Rawatan gigi di Mahkota Medical Centre : Pilihan utama warga Melaka! | Tengah termenung termenung teringat pulak zaman sekolah dulu dulu ada moment moment yang nurse datang nak check gigi . Sekolah sekarang ada lagi ke eh datang check check gigi ni? Dulu selalu berbangga dengan kawan kawan sebab gigi selalu dapat A meskipun gigi ku berterabur ; jarang dan berlapis hehe mengikut sangat gigi mama . Kalau gigi ayah cantik dan teratur je . Kadang tu ada juga salahkan mama ayah nape lah dulu dulu taknak cabut dan manage gigi aku elok elok dari kecik . Tapi bila ingat balik masa zaman budak budak dulu memang paling takut nak g jumpa doktor gigi atau nak cabut gigi haha . Sekarang boleh salahkan diri sendiri jelah kehkeh .
Tolak tepi lah bab gigi terabut ke atau alignment lari , yang penting sekali mestilah utamakan kebersihan gigi . Kalau gigi tersusun tapi kuning atau pun plak dan kotoran banyak melekat , tak guna jugak kan?
Last time aku pergi scaling dan polishing gigi ni tengah tahun lepas . Ha kira dah masuk due untuk jumpa dentist lah ni . Sebelum ni aku pergi dentist bila balik Johor je jadi aku tak berapa familiar dengan klinik gigi atau dentist yang ada dekat Melaka .
So I made some research (atau kata lain nya - google je lah) dan memilih untuk dapatkan rawatan dengan Dr Raymon di Mahkota Dental bagi kerja kerja pembersihan gigi aku ni haha . Klinik ni terletaknya di Mahkota Medical Centre, Melaka. Aku baru tahu dalam hospital ni ada banyak klinik klinik kecik macam ni. Klinik untuk aesthetic (beauty injection etc using machine) pun ada dekat sini. Memang teruja juga lah haritu. Sebab itu kali pertama menjejakkan kaki dekat hospital tu.
Kenapa dalam banyak banyak klinik gigi yang ada dekat Melaka ni, aku pilih untuk berjumpa dengan Dr Raymond ni? Ha aku ada lah beberapa sebab tersendiri kenapa aku memilih untuk kesana . Antaranya ialah ... (macam buat lab report pulak haha)
3 sebab memilih Mahkota Dental
1. Persekitaran hospital yang bersih dan meyakinkan.
Kadang aku pergi dentist yang klinik nya kurang dijaga - rasa tak selesa pulak
2. Dr. dan nurse yang friendly dan sedia membantu .
Dr. Raymon merupakan seorang yang sangat soft spoken dan friendly. Jadi rasa lebih selesa nak berborak dan consult tentang gigi ke apa. Biasanya dentist aku jumpa mostly garang garang , tak berborak dan tak peduli pun pasal gigi aku. At least borak la, nasihat ke, apa ke kan sharing info etc. Ni masuk -- nganga -- keluar . Blerghh tak best! But dengan Dr Raymond, syok! sangat sangat selesa dan dia banyak sharing info tentang penjagaan gigi .
3. Lokasi yang strategik , easy access
senang aku nak merayap pergi Mahkota Parade lepas habis treatment muehehe .
Sesampainya dekat klinik , dah nampak Dr senyum dari jauh . Eh! Jangan senyum lama lama doktor, kang saya cair tak mampu nak buka mulut pulak haha . Sesi membasmi kuman dan membuang karang gigi aku ambil masa dalam 10-15 minit (ye kot) .
Dia senyum macam tu kot, susah lah aku camni haha
Selesai je scaling dan polishing , sempat lagi consult dengan doktor dan tanya ada tak sebarang rawatan alternatif untuk baiki gigi aku yang jarang dan alignment senget ni . Katanya disarankan pakai braces je . Ada satu rawatan ni namanya Veneer (rujuk gambar bawah) dari pemahaman aku, rawatan ni berfungsi dengan cara letak satu lagi lapisan yang bermaterial porcelain (Correct me if i'm wrong) sesuai untuk tutup mana mana size imperfections yang ada pada gigi kita. Hasilnya kalau gigi jarang tu, nampak lebih teratur. Macam dalam gambar ni. Huiyo dalam sejam terus cantik gigi kau! But the downside is, this costs way higher than getting yourself a braces. So kirim salam sayang je ya haha .
Masih sedang berkira kira nak pakai braces ke tak, macam sayang pulak gigi senget senget ni (Ceh ke sayang duit? kehkeh) . Bila ditanya dekat kawan kawan, diorang jawab -- "eh tak payah lah, gigi kau macam ni lah jadikan pemanis wajah" . Eleh yela tu, padahal jeles la tu nanti gigi aku cantik muahaha gelak keji . Tak baik betul bersangka buruk pula hiks!
Berbalik kepada cerita scaling dan polishing tadi, korang boleh dapatkan rawatan ini pada harga RM85-RM125. Tapi menariknya sekarang tengah ada promosi taw. Hanya RM80+ sahaja termasuk sesi consultation PERCUMA! haa kau borak lah setahun dengan Dr.Raymon ni pun tak pe hehe . Tanya lah apa korang nak tahu, memang dia akan bagi yang terbaik dalam menjawab dan respon dengan soalan dan permasalahan yang korang ada.
gigi dah bersih, yeay!
Senarai harga rawatan di Mahkota Dental
Selain daripada scaling dan polishing, boleh dapatkan bermacam lagi rawatan berkaitan dengan gigi korang -- kos rawatan pula seperti berikut :
1. Filling - RM70 -RM100
2. Root canal RM420- RM700
3.Crown RM750 keatas
4. Bridge RM2250 ++
5.Implant RM7,000++
6. Whitening RM1,400 - harga promotion- RM966
7.Extraction RM90-RM125.00
Ini antara serba sedikit senarai rawatan yang ada. Kalau ada mana mana rawatan yang korang nak tu tak disenaraikan diatas, boleh la call terus klinik untuk inquire.
Kesimpulan yang dibuat setelah dapatkan consultation daripada Dr.Raymon ialah -- dia sangat menekankan agar kita semua menitik beratkan kebersihan gigi. Gosok gigi pulak mestilah mengikut cara yang betul supaya tak ada lah bakteria bermaharajalela dekat gigi korang. Kenapa pentingnya bersihkan gigi tu? Macam mana daripada tabiat tak bersihkan gigi dengan betul boleh menyebabkan kerosakan gigi?Ok meh nak cerita ..
Punca sakit gusi dan gigi berlubang
Secara amnya bila kita rasa sakit gigi tu, kita bukannya sakit gigi tapi sebenarnya sakit gusi. Penyakit gusi ni disebabkan oleh cara kita memberus gigi yang salah. Bila kita gosok gigi tak ikut cara yang betul, plak akan terhasil. Plak ni kira macam kerak kerak atau sisa makanan terkumpul yang membentuk menjadi plak -- sebab tak gosok gigi lepas makan . Ok sampai sini faham tak?
Doktor sedaya upaya terangkan pasal gigi dekat budak lambat tangkap ni haha
Sekiranya tak dibendung, tak dibersihkan atau dibuang -- plak ni akan makin lama makin build up dan menjadi keras macam batu . Bila dah keras, nama dia upgrade jadi tartar pulak wah siap upgrade nama haha . Bila dah terhasilnya tartar ni lah buatkan gusi kita bengkak dan jadi merah . Seterusnya bila dah jadi tartar tu confirm bakteria berpesta juga dalam tu sebab kotor kan? Lama kelamaan bakteria akan mula memakan tulang dan turun kebawah seterusnya buatkan gigi kita makin longgar. Bila tulang yang dah dimakan oleh bakteria tadi tu jadi surut, automatiknya gusi kita pun mula surut -- gigi akan kelihatan panjang dan mula bergerak -- seterusnya perlu lah dicabut .
Sebenarnya banyak aku nak cerita ni haha . Sebab kepala ni memang sarat dengan berbagai info yang Dr. bagitahu jadi aku pun rasa excited nak cerita dengan korang. Tapi mungkin dalam entri berlainan kot. Panjang panjang sangat nanti korang bosan .
Pendek kata, sekiranya korang perlukan khidmat rawatan gigi boleh lah ke Mahkota Dental , Mahkota Medical Centre dan cakap dekat nurse "saya nak Dr. Raymon. Dr yang blogger Farah Dafri cakap ensem ensem tu. Ha nak tu, taknak doktor lain" hahahaha . Okay lah sekian, thanks for reading awakk!
Doktor RaymondPall Singh Kler
Mahkota Medical Centre Sdn Bhd
No.3 Mahkota Melaka,
Jalan Merdeka ,
75000 Melaka
Dept : Dental Centre , Ground Floor
Tel : 06-285 2999 Ext (2919)
Bye!
Kanan Dr.Raymond, kiri Dr. Kelvin. Insyallah next appoinment dengan Dr.Kelvin pula untuk buat skin treatment hihi -- dia doktor bahagian aethetic/dermatology
Related search : klinik gigi melaka, dentist melaka,dentist hensem, dentist handsome, dentist best melaka, doktor gigi best melaka, doktor gigi melaka, klinik gigi melaka, melaka dentist,rawatan gigi melaka,cuci gigi melaka, braces murah melaka, harga pakai braces, harga braces melaka,harga root canal, rawatan akar melaka,crowning gigi melaka
14 comments
Dapat doktor segak camni, nak nganga pun segan hahahaa
ReplyDeleteNice info. Bole tahan juga nk whitening ye. Hmmmm...
ReplyDeletetenah cari tempat tuk rawat gigi gak ni sebenarnya heheh nk try la
ReplyDeleteTeringin nak polish gigi tapi sy takut dentis.. Huwaaaa
ReplyDeleteTeringin nak polish gigi tapi sy takut dentis.. Huwaaaa
ReplyDeleteHahh . nasib baik dah besar. salahkan dri sndri je okay. kikikih
ReplyDeletebtw, dtg dari segmen emasputih :)
nak putihkan gigi ..nak shining & whitening gitu
ReplyDeleteterbaik.. entri ni..
ReplyDeleteboleh tahan harga
ReplyDeleteoh btw BBL follow blog awak
Good info...
ReplyDeleteGigi cantik dah tu..ihihi
Doktor raymond pun mmg cute senyuman...ahahaha..
Salam.ziarah dr akk
nice :D singgah dari http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/03/giveaway-cash-rm600-mac2016-by-emas.html
ReplyDeleteThanks for the information 😉
ReplyDeleteHarga veneer berapa ni pergigi?
Aishh hensem sgt doktor nya..segan nak tadah gigi bterabur mcm sy 😅
ReplyDeleteTeringin nk puteh kan gigi
ReplyDelete