BEAUTY : iSKIN - Produk khas untuk merawat jeragat dan tanda penuaan seawal 5 hari!

Sunday, March 27, 2016

iSKIN - Produk khas untuk merawat jeragat dan tanda penuaan seawal 5 hari!  | Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik, aku dah masuk 25 tahun rupanya (ekceli 25 dah lah tahun ni tapi kita kira ikut bulan lah ye - belum genap lagi kehkeh) . Makanya ada beberapa perkara runsing yang kebiasaannya gegadis meningkat dewasa perlu fikirkan seperti soal perkahwinan, pekerjaan dan pembentukan kedutan! Haha . Okay dah mula nak masuk fasa kena gelabah dan risaukan kondisi kulit yang entah taktahu samada bila umur 30 masih baby skin lagi atau tak. Mungkin kah selembut buntut bayi mahupun berkerak bak bontot kuali kahkahkah!

Beberapa benda utama yang dirisaukan dan bakal dirisaukan saat nak makin dewasa ni ialah masalah kedutan (okeh dah sebut tadi) , pigmentasi / jeragat , bintik hitam (bukan sama ke dengan jeragat?) , dan kulit kusam.

Walaupun masalah masalah ni belum lagi kunjung tiba (untuk aku) , tapi takkan nak dialu alukan untuk datang pulak kan? Tapi kalau memang sedia ada dah masalah masalah tu -- terutamanya bagi kaum ibu ( saya tahu anda sangat hebat - uruskan keluarga , anak anak dan sebagai isteri hebat sampai tak sempat jaga kulit wajah ) kena cepat cepat cari penyelesaian!




Terbaru ni ada lah ter-discover satu produk yang dibuat khas untuk wanita berumur 25 tahun keatas a.k.a khas buat kulit matang. Memfokuskan pada fungsi utama nak banteras kedutan dan garis halus, juga untuk melenyapkan bintik bintik hitam, dan parut durjana pada kulit wajah kita. Memang satu geng 'bad ass' kombinasi 3 produk gempak untuk melawan tanda tanda penuaa yang semua orang gerunkan dan tak suka!



Set iSkin daripada iBeauty terdiri daripada 3 produk dalam satu set. Ada pencuci muka, krim malam dan krim siang. Simple.

Cuma cuci muka, sapukan krim siang waktu siang dan krim malam pada waktu malam. Apa yang susahnya tu? Kemain senang je nak cantik kak oi.


iSKIN PENCUCI MUKA (EKSTRAK BETIK)


Salah satu agen gempak dalam pencuci muka ni ialah encik Vitamin C yang diekstrak dari betik dimana tugas dia ialah untuk membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan kedutan. Encik Vitamin C juga ada ambil OT untuk tolong tolong pudarkan bintik hitam dan menegangkan kulit . 

Beberapa lagi fungsi Vitamin C dalam pencuci muka iSkin ialah seperti berikut ;

• mengandungi vitamin C yang membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat & masalah kedutan
• memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
• menegang serta melembapkan kulit
• melicinkan kulit wajah
• mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
• membantu membersih dan memutihkan kulit 

Terima kasih encik vitamin c yang bersusah payah bekerja demi kesejahteraan kulit kita yang cantik. Now moving on to the next product!

iSKIN KRIM SIANG SPF 50 


Menariknya yang faa suka pasal krim siang iSkin ni ialah ia mengandungi spf 50! Biasanya krim siang cuma spf 35 je. Maksudnya ini perlindungan berganda. Ok suka suka suka! Sekaligus krim ni juga bantu untuk membaiki sel kulit yang rosak akibat sinaran UV dan juga dapat kurangkan penampakan pori pori muka. Banyak lagi manfaat krim siang iSkin ni. Faa senaraikan di bawah. Baca tau!


• menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & garis halus
• membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
• memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
• membekalkan nutrien lengkap untuk kulit
• menjaga kelembapan kulit dan tampak sekata dengan tona kulit semulajadi
• membantu menyaman dan menenangkan kulit wajah yang sensitif
• memberi kelembapan kulit agar kelihatan segar dan halus
• bertindak triple action whitening serta mengurangkan penampakan garis halus atau pori-pori pada wajah. 


iSKIN KRIM MALAM DENGAN EKSTRAK MUTIARA 


Okay last sekali krim malam . Yang ini best sebab ianya dengan ekstrak mutiara . Bertindak dengan ganasnya dalam melawan jerawat serta memudarkan parut dan jeragat . Semuanya bertindak masa kita tidur di waktu malam . Bangun bangun je "eh dah flawless" wow sangat kan? Serba sedikit lagi kelebihan krim malam iSkin :

• membantu memudarkan parut dan jeragat pada kulit yang bertindak pada waktu malam
• melembapkan wajah serta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh wajah ketika tidur
• mengurangkan garis halus pada wajah
• menjadikan kulit wajah awet muda tanpa cela
• memati dan mengecutkan jerawat
• mengawal penghasilan melamin agar kulit sentiasa cerah dan sihat
• elemen mikro dalam mutiara serat dengan asid amino dan kalcium mampu merawat dan mencegah kulit daripada penuaan




Pengasas iBeauty - Pn Ella Danial


Kesan boleh dilihat dalam masa 5 hari terutamanya pada masalah jeragat. 5 hari je kak 5 hari! kalau tak percaya boleh tengok testimoni pengguna yang dah flawless. Ha geget jari lah kalau lambat lambat. TESTIMONI [KLIK SINI]


Set 3 dalam 1 iSkin ini lengkap untuk memulihara kulit kita yang rosak terdedah pada persekitaran yang kurang elok . Mana taknya , debu dan kotoran tu punca jerawat. Sinaran UV pulak menyebabkan pigmentasi dan kulit kusam. Jangan diperam lama nanti makin teruk jadinya. Untuk solusi yang pantas lagi bijak, cuba set iSkin ni. InsyaAllah berkesan .


Untuk maklumat lanjut:


iBeauty: iSKIN

Alamat: No. C-8-1, Jalan Serai Wangi H16/H, 
             Alam Avenue Persiaran Selangor, Seksyen 16, 
             40200 Shah Alam, Selangor.

Hotline : 016-4120900 / 03-55243100
Email: info@ibeauty4u.com.my
Instagram: hqibeautymalaysia


Produk iskin, iskin ibeauty,iskin malaysia,testimoni iskin,produk jeragat,krim jeragat,krim jerawat,krim buang jeragat,krim pudarkan jeragat,pudarkan jeragat,pudarkan parut jerawat,parut jerawat,bintik hitam,hilangkan kedut






33 comments

  1. Betul tu, yanie pun teruja nak gunakan iSKIN. walaupun kulit gelab tapi still terdedah dengan masalah kulit jeragat..

    ReplyDelete
  2. mutiara mmg tuk memutihkn kulit.. blh cuba cmni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tgokkan pada testimoni semua mmg nmpk sgt berkesan. nk bagi satu pada mama utk cuba hehe

      Delete
  4. wow...kalau berkesan untuk hilang jeragat macam berminat sahaja nie...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah elok utk jeragat ni. if berminatt boleh contact person in charge ibeauty ni ;)

      Delete
    2. Saya pon berminat utk.mencuba Iskin...

      Delete
  5. nama produk dia snang nk ingat,
    senang nak ingat senang jugak orang nak cari.
    boleh dh pakai persediaan sebelum raya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa. ibeauty, iskin. hehe melekat dalam kepala. mmg ptut pakai siap2 ni. kata raya nnt nk flawless kan? haha

      Delete
  6. Mencegah kulit dari penuaan..mmg sesuai untuk Kak Sue nie..ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi skin kak sue dh cntik dah. xde apa nak di baiki2 pun hehe

      Delete
  7. Ala..baca entry faa ni mcm tertarik pulak nak try..sebab sya bermasalah kulit kusam..hritu pun ada nmpk member share psal iSkin ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah utk kulit kusam pon elok. kusam tu effect dripd kite terdedah dgn cahaya matahari. iskin ni elok la utk baiki smula kulit kite tu :D

      Delete
  8. Ala..baca entry faa ni mcm tertarik pulak nak try..sebab sya bermasalah kulit kusam..hritu pun ada nmpk member share psal iSkin ni..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. utk lelaki pon boleh rasanya. xde mslh sbb bahan2 nye semua yg semulajadi je. xde yg effek hormon

      Delete
  10. Sesuai utk hilangkan jerawat..leh cuba ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah zatie. utk jerawat elok gak. nnt cuba taw :D

      Delete
  11. Hah banyaknya produk..sampai konfius..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 je kak. boleh la pakai sekali dgn serum ephyra tu

      Delete
  12. Wah menarik tgk lagi2 yg utk kulit berjerawat pun ada.blh try nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok utk jerawat and jeragat. cuba cuba cuba! hehe

      Delete
  13. Replies
    1. Sy dah try pakai nak dekat sebulan.pakai ikut jadual siang dan malam still tak de perubahan.husband dan adik ipar tegur jeragat cam tak berkurang.jerawat dah mula tumbuh😢😢. Percubaan sy ambik set combo krim siang,krim malam,pencuci dan pigment booster. Nak pakai Iskin by ibeauty kena sabar. Kulit mcm sy maybe ambik masa 3,4 bulan. Sy Guna produk ni just utk ilang kan Jeragat kat pipi kiri dan kanan je.tak banyak mane pun jeragat nye..payah sungguh jeragat degil ni nak ilang😂😂😂😂

      Delete
  14. Masih pakai lagi ke? Sy berminat nk try.

    ReplyDelete
  15. Sy dah try pakai nak dekat sebulan.pakai ikut jadual siang dan malam still tak de perubahan.husband dan adik ipar tegur jeragat cam tak berkurang.jerawat dah mula tumbuh😢😢. Percubaan sy ambik set combo krim siang,krim malam,pencuci dan pigment booster. Nak pakai Iskin by ibeauty kena sabar. Kulit mcm sy maybe ambik masa 3,4 bulan. Sy Guna produk ni just utk ilang kan Jeragat kat pipi kiri dan kanan je.tak banyak mane pun jeragat nye..payah sungguh jeragat degil ni nak ilang😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kadang tu perubahan bergantung pada jenis masalah kulit juga. ada org kesannya cepat, ada yang lambat. ada yg sesuai dan ada yg tidak.

      ibu & mak sedara saya pakai elok, boleh nampak perubahan dalam masa sbulan. mgkin skin awk baru nak adapt. tp kalau lepas 3 bulan penggunaan xde perubahan, mgkin kulit tk sesuai dgn produk ni

      Delete
  16. Sy dah try pakai nak dekat sebulan.pakai ikut jadual siang dan malam still tak de perubahan.husband dan adik ipar tegur jeragat cam tak berkurang.jerawat dah mula tumbuh����. Percubaan sy ambik set combo krim siang,krim malam,pencuci dan pigment booster. Nak pakai Iskin by ibeauty kena sabar. Kulit mcm sy maybe ambik masa 3,4 bulan. Sy Guna produk ni just utk ilang kan Jeragat kat pipi kiri dan kanan je.tak banyak mane pun jeragat nye..payah sungguh jeragat degil ni nak ilang��������

    ReplyDelete
  17. jeragat memang susah nak hilang, perlu ambil masa...sel nakrosak pun bertahun...jadi sel kulit nak elok pun ambik masa....teruskan usaha nak cantik

    ReplyDelete
  18. Untuk kulit sensitif bleh x paka

    ReplyDelete

On My Instagram