Sunday, March 27, 2016

BEAUTY : iSKIN - Produk khas untuk merawat jeragat dan tanda penuaan seawal 5 hari!


iSKIN - Produk khas untuk merawat jeragat dan tanda penuaan seawal 5 hari!  | Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik, aku dah masuk 25 tahun rupanya (ekceli 25 dah lah tahun ni tapi kita kira ikut bulan lah ye - belum genap lagi kehkeh) . Makanya ada beberapa perkara runsing yang kebiasaannya gegadis meningkat dewasa perlu fikirkan seperti soal perkahwinan, pekerjaan dan pembentukan kedutan! Haha . Okay dah mula nak masuk fasa kena gelabah dan risaukan kondisi kulit yang entah taktahu samada bila umur 30 masih baby skin lagi atau tak. Mungkin kah selembut buntut bayi mahupun berkerak bak bontot kuali kahkahkah!

Beberapa benda utama yang dirisaukan dan bakal dirisaukan saat nak makin dewasa ni ialah masalah kedutan (okeh dah sebut tadi) , pigmentasi / jeragat , bintik hitam (bukan sama ke dengan jeragat?) , dan kulit kusam.

Walaupun masalah masalah ni belum lagi kunjung tiba (untuk aku) , tapi takkan nak dialu alukan untuk datang pulak kan? Tapi kalau memang sedia ada dah masalah masalah tu -- terutamanya bagi kaum ibu ( saya tahu anda sangat hebat - uruskan keluarga , anak anak dan sebagai isteri hebat sampai tak sempat jaga kulit wajah ) kena cepat cepat cari penyelesaian!


Thursday, March 17, 2016

Senarai harga rawatan gigi di Mahkota Medical Centre dan 3 sebab kenapa menjadi pilihan hati


doktor gigi


Rawatan gigi di Mahkota Medical Centre : Pilihan utama warga Melaka! | Tengah termenung termenung teringat pulak zaman sekolah dulu dulu ada moment moment yang nurse datang nak check gigi . Sekolah sekarang ada lagi ke eh datang check check gigi ni? Dulu selalu berbangga dengan kawan kawan sebab gigi selalu dapat A meskipun gigi ku berterabur ; jarang dan berlapis hehe mengikut sangat gigi mama . Kalau gigi ayah cantik dan teratur je . Kadang tu ada juga salahkan mama ayah nape lah dulu dulu taknak cabut dan manage gigi aku elok elok dari kecik . Tapi bila ingat balik masa zaman budak budak dulu memang paling takut nak g jumpa doktor gigi atau nak cabut gigi haha . Sekarang boleh salahkan diri sendiri jelah kehkeh .

Tolak tepi lah bab gigi terabut ke atau alignment lari , yang penting sekali mestilah utamakan kebersihan gigi . Kalau gigi tersusun tapi kuning atau pun plak dan kotoran banyak melekat , tak guna jugak kan?


Wednesday, March 16, 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA


Hello gais! Lamanyaaaa tak join segmen segmen macam ni. Last time masa blogging waktu umur muda muda dulu (eh dah tua ke kau? haha) memang rajin. Sejak dah lama tak blogging dan untuk blog yang baru ni memang rasanya tak ada join segmen mana mana lagi .

Segmen Top Blogger 2016 ni dikelolakan oleh cik Nurzulfa kita -- http://zulfaonlinediary.blogspot.my/ . Hai dik! Salam kenal daripada ahkak faghah :D

Kata kata hikmah yang ahkak pilih untuk dikongsi adalah seperti berikut (salah satu syarat untuk join segmen ni . bagus bagus) :



Dan seterusnya mereka yang ahkak dengan penuh kasih sayang dan tanpa pilih kasihnya memilih untuk ditag join segmen ni ialah :


Sekian tenkiu :)

Sunday, March 13, 2016

Air Minuman Susu Kultur Calpis dan Geng Bakteria Baik


calpis malaysia

Air Minuman Susu Kultur Calpis dan Geng Bakteria Baik | Salam. Pi pi pi pi .. calpis pi pi pi pi haha cubaan untuk menyanyi lagu tema Calpis tapi gagal . Dah tengok tak iklan ni dekat TV? atau dengar di radio? Comel je kan. Mula mula tak berapa faham "eh iklan apa ni macam comel je lagu dia" sebab aku dengar kat radio je jadi mesej tu macam sampai tak sampai je. Rupa rupanya iklan untuk susu kultur. Air calpis ni datangnya daripada Jepun dan dah lama dah wujud seawal tahun 1919 lagi. Susu ni dihasilkan daripada proses fermentation lactic acid dimana memerlukan non fat dry milk dan lactic acid untuk ini berlaku. 

Saturday, March 12, 2016

Cosmoderm BB Cream SPF 35 : Perisai menghadap terik matahari!



Cosmoderm BB Cream SPF 35 : Perisai menghadap terik matahari! |Salam. Antara dapat 1 dengan dapat 2, mana korang suka? Mestilah 2 kan? Macam mana pulak kalau dapat 2 dalam 1? Lagi lah best . Betul?

Apa bendanya lah yang aku merepek ni kan? haha nampak sangat tengah seronok syok sendiri kehkeh. Okay main point dia ialah aku sebenarnya nak cerita dengan korang tentang produk penjagaan muka . 

Cosmoderm BB Cream SPF 35


Antara produk yang mencantikkan kulit dengan melindungi kulit . Mana korang prefer? Eh tak habis lagi main soal soal? haha . Ada yang sanggup kulit cantik, tak kisah pun kulit tu sihat atau tak. Tapi ada yang sanggup takpayah nampak cantik, tapi utamakan skin yang sihat dan terlindung .

Bila Cosmoderm dah ada produk baru iaitu BB Cream with SPF35, memang aku lah seronok. 90% berat handbag aku dipengaruhi oleh barang mekap je haha . Foundation nya , dengan moisturizer , sunblock blablabla . Jadinya bila BB cream dah lengkap dengan SPF , dah boleh kurang sikit space dalam bag , boleh la sumbat lagi banyak makanan muehehe .



BB cream cosmoderm ni dah jadi produk wajib dibawak kemana mana dah. Pergi Taman Negara haritu pun bawak , berjimba dekat Legoland pun bawak juga.

Penting taw pastikan korang pakai sunscreen sebelum keluar rumah. Bukan setakat takut kulit hitam, tapi untuk lindungi kulit kita daripada UV rays ; UVA & UVB . Walaupun bila pakai sunscreen kulit kita cenderung untuk gelap juga, tapi yang penting skin kita tetap dilindungi .


Aku travel haritu bawak yang size kecik ni je . Senang , simpan dalam poket pun boleh . Even dah berpeluh , tak bercapuk pun . Dan sangatttlah mudah meresap . Sesuai lah untuk dipakai harian , bilamana hari hari yang korang rasa taknak mekap beria (no foundation day) . Takpun kalau korang memang jenis yang selesa bareface je , peliss lahh consider untuk pakai bb cream ni . Nak natural beauty macam mana sekalipun, kena pastikan skin korang tak tercedera ya? UVA & UVB ni lah yang menjadi salah satu penyebab kanser kulit . Haa risau kan? Maka , jaga lah skin korang seeloknya .

Yang rasa nak makeup tebal sikit , boleh jadikan bb cream ni as base dan touch up sikit dengan loose powder atau compact powder . Yang tak suka makeup makeup, pakai bb cream sahaja pun dah cukup . Anggap macam apply sunblock je , tapi dengan fungsi menutup cela sekali , ewah cela! Haha . 

Lupa nak cakap , BB cream iaitu BB stands for 'Blemish Balm' . Biasa orang korea korea yang ala ala gebu natural beauty tu diorang mana tempek foundation sangat . Banyak pakai BB cream je . Nampak suci dalam debu gitu kehkeh . 

Nak tampil korea? Pakai lah BB cream .
K sekian .

bb cream malaysia,bb cream cosmoderm,cosmoderm bb cream,bb cream spf 35,bb cream murah,bb cream best,bb cream elok,bb cream bagus,apa itu bb cream,fungsi bb cream,beza bb cream dengan foundation,bb cream melekit,bb cream cara pakai ,review cosmoderm,bb cream cosmoderm review

On My Instagram