tak bersih . Awal awal tu aku tension jugak lah , dia suruh basuh dua kali . Dua kali tu dari maksudnya -- kau dah siap basuh, dah sampai level spin tu - pastu dia mintak kau basuh lagi sekali . Cenggitu . Tak ke membazir namanya tu? Bazir air, bazir masa, bazir sabun .

Aku pernah lah jugak ngelat basuh sekali je wakakakka tapi eh eh dia tahu wey! Dia boleh rasa kain tu bersih ke tak bersih and boleh agak aku durhaka ke tak dengan arahan dia tu hahaha.  Ampun encik somi :p

Sabun tak cukup bersih ke?

Sampai tahap aku dah bengang sangat amende lah laki aku cakap baju dia tak bersih ni . Aku macam cuba la merungkai misteri ni kan . Sebab jenis sabun basuh yang aku guna ke apa?


Makanya aku pun cuba lah google kot ada sabun basuh baju power power sikit untuk aku try. So aku nampak lah ada satu iklan sabun ni dekat Carousell . Sabun Inas namanya . Ada dua fragrance, satu rose , satu lagi champaca . Mula nya aku macam skeptical sikit sabun spesis serbuk ni . Sebab selalu bergumpal lah , berketul ketul lah , and bagi aku sabun serbuk ni macam tak bersih sikit . Aku macam lagi prefer jenis liquid detergent tu .

💕Sabun Serbaguna Inas Rose dan Champaca

sabun serbaguna inas rose

Tapi lepas baca baca review apa semua , rasa macam berminat lah nak cuba jugak . Lagipun mana tahu , boleh capai tahap 'kebersihan' yang laki aku idam idamkan hahaha .

Satu pack sabun Inas ni harganya RM17 untuk saiz 850g . Mula mula aku rasa macam "eh cam mahal jee, kecik je pon" . Tapi lepas baca kegunaan dan kelebihan sabun ni , terus aku angguk angguk dan setuju seraya merasakan 'INI SANGAT BERBALOI!'

Apa yang berbaloi sangat Sabun Rose Inas ni?


✔ Menanggalkan kotoran degil dengan mudah
✔ Menanggalkan dakwat pen /getah pisang/kesan minyak dengan mudah
✔ Boleh digunakan mencuci lantai
✔ Boleh digunakan mencuci kenderaan tanpa merosak kan permukaan malah membaiki calar halus dan kuning2 atau kesan minyak hitam
✔ Boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk cawan kuali dan periuk.
✔ Boleh digunakan untuk menjadi baja tanaman.

Point last tu buat aku ternganga . Lebihan air basuh baju boleh buat baja tanaman tau! Dah lah boleh guna untuk cuci kesan getah, kesan minyak apa semua. Siap boleh guna cuci lantai lagi wey . Basuh kereta pun boleh . Oh mai oh mai! Sebab tu lah aku cakap harga RM17 tu berbaloi sangat . Sebab ni dah kategori sabun serbaguna dah . Segala macam benda kau rasa nak sental kasi bersih , boleh guna sabun Inas ni . Cuma kalau nak bersihkan hati tu tak dapatlah guna sabun ni ahak ahak ahak .


Dan macam yang aku harapkan lah , bila basuh baju guna sabun ni - aku dapat approval dari Hilmi jugak . Dia boleh rasa yang baju dia bersih . So takpayah dah nak basuh baju sampai 2 kali cycle. Jimat air, jimat duit (bila membasuh dekat dobi). Masa ni lah time sesuai untuk suami suami guna kan ayat "Pandai isteri Abang .... " pada isteri . hewhewhew

Untuk cucian biasa biasa, takpayah guna banyak pun . Lagipun guna sikit je semerbak bau dia wey . Tu belum tambah softener lagi . Ni nanti aku nak try untuk cuci handbag lah pulak . Bancuh dengan air, letak dalam botol spray . Lepastu spray je dekat kawasan yang ada kotor. Nak spray dekat sofa ke barangan kulit pun boleh . Awesomee!

Kalau korang tanya aku berbaloi ke tak beli sabun ni? Aku akan marah! Sebab aku dah berbuih cerita dekat atas memang berbaloi! haha . Makanya kalau terdetik nak beli tu, beli je. Jangan fikir banyak. Sebab tak rugi pun.


HQ Inas Global Sdn Bhd
No.33 (Ground Floor) , Jalan Seri Rejang 5,
 Taman Sri Rampai,
53300 Setapak, KL

Contact Person : 
Iza 01117733496 
(HQ INAS GLOBAL SDN BHD)









Related search : sabun inas rose, cara hilangkan kesan getah, tips hilangkan kesan minyak pada baju, cara bersihkan kesan minyak pada baju, cara cuci sofa, cara cuci kasut, cara cuci kotoran sofa, sabun inas hilangkan kesan pen, cara hilang kesan pen pada sofa, cara bersihkan kulit, petua hilangkan kesan karat, sabun inas testimoni, cara guna sabun inas, sabun inas champaca


4 comments

  1. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  2. Bagus sabun ni kan.. Macam-macam boleh cuci. Sesuai untuk mereka yang minimalist ;)

    ReplyDelete
  3. nice sharing... baru nak cuba sbb kawan pun ada pakai dan katanya berkesan untuk kotorran degil..

    ReplyDelete

FOLLOWERS