Cosmoderm BB Cream SPF 35 : Perisai menghadap terik matahari!

Saturday, March 12, 2016


Cosmoderm BB Cream SPF 35 : Perisai menghadap terik matahari! |Salam. Antara dapat 1 dengan dapat 2, mana korang suka? Mestilah 2 kan? Macam mana pulak kalau dapat 2 dalam 1? Lagi lah best . Betul?

Apa bendanya lah yang aku merepek ni kan? haha nampak sangat tengah seronok syok sendiri kehkeh. Okay main point dia ialah aku sebenarnya nak cerita dengan korang tentang produk penjagaan muka . 

Cosmoderm BB Cream SPF 35


Antara produk yang mencantikkan kulit dengan melindungi kulit . Mana korang prefer? Eh tak habis lagi main soal soal? haha . Ada yang sanggup kulit cantik, tak kisah pun kulit tu sihat atau tak. Tapi ada yang sanggup takpayah nampak cantik, tapi utamakan skin yang sihat dan terlindung .

Bila Cosmoderm dah ada produk baru iaitu BB Cream with SPF35, memang aku lah seronok. 90% berat handbag aku dipengaruhi oleh barang mekap je haha . Foundation nya , dengan moisturizer , sunblock blablabla . Jadinya bila BB cream dah lengkap dengan SPF , dah boleh kurang sikit space dalam bag , boleh la sumbat lagi banyak makanan muehehe .



BB cream cosmoderm ni dah jadi produk wajib dibawak kemana mana dah. Pergi Taman Negara haritu pun bawak , berjimba dekat Legoland pun bawak juga.

Penting taw pastikan korang pakai sunscreen sebelum keluar rumah. Bukan setakat takut kulit hitam, tapi untuk lindungi kulit kita daripada UV rays ; UVA & UVB . Walaupun bila pakai sunscreen kulit kita cenderung untuk gelap juga, tapi yang penting skin kita tetap dilindungi .


Aku travel haritu bawak yang size kecik ni je . Senang , simpan dalam poket pun boleh . Even dah berpeluh , tak bercapuk pun . Dan sangatttlah mudah meresap . Sesuai lah untuk dipakai harian , bilamana hari hari yang korang rasa taknak mekap beria (no foundation day) . Takpun kalau korang memang jenis yang selesa bareface je , peliss lahh consider untuk pakai bb cream ni . Nak natural beauty macam mana sekalipun, kena pastikan skin korang tak tercedera ya? UVA & UVB ni lah yang menjadi salah satu penyebab kanser kulit . Haa risau kan? Maka , jaga lah skin korang seeloknya .

Yang rasa nak makeup tebal sikit , boleh jadikan bb cream ni as base dan touch up sikit dengan loose powder atau compact powder . Yang tak suka makeup makeup, pakai bb cream sahaja pun dah cukup . Anggap macam apply sunblock je , tapi dengan fungsi menutup cela sekali , ewah cela! Haha . 

Lupa nak cakap , BB cream iaitu BB stands for 'Blemish Balm' . Biasa orang korea korea yang ala ala gebu natural beauty tu diorang mana tempek foundation sangat . Banyak pakai BB cream je . Nampak suci dalam debu gitu kehkeh . 

Nak tampil korea? Pakai lah BB cream .
K sekian .

bb cream malaysia,bb cream cosmoderm,cosmoderm bb cream,bb cream spf 35,bb cream murah,bb cream best,bb cream elok,bb cream bagus,apa itu bb cream,fungsi bb cream,beza bb cream dengan foundation,bb cream melekit,bb cream cara pakai ,review cosmoderm,bb cream cosmoderm review

16 comments

  1. Awak tu memang dah lawa flawless.. Hehehee..
    Pika belum try lagi product ni. Sound interesting ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe u should try this! ok la for everyday wear . tp kite prefer foundation for better coverage

      Delete
  2. memang bagus.. tak berminyak pun.. suka..

    ReplyDelete
  3. awk bli bb cream cosmoderm kt mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! dekat guardian, watson atau aeon wellness ada jual :)

      Delete
    2. Saya pakai yg kaler orange spf35 ..ok x yg tu

      Delete
  4. elok untuk acne prone skin tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. even senstf skin pon some ppl boleh pakai juga :)

      Delete
  5. Boleh menyebabkan naik jerawat tak akak? Lps apply bb cream ni n then apply bedak sikit boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup boleh pakai bedak. jerawat tu sy xpasti, kalau kulit tak sesuai mybe leh naik jerawat

      Delete
  6. ada lagi satu bb cream warna orange tu apa bezanya?

    ReplyDelete
  7. Mahal tak BB cream ni? Boleh untuk cerahkan kulit ke?

    ReplyDelete
  8. Kak , bb cream ni akan merawat jerawat x ? heheh

    ReplyDelete
  9. Nak tanya, bb cream cosmodern ni mesra wudhu tak? Ke perlukan make up remover ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh, memang kena pakai makeup remover bagi memastikan produk atas muka, semuanya hilang.

      Delete

On My Instagram