Last day tayangan teater 'Bikers Kental' hari ini!

Sunday, January 31, 2016
Hampir seluruh usia muda ku dihabiskan dengan bercita cita nak pergi tengok teater hahaha. Ada lah dulu dulu masa sekolah macam berangan berangan nak ada pakwe bawak kan kita pergi tengok teater ke opera gitu . Sambil semangat aku nak gigih sewa dress kembang ala ala cinderella, konon macam pergi 'ball' la kisahnya ahaks. Memang dah lama teringin nak jejakkan kaki ke istana budaya tu tapi tak ada kesempatan dan rezeki lagi .




Alhamdulillah hari jumaat lepas, merasa lah juga aku nak merasa tengok teater dekat istana budaya tu. Dapat jemputan eksklusif lagi taw untuk tengok pementasan pertama teater 'Bikers Kental' . Aku yang tersungguhlah skema mengikut dress code siap pakai baju ala ala nak pergi kenduri kahwin. Sesampainya di Istana Budaya, sempoi je tengok masing masing berseluar jeans je. Disebabkan aku pakai kain haritu, tak dapat lah nak panjat atas motor besar besar dekat entrance IB ni. Kalau aku gigih panjat juga memang buang tebiat. Aku pakai je pun seluar dekat belah dalam tapi kantoi lah seluar tidur warna pink polka dot ihiks! Makanya takpelah, behave dan bergambar tepi motor je okay?


Serius rasa bersalah sebab lambat update entry ni. Al kisah terlalu busy sampai tak sempat nak cerita kat korang betapa best nya teater ni . Maafkan kakak!


Kalau korang perasan lah kan, Cerita 'Bikers Kental' ni dah pernah ada dalam bentuk movie. Kalau korang dah pernah tengok, kiranya korang boleh agak lah plot dan jalan cerita dia macam mana kan. Tapi jangan risau sebab cara pelakon pelakon ni sampaikan cerita ni memang best dan menghiburkan. Cara diorang tukar tukar background tu menarik, props dia besar besar dan meriah. Ternganga nganga aku tengok . Nampak benor kejakunannya disitu.



Secara kesulurahnnya aku rasa teater ni memang best dan menarik cumanya kurang moral lah untuk cerita ni dan banyak lawak orang dewasa dimana kalau bawa budak budak, diorang akan rasa macam 'amende ni takpaham la, apasal orang lain gelak?' Haha .

Lagipun ada adegan gegadis dalam kelab pakai seksi menari nari. Ehem kurang sesuai untuk kanak kanak ye. Mungkin ada sikit kekurangan masa teater tu yela kan pementasan pertama. Maybe dah sehari dua, seminggu kemudiannya semua dah makin perfect, ye kan? Jadi bagi lah peluang untuk diri korang pergi tengok teater ni. Possibility  untuk korang terhibur dengan telatah Zizan, Awie dan geng geng pementasan 'Bikers Kental' ni adalah tinggi. Hihi


Teater dibintangi oleh main character ialah Zizan, so confirm confirm lah cerita ni kelakar. Tambah pula ada Awie, tersesat sesat dia punya watak Hussin dalam cerita kak limah tu masuk dalam cerita ni hihi okay part tu kelakar.

Siap diterbangkan khas lagi pelakon dari Thailand sana ha, jadi heroin cerita ni. Ingatkan gadis Malaya putih melepak makan collagen, tapi rupanya memang awek siam hihi . Cantik weh! Saiya sukaphorn namanya. Hui bunyi lucah haha tapi tu lah nama dia dalam cerita ni. Kalau nak tengok cantik ke tak cantik, best ke tak best si Saiya ni berlakon , haa korang bergegas lah ke Istana Budaya tengok teater ni okay?



Dapatkan tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185 dan RM305 di www.AirAsiaRedTix.com . Tayangan teater ni bermula dari 23 Januari sehinggalah 31 Januari 2016. Alamak harini last! Cepat sebelum tayangan habis! Jangan terlepas ok? Boleh teropong zizan dekat dekat hehe.



Post a Comment

On My Instagram