Blanco Set Nanafa Beauty : Cukup ke sekadar sabun dan serum?

Tuesday, January 5, 2016

SERUM KULIT CANTIK

Ingat senang ke nak juga kulit ? Susah taw. Kalau jenis yang sangat sangat menitik beratkan penjaagaan kulit wajah tu mesti betul betul ikut rutin khas. Baru lah flawless! Bermula dengan 'cleansing' sampailah ke step 'moisturizing' mesti nak kena ikut satu persatu. Tapi itulah, leceh kan? Nak tempek semua semua benda ni ; cleanser lah, toner lah, serum apa bagai. Kalau sebelum tidur tu penyakit malas datang, takpun dah penat seharian balik balik fikir nak tidur je, memang tak koser lah hakak nak ikut step daripada no 1 sampai ke nombor empat puluh empat , ahaks. Kan syok kalau pakai satu dua produk je dah boleh cover kesemua penjagaan kulit.

Kemudian datang si ibu peri dengan tongkat sakti *ting* haha drama indonesia sangat



Percaya tak kalau aku cakap, dengan menggunakan dua produk je boleh dapatkan kulit muka 'Licin Monne Putih Seppo'!? Gapo dio gak farah? Mu kecek gapo? Haha eh ter-tune kecek kelate pulok .

Licin Monne Putih Seppo tu tagline produk Nanafa Juta Beauty, yang membawa maksud ; "Licin gilerr putih melepak" , gitu. Mestilah setiap kali beli produk kecantikan tu awak awak bercita cita untuk dapatkan kulit yang licin, gebu bersih tanpa satu pun jerawat durjana, disamping inginkan tona wajah yang lebih cerah , putih melepakpakpak , tak gitu? It's all possible with Nanafa Beauty *pasang lagu iklan* Ewahh!


S : Produk apa yang 'behh' sangat tu?
J : Produk behhh ni namanya 'Blanco Set' . Dalam Blanco Set ni terdapat satu sabun Blanco Bar dan satu Blanco Serum . Dengan penggunaan kedua produk ni sahaja dah cukup untuk membantu memberikan kesan pencerahan dan kecantikan maksimum untuk kulit anda gittew .

SERUM BLANCO NANAFA

S: Apa fungsi sabun dan serum tu? Kelebihan dia apa jeee?
J : Jangan pandang sebelah mata k *Sambil gerak gerak jari telunjuk* , dua dua produk ni insyaAllah berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit yang sering kekita alami contohnya masalah jerawat, masalah jeragat, masalah pori besar, tona tidak sekata dan macam macam lagi. Jap nak senaraikan

Menghilangkan jerawat pasir
Menghilangkan jerawat batu
Mencerahkan kulit secara sekata
Memudarkan parut jerawat
Memudarkan jeragat
Mengekalkan kelembapan wajah
Mengecilkan pori-pori kulit
Menganjalkan dan mencerahkan kulit
Membuang toksin

S: Banyak dah produk kat pasaran, banyak yang ada bahan terlarang. Ni selamat ke nak pakai ni? Takut laaaa .
J : Jangan bimbang hadik hadik, pihak Nanafa Beauty telah pun memaklumkan bahawasanya setiap daripada produk keluar mereka adalah selamat digunakan dan telah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM . Makanya, gunakan dengan senang hati ok.

S: Macam mana nak pakai set ni? Serum tu nak buat apa? Sapu ke minum ke picit atas roti?
J : Haha ko jangan buat aneh aneh dik, serum tu buat sapu kat muka ye. Memula basuh dulu muka cam biasa, gunakan Blanco Bar tu. Basahkan sikit dengan air, kocok kocok *eh?* lepastu cuci muka, urut urut lembut. Buat urutan membulat keatas, urutan ni berfungsi untuk bagi tegang tegang kulit tu. Urut keatas jangan kebawah, nanti gelebeh muka kau dik. Kemudian bilas dan keringkan muka ye . Seterusnya boleh lah apply Blanco Serum tu. Serum nak sapu pada tempat bermasalah sahaja pun boleh, kalau rasa satu muka pun bermasalah, nak tempek satu muka also can . Asal kau jangan aneh aneh pergi apply tempat lain selain dimuka. Kau jangan machiam machiam ye

NANAFA BEAUTY

S: Kak, mahal ke kak? Saya mampu SKII je, kalau mahal dari SKII tak mampu kak.
J : Kalau kau mampu SKII dik, Blanco Set ni larat la kau nak beli 10 kotak terus. Terus apply jadi dealer ok jugak. Harga sekotak RM80 jer . Nak beli berasingan also can ; Blanco Bar RM40, Blanco Serum RM50. Kalau banyak bunyi juga, kau redho jela muka berjerawat batu tu. Kakak dah bagi jawapan kau banyak alasan. Babai , pergi nangis tepi katil tu .

Testimoni / First Impression

Masa awal awal dapat set ni aku ingatkan dalam dia berisi sabun dan beberapa spesis krim yang kebiasannya produk produk jenama lain tawarkan, tapi tengok tengok "eh sabun dengan .... apa ni? oh serum" . Mula mula memang lah macam ragu ragu, cukup ke sabun dengan serum je? tapi aku hampir terlupa , eh cop memang lupa pun yang bahawasanya serum jauh lebih baik daripada pakai 2-3 krim aneh yang pelbagai. Kenapa? Haa sebab serum ni sediaan produk dalam kepekatan yang terpaling tinggi. Kira macam essence juga lah. Contohnya macam 1 serum bersamaan power kepada 3  jenis krim. Dia punya concentration lebih tinggi makanya ia bertindak lebih cepat dan lebih power daripada krim biasa. Sebab tulah serum yang ada dipasaran semuanya mahal mahal dan pakai 1-2 titik je dah cukup.

Kesimpulannya, jangan pandang rendah lah dengan set ni, meskipun terdiri daripada seketul sabun dan satu tiub serum je, tapi hasilnya sama atau lebih baik daripada set yang ada 2,3 jenis krim. 


Untuk testimoni aku sendiri, aku dah pakai dah serum ni. Best! tak melekit dan sangat cepat meresap ke dalam kulit. Aku apply sebelum makeup dan hasilnya, nak ratakan foundation lebih mudah dan hasilnya glowing glowing gitu ahaks! I like! nanti tengok hasil pakai sebulan macam mana ya.



Demikian lah serba sedikit penjelasan tentang Blanco Set daripada Nanafa Juta Beauty ni. Sekiranya ada daripada kalangan korang mahupun jiran dan kenalan di masjid berminat nak dapatkan set ni boleh lah hubungi pihak Nanafa Juta Beauty ni ya .


Boleh hubungi :

016-412 6546
016-980 6500




6 comments

On My Instagram