Sunday, January 31, 2016

2 hari 1 malam penginapan di Condo D'Savoy , Afamosa Resort Melaka



2 hari 1 malam penginapan di Condo D'Savoy , Afamosa Resort Melaka | Assalamualaikum . Afamosa Resort ni sebenarnya memang tersangat lah dekat dengan rumah dan kolej aku. Kira nya kalau nak pergi keluar makan ke apa, memang hari hari lalu depan Afamosa ni. Tapi sepanjang aku duduk dekat Alor Gajah ni, berjiran pula dengan Afamosa Resort, takpernah lagi aku tidur dekat sini. Teringin juga nak tahu macam mana agak nya dekorasi bilik dia, selesa ke tak, best ke tak.

Perasmian Pembukaan Freeport Afamosa Outlet,Melaka


Perasmian Pembukaan Freeport Afamosa Outlet,Melaka | Assalamualaikum. Disaat ekonomi sesak sesak, duit aku pulak kejap ada kejap tak ada, makin banyak pulak shopping mall yang ada. Kalau setakat mall biasa tu tak apa. Disajikan pulak premium outlet. Aiseh! Memang saja nak suruh shopping lah ni kan. Terawal nya , mula dengan Johor Premium Outlet. Itu kalau balik johor agak rajin lah aku menyinggah. Kemudiannya , Mitsui Outlet di KLIA dan terbaru , Freeport Afamosa Outlet di Melaka.  Dah lah dekat dengan rumah je, dekat dengan kolej. Mengada ngada nanti bila lunch hour boleh lah bertenggek kat sini hahaha .


Baru baru ni pada 28 Januari 2016 telah pun diadakan upacara perasmian pembukaan Freeport Afamosa Outlet ni. Aku berkesempatan turut serta masa majlis perasmian tu . Memang meriah taw tambah pula dengan kehadiran TPM kita, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi sebagai perasmi. Vvip pun sangat ramai, memang kelas gitu event perasmian ni. Berpeluang juga tengok MB melaka secara live depan depan. Selama ni tengok dekat billboard tepi jalan je hehehe.

*gambar kredit kak zura*


Terdapat lebih daripada 60 buah kedai berjenama dekat sini , ada brand fashion , brand pakaian sukan, kasut, dan macam macam lagi lah dekat sini. Freeport Afamosa Outlet ni di dirikan di kawasan yang mempunyai keluasan  180,000 kaki persegi. Hiasan landskap pun cantik cantik, ada kincir angin, ada air pancut, dan banyak juga tempat duduk disediakan. So kalau korang letih letih berjalan atau ada yang malas nak melayan awek bershopping, jangan risau, banyak bangku untuk korang duduk dan tunggu sambil main game COC haha . Kemudahan yang disediakan juga serba lengkap, ada surau, toilet dan tempat parking pun agak banyak.

Sebenarnya senang sangat nak cari Freeport Afamosa Outlet ni, Cuma dalam 5-7 minit perjalanan dari exit tol Alor Gajah/ Simpang Ampat , lebuh Raya Utara Selatan. Bila dah keluar dari tol tu, korang jumpa roundabout taw, masuk kiri. Kemudian straight je sampai nampak balai polis, ha belok kiri juga. Dan jalan terus sampai lah nampak bangunan ala ala bercirikan binaan belanda dekat sebelah kanan korang . Senang je kan ?

Freeport A'Famosa Outlet 
Jalan Kemus 
Simpang Empat 
78000 Alor Gajah

Tel No : 06-552-8958 , 06-552-8961



Acara perasmian bermula pada jam 9.00 pagi, tapi aku datang agak lewat masa tu. Kemain susah nak cari parking. Tapi redha jela dah salah sendiri siapa suruh lambat haha. Setel je acara perasmian, kitorang dibawa untuk makan! Yeayy.Makan 'brunch' gitu. Banyak juga jenis makanan yang disediakan pihak Afamosa tapi aku makan yang ringan ringan je , lebih kepada dessert macam buah buah, cream puff, mousse, cake semua tu. Eh ringan ringan ke ni? Hahaha macam lagi menggemukkan je . Ihiks





Secara keseluruhannya Freeport Afamosa Outlet ni memang patut dijadikan destinasi wajib untuk korang singgah kalau ke Melaka.  Pilihan brand nya banyak cuma ada lah beberapa brand mungkin orang Malaysia kita tak berapa familiar tapi tetap aku rasa okay lah kalau nak shopping shopping dekat sini.  Biasanya kalau kesini suka melencong masuk Victoria secret, Forever21, Cotton On dan Esprit. Harga pun not bad lah. Ada potongan sehingga 80% taw. 


Hujung minggu kalau tak ada apa nak buat, mari lah berjalan ke Melaka dan singgah FAO ni. Boleh jumpa aku sekali hahaha. Bye! 


Last day tayangan teater 'Bikers Kental' hari ini!

Hampir seluruh usia muda ku dihabiskan dengan bercita cita nak pergi tengok teater hahaha. Ada lah dulu dulu masa sekolah macam berangan berangan nak ada pakwe bawak kan kita pergi tengok teater ke opera gitu . Sambil semangat aku nak gigih sewa dress kembang ala ala cinderella, konon macam pergi 'ball' la kisahnya ahaks. Memang dah lama teringin nak jejakkan kaki ke istana budaya tu tapi tak ada kesempatan dan rezeki lagi .




Alhamdulillah hari jumaat lepas, merasa lah juga aku nak merasa tengok teater dekat istana budaya tu. Dapat jemputan eksklusif lagi taw untuk tengok pementasan pertama teater 'Bikers Kental' . Aku yang tersungguhlah skema mengikut dress code siap pakai baju ala ala nak pergi kenduri kahwin. Sesampainya di Istana Budaya, sempoi je tengok masing masing berseluar jeans je. Disebabkan aku pakai kain haritu, tak dapat lah nak panjat atas motor besar besar dekat entrance IB ni. Kalau aku gigih panjat juga memang buang tebiat. Aku pakai je pun seluar dekat belah dalam tapi kantoi lah seluar tidur warna pink polka dot ihiks! Makanya takpelah, behave dan bergambar tepi motor je okay?


Serius rasa bersalah sebab lambat update entry ni. Al kisah terlalu busy sampai tak sempat nak cerita kat korang betapa best nya teater ni . Maafkan kakak!


Kalau korang perasan lah kan, Cerita 'Bikers Kental' ni dah pernah ada dalam bentuk movie. Kalau korang dah pernah tengok, kiranya korang boleh agak lah plot dan jalan cerita dia macam mana kan. Tapi jangan risau sebab cara pelakon pelakon ni sampaikan cerita ni memang best dan menghiburkan. Cara diorang tukar tukar background tu menarik, props dia besar besar dan meriah. Ternganga nganga aku tengok . Nampak benor kejakunannya disitu.



Secara kesulurahnnya aku rasa teater ni memang best dan menarik cumanya kurang moral lah untuk cerita ni dan banyak lawak orang dewasa dimana kalau bawa budak budak, diorang akan rasa macam 'amende ni takpaham la, apasal orang lain gelak?' Haha .

Lagipun ada adegan gegadis dalam kelab pakai seksi menari nari. Ehem kurang sesuai untuk kanak kanak ye. Mungkin ada sikit kekurangan masa teater tu yela kan pementasan pertama. Maybe dah sehari dua, seminggu kemudiannya semua dah makin perfect, ye kan? Jadi bagi lah peluang untuk diri korang pergi tengok teater ni. Possibility  untuk korang terhibur dengan telatah Zizan, Awie dan geng geng pementasan 'Bikers Kental' ni adalah tinggi. Hihi


Teater dibintangi oleh main character ialah Zizan, so confirm confirm lah cerita ni kelakar. Tambah pula ada Awie, tersesat sesat dia punya watak Hussin dalam cerita kak limah tu masuk dalam cerita ni hihi okay part tu kelakar.

Siap diterbangkan khas lagi pelakon dari Thailand sana ha, jadi heroin cerita ni. Ingatkan gadis Malaya putih melepak makan collagen, tapi rupanya memang awek siam hihi . Cantik weh! Saiya sukaphorn namanya. Hui bunyi lucah haha tapi tu lah nama dia dalam cerita ni. Kalau nak tengok cantik ke tak cantik, best ke tak best si Saiya ni berlakon , haa korang bergegas lah ke Istana Budaya tengok teater ni okay?



Dapatkan tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185 dan RM305 di www.AirAsiaRedTix.com . Tayangan teater ni bermula dari 23 Januari sehinggalah 31 Januari 2016. Alamak harini last! Cepat sebelum tayangan habis! Jangan terlepas ok? Boleh teropong zizan dekat dekat hehe.



Tuesday, January 19, 2016

Doublekan Lemak : Olive Musicafe - Cafe Muzik Unik di Johor Bahru


Cafe Review : Olive Musicafe - Cafe Muzik Unik di Johor Bahru | Salam. Untuk naikkan 'mood' customer yang datang makan dekat sesebuah restoran, kebiasaanya muzik akan di mainkan . Kalau cafe hipster, pasang lagu omputih, kalau warung warung pasang lagu dangdut, kalau dekat hotel pulak ada muzik ala ala instrumental gitu. Mana mana genre lagu yang dipasang masa aku makan, aku tak kisah. Tapi aku cukup tension kalau restoran yang ada sediakan set karaoke yang bukan setakat sound system nya tak sedap, di tambah pula ramai yang suara 'ke laut' sibuk nak 'conquer' mic dan non stop menyanyi. Kalau suara sedap, kau nak menyanyi sampai tertelan mic pun takpe. Dah tahu tak sedap (mungkin dia taktahu suara dia tak sedap) , tetap syok sendiri menyanyi dekat depan. Satu lagu je takpela, ni sampai 5-6 lagu. Perghhh! buat sakit kepala and matikan mood nak makan je .

Macam mana pulak kalau ada live band yang menyanyi dekat depan? Haa itu aku suka , tapi dengan syarat tak menyanyi lagu yang terlalu nyaring atau bising. Biarlah nak pilih lagu tu, pilih yang buatkan customer rileks dan genre slow slow je. Kita datang nak makan bukan nak tengok konsert kan?


*****
Olive Musicafe

Di johor bahru ada satu cafe ni berkonsepkan 'music cafe', baru je aku dan family dinner kat situ 2 hari lepas. Nama kafe tu ialah "Olive Music Cafe". Kafe ni satu row je dengan BigFood dan Petals and Bake. Sebabkan kitorang selalu makan dekat Bigfood, jadi ter-perasan lah kewujudan Olive Music Cafe ni. Haritu ayah suggest untuk cuba makan dekat situ, excited bebenar gayanya sebab ayah memang suka live band macam tu. Kitorang pun layankan je, sebab ayah nak belanja hehe. Lagipun, nak juga cuba dan rasai pengalaman makan kat situ. Asyik makan dekat BigFood je kan, boring juga.




Menu dan makanan yang kafe ni 'offer' ada macam macam, 'western' food ada, 'italian food' ada, nak makan nasi goreng pun ada. Kira okaylah kalau datang ramai ramai kan. Dah ramai ramai tu mestilah tekak masing masing tak sama. Ada suka makan western, ada suka makan pasta pasta, ada suka makan straw, eh!



Dari segi harga pula aku rasa quite pricey juga, tapi kalau korang nak kan experience makan malam yang exclusive, sesuai lah . Untuk ada celebration birthday ke, ha sesuai. sebab nanti band yang menyanyi tu siap boleh nyanyikan lagu birthday. Korang request je nanti . Untuk dating dating dengan encik suami, puan bini also can . Bergantung pada kesesuaian poket korang lah. Tapi aku rasa okay jugalah sebab portion makan agak besar. Tak ada lah makan seciput tapi harga mahal, macam dekat sesetengah kafe hispter tu.


Unik 'table setting' , pakai alas ala ala piring hitam


Bab harga makanan, aku rasa boleh diterima lagi. Tapi dari segi pricing air, aku rasa agak mahal. Segelas jus tembikai menjangkau RM10. Haritu ayah dengan haikal je yang order air, kebetulan aku dengan mama memang selalu junjung botol air kemana mana makanya dah jimat disitu. Kalau air aneh aneh macam ice blended ke, smoothie ke yang memerlukan bahan bahan macam fresh cream bagai nak buat air dan harganya mahal, aku faham. Tapi setakat jus tembikai dah RM10 aku macam hmm hmm hmm jelah .


Tapi dari segi makanan okay, sedap dan portion besar. Not bad lah , aku order grilled chicken chop , mushroom gravy dia cukup rasa dan paling sedap mashed potato! Memang sedap. Lagi satu aku suka menu yang wani order, grilled salmon ke apa ntah. Portion salmon tu besar, dan mint sauce nya sedap. Okay, ni bagi thumbsup!


Grilled salmon with mint sauce (yeke menu ni? hehe)


Beef meatball and fries . ala ala ikea


Live band yang perform malam tu pun best, lagu lagu yang diorang bawa semuanya menenangkan dan seronok didengar. Halwa telinga orang kata. Tapi kalau korang datang nak borak borak, atau nak meeting ke, seeloknya pilih untuk duduk diluar. Sebab di bahagian dalam muzik agak kuat, jadi kalau nak berbincang ke apa, agak menggangu.


Overall aku berpuas hati (kecuali harga air) Puas hati juga dengan layanan staff diorang yang mesra, sengeh  je memanjang. Dan selalu datang meja, pastikan makanan semua dah sampai ke belum. Dan diorang siap mention lagi berapa anggaran masa sesuatu makanan yang diorder tu untuk siap. Senang lah kita nak buat keputusan nak order apa kan. Kalau dah lapar sangat, pilih menu yang cepat siap. Kalau rasa nak rilek rilek je, order yang ambil masa lama sikit untuk siap pun tak apa. Ayah order lasagna haritu, dan waiter tu bagitahu awal awal, lasagna ambil masa sekurangnya 25minit. Ha dah bagitahu awal awal tu, senang kita nak prepare diri mentally kan. Tak ada lah tertunggu tunggu makanan tak sampai  sampai dan rasa nak marah. Waiter semua nya okay, cuma front desk yang menunggu depan pintu tu muka macam kurang sinyumm itu adik (cakap serupa bangla haha) , maybe sebab kurang sihat ke apa kan? Takpe, next time sinyumm banyak banyak ya.




Tandas berkualiti, hidup berkualiti haha. bersih, saya suka!


Sekiranya korang berminat nak merasai pengalaman ber- 'music cafe' ni, bolehlah ke Olive Musicafe yang terletak di Taman Nong Chik, Johor Bahru. Boleh hubungi diorang untuk sebarang tempahan dan soalan .

Olive Musicafe

Alamat : No. 5-01 & 6-01, 
Jalan Kolam Ayer 1,
 Johor Bahru
Tel : 013-7790 320
Business Hour : Jumaat - Rabu (5pm - 12am)

Tutup setiap hari khamis.







Monday, January 18, 2016

Heroes Mens Wash : Pencuci Intim Khas Buat Sang Jejaka



Heroes Men's Wash : Pencuci Intim Khas Buat Sang Jejaka | Salam. Kebersihan diri memang sentiasa patut kita utamakan, betul tak? Tak kisahlah dari segi merapikan rambut ke, penjagaan kuku ke, semuanya penting. Yang lagi lagi dan paling penting, ha fokus dan titik beratkan kebersihan bahagian intim kita tu. Kebersihan bukan saja tertakluk pada buang air, basuh bersih bersih je. Kena juga pastikan cara basuhan kena lah sesuai. Tak boleh main guna je pencuci sembarangan, sebab part intim tu kan sensitif. Jadi pemilihan bahan cucian tu mestilah sesuai. 

Kalau untuk perempuan, tak ada masalah sangat. dah bermacam produk pencuci intim wanita yang boleh kita dapat dekat super market. Tapi kalau untuk lelaki? Ha tak pernah jumpa lagi kan.

Aku tak pastilah ni produk pencuci intim lelaki pertama ke apa, tapi katanya produk macam ni memang dah ada dan boleh didapati di farmasi, tapi tak pernah pula jumpa. Mungkin produk import dari luar. Tapi kalau nak dapatkan produk pencuci intim lelaki pertama yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh kaum bumiputera di Malaysia, ha ni ada satu!

*****
Heroes Mens Wash




Orang lelaki sekarang dah kena mula risau dan titik beratkan bab bab penjagaan bahagian tu. Sekarang lelaki pun mudah terdedah pada kanser taw. Kanser prostat . Ha jangan lah gune produk sembarangan, kita tak pasti bahan chemical dalam produk tu ada bagi tindak balas negatif tak kalau kita guna pada kawasan kawasan sensitif macam pada daerah intim tu. 

Aku sendiri pun tak berapa nak pasti apa je masalah masalah yang lelaki selalu alami berkaitan dengan 'part tu', tapi adalah sedikit info yang aku baca menyatakan lelaki kebiasanya mempunyai masalah kulit kering dibahagian zakar. Kalau wanita biasanya masalah keputihan dan gatal gatal, ha ini pula masalah yang dialami lelaki.

Bila kulit kering dekat bahagian tu, secara automatik menyebabkan rasa kurang selesa. dan kalau dibiarkan berlarutan, boleh berisiko untuk menjadi lebih teruk.

Menariknya Heroes Men's wash ni, ia diformulasikan dengan bahan bahan yang memang sangat sangat elok untuk penjagaan zakar. Meh nak senaraikan kandungan bahan dalam sebotol heroes men's wash ni dan apa fungsi fungsi nya :

  • Menggunakan BEATIN iaitu anti kerengsangan pada kulit. Mempunyai fungsi antiseptik yang membunuh bakteria yang tidak diingini. 
  • EXTRA SIREH iaitu mengurangkan radang kulit dan melegakan gatal - gatal. Ia juga mencegah ejakulasi prematur. Kalau korang kaum lelaki hendak tahu, pada pembersih wanita kebanyakkannya juga turut menggunkana sireh. Ejakulasi prematur maksudnya takdalah lembik tiba - tiba. 
  • GLYCERINE iaitu mencerahkan warna kulit. Perggh melepak putih la Boboy lepas ini.hahaha. Mengangantikan sel kulit mati dan rosak dengan kulit baru dan menanggalkan kotoran pada permukaan sel. 
  • SEA SALT pula, melegakan gatal - gatal kulit. Bersifat alkali dan menggunakan sistem imunasi badan. 
  • CATUABA EXTRACT iaitu membantu mengatasi masalah mati pucuk. Meningkatkan tumbesaran saiz penis. Meningkatkan Syahwat dan mengurangkan risiko kanser. 
  • MENTOL CRYSTAL pula meningkatkan pengaliran darah dan meningkatkan pengangkutan oksigen.

Tuuudiaa kelebihan kelebihan Heroes Men's Wash ni. Sesuai lah untuk sama ada yang dah berkahwin mahupun tidak. Untuk hasil yang lebih terbaik. gunakan secara konsisten 2x sehari ye.

Aku ada lah cuba cuba picit sikit , texture macam body wash tapi agak pekat. Guna sikit pun dah cukup. Bau pun wangi , dan bila kena kulit tu rasa berangin. Ha maksudnya kalau di gunakan, akan rasa segar segar gittuu. Samalah kot dengan feminine wash tapi tak aci sebab men's wash ni bukan main siap ada macam macam fungsi tambahan lagi. Bukan senang nak jumpa taw.


Untuk dapatkan Heroes Men's Wash ni boleh lah korang dapatkan daripada HQ Nanafa Juta Beauty ya. Yupp betul , diorang ni juga lah yang keluarkan Nanafa Blanco Set tuu. Best best produk diorang ni kan? Hubungi mereka untuk buat pembelian atau ada sebarang pertanyaan okay?


Boleh hubungi :

016-412 6546
016-980 6500

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih



Giveway January Cash RM500 by Emas Putih |  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.


[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]




Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.


Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

On My Instagram