Perasmian Pembukaan Freeport Afamosa Outlet,Melaka

Sunday, January 31, 2016

Perasmian Pembukaan Freeport Afamosa Outlet,Melaka | Assalamualaikum. Disaat ekonomi sesak sesak, duit aku pulak kejap ada kejap tak ada, makin banyak pulak shopping mall yang ada. Kalau setakat mall biasa tu tak apa. Disajikan pulak premium outlet. Aiseh! Memang saja nak suruh shopping lah ni kan. Terawal nya , mula dengan Johor Premium Outlet. Itu kalau balik johor agak rajin lah aku menyinggah. Kemudiannya , Mitsui Outlet di KLIA dan terbaru , Freeport Afamosa Outlet di Melaka.  Dah lah dekat dengan rumah je, dekat dengan kolej. Mengada ngada nanti bila lunch hour boleh lah bertenggek kat sini hahaha .


Baru baru ni pada 28 Januari 2016 telah pun diadakan upacara perasmian pembukaan Freeport Afamosa Outlet ni. Aku berkesempatan turut serta masa majlis perasmian tu . Memang meriah taw tambah pula dengan kehadiran TPM kita, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi sebagai perasmi. Vvip pun sangat ramai, memang kelas gitu event perasmian ni. Berpeluang juga tengok MB melaka secara live depan depan. Selama ni tengok dekat billboard tepi jalan je hehehe.

*gambar kredit kak zura*


Terdapat lebih daripada 60 buah kedai berjenama dekat sini , ada brand fashion , brand pakaian sukan, kasut, dan macam macam lagi lah dekat sini. Freeport Afamosa Outlet ni di dirikan di kawasan yang mempunyai keluasan  180,000 kaki persegi. Hiasan landskap pun cantik cantik, ada kincir angin, ada air pancut, dan banyak juga tempat duduk disediakan. So kalau korang letih letih berjalan atau ada yang malas nak melayan awek bershopping, jangan risau, banyak bangku untuk korang duduk dan tunggu sambil main game COC haha . Kemudahan yang disediakan juga serba lengkap, ada surau, toilet dan tempat parking pun agak banyak.

Sebenarnya senang sangat nak cari Freeport Afamosa Outlet ni, Cuma dalam 5-7 minit perjalanan dari exit tol Alor Gajah/ Simpang Ampat , lebuh Raya Utara Selatan. Bila dah keluar dari tol tu, korang jumpa roundabout taw, masuk kiri. Kemudian straight je sampai nampak balai polis, ha belok kiri juga. Dan jalan terus sampai lah nampak bangunan ala ala bercirikan binaan belanda dekat sebelah kanan korang . Senang je kan ?

Freeport A'Famosa Outlet 
Jalan Kemus 
Simpang Empat 
78000 Alor Gajah

Tel No : 06-552-8958 , 06-552-8961



Acara perasmian bermula pada jam 9.00 pagi, tapi aku datang agak lewat masa tu. Kemain susah nak cari parking. Tapi redha jela dah salah sendiri siapa suruh lambat haha. Setel je acara perasmian, kitorang dibawa untuk makan! Yeayy.Makan 'brunch' gitu. Banyak juga jenis makanan yang disediakan pihak Afamosa tapi aku makan yang ringan ringan je , lebih kepada dessert macam buah buah, cream puff, mousse, cake semua tu. Eh ringan ringan ke ni? Hahaha macam lagi menggemukkan je . Ihiks





Secara keseluruhannya Freeport Afamosa Outlet ni memang patut dijadikan destinasi wajib untuk korang singgah kalau ke Melaka.  Pilihan brand nya banyak cuma ada lah beberapa brand mungkin orang Malaysia kita tak berapa familiar tapi tetap aku rasa okay lah kalau nak shopping shopping dekat sini.  Biasanya kalau kesini suka melencong masuk Victoria secret, Forever21, Cotton On dan Esprit. Harga pun not bad lah. Ada potongan sehingga 80% taw. 


Hujung minggu kalau tak ada apa nak buat, mari lah berjalan ke Melaka dan singgah FAO ni. Boleh jumpa aku sekali hahaha. Bye! 


3 comments

  1. Assalammualaikum farah best blog awak
    macam mana nak join farah buat review he.. sy masih newbie dalam blogger
    terbaca artikal farah dalam newspaper rupanya farah student MICET.
    saya dari MIIT
    http://saidatulshyd.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud buat review tu macam mana ya? hehe. nak senang contact boleh email kita ya, atau pun inbox di facebook. senang sikit cerita panjang lebar :D

      Delete

On My Instagram