Air Minuman Susu Kultur Calpis dan Geng Bakteria Baik | Salam. Pi pi pi pi .. calpis pi pi pi pi haha cubaan untuk menyanyi lagu tema Calpis tapi gagal . Dah tengok tak iklan ni dekat TV? atau dengar di radio? Comel je kan. Mula mula tak berapa faham "eh iklan apa ni macam comel je lagu dia" sebab aku dengar kat radio je jadi mesej tu macam sampai tak sampai je. Rupa rupanya iklan untuk susu kultur. Air calpis ni datangnya daripada Jepun dan dah lama dah wujud seawal tahun 1919 lagi. Susu ni dihasilkan daripada proses fermentation lactic acid dimana memerlukan non fat dry milk dan lactic acid untuk ini berlaku.
Air Minuman Susu Kultur Calpis dengan Lactobacillus
Minuman Calpis ni kira macam sedara mara Vitagen dan Yakult juga lah. Telah dikultur dengan bacteria lactobacillus. Korang jangan lah termakan kata kata orang kurang bijak pandai (ahaks macam aku pandai sangat) yang mengatakan bacteria ni tak elok. Dalam bidang science korang akan kenal bermacam spesis bacteria, ada bacteria baik dan juga yang jahat. Kalau jahat kita panggil pathogen -- contoh bacteria jahat yang biasa kita dengar ialah Salmonella dan Staphylococcus Aureus. Ada banyak lagi sebenarnya, aku sendiri yang belajar ni pun takhafal. Kena buka kitab balik haha. Salmonella dan Staph aureus ni lah menjadi punca kita keracunan makanan semua tu, dan salah satu faktor terwujudnya kedua spesis bakteria ini ialah dari cross contamination atau bahasa melayu dia pencemaran bersilang, (eh haha) semasa proses penyediaan makanan dilakukan.
Berbalik kepada Lactobacillus, dalam badan kita sebenarnya memerlukan beberapa bakteria baik untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan sempurna dan Lactobacillus ni lah antaranya yang bekerja untuk bagi badan kita works properly. Dalam penghasilan yogurt pun ada ditambah juga Lactobacillus ni
Kepentingan dan fungsi Lactobacillus untuk badan
Antara kepentingan utama Lactobacillus ni ialah ianya menghasilkan vitamin K dan juga menghasilkan Lactase. Lactase ni pulak kerja dia ialah membantu mem'break down' (sorry taktahu dalam BM apa :p) kan Lactose. Ha pening ? pening? muehehe . (masa ni lah nak eksyen haha maap!)Lactose tu apa pulak? Lactose ialah sejenis enzyme yang ada dalam badan kita. Fungsi kenapa kita perlu mem'break down' kan enzim lactose ni menggunakan Lactase ialah salah satunya untuk membantu melancarkan sistem penghadaman kita . Okay baca banyak kali bagi faham hehew.
Bakteria Lactobacillus ni kiranya termasuk dalam group probiotic bakteria (geng geng bakteria baik dan bermanfaat untuk badan) Geng geng probiotics ni lah yang membantu dalam merawat masalah cirit birit, eczema, asma, jangkitan pada bahagian sulit, dan juga bantu memulihkan masalah usus. Makanya secara short dan simple nya nak rumuskan bahawa janganlah menganak tirikan geng probiotik bakteria sebab diorang semua baik baik je, jangan kecam mereka haha dan ingatlah wahai pemuda -- tak semua bakteria itu jahat . hihi
Kenapa jadi panjang pulak entry aku ni . Aku nak cerita pasal air Calpis ni je tak pasal pasal berjela cerita pasal sedara mara bakteria pulak haha .
Soalan :
Sedap ke air Calpis ni? Rasa susu ke? Saya tak minum susu .
Jawapannya :
Sedap dik! Memang sesuai untuk semua lapisan umur. Budak budak boleh minum, dewasa pun boleh. Untuk bayi bayi aku tak pasti, boleh rujuk orang yang lebih pakar kot. Rasa nya masam masam manis. Kalau pernah minum vitagen botol putih, atau yakult, ha sama je rasa dia. Maksudnya kalau korang spesis tak minum susu (macam aku) jangan risau rasa air Calpis ni langsung tak ada rasa susu , bau susu pun tak ada -- apatah lagi bau lembu . haha
Aku tak pasti harga sebotol berapa yang sebenar benarnya tapi mungkin dalam RM2.00+ lah. Kalau beli dekat Genting Highland atau atas flight tu lain pulak cerita dia. Aku beli pada harga RM2.20 , mungkin ada setengah kedai RM2.00 atau RM2.40 blabla mana mana lah. Tapi berbaloi juga untuk harga sebotol minuman berisipadu 350mL. Ada juga dijual dalam size 1L tapi aku belum pernah nampak lagi. Mungkin aku duduk kawasan pedalaman sangat kot haha . Dekat Malaysia baru ada 2 je perisa air ni iaitu yang original dan perisa mangga. Kalau dekat Jepun tu bermacam macam perisa ada. Mungkin ni sebagai permulaan jenama ni nak bertapak dekat Malaysia kot. Mungkin kalau penerimaan rakyat malaysia ni bagus, akan datang banyak lagi perisa pulak.
Sekiranya korang mengalami masalah sembelit , kurang lawas, cirit birit ataupun nak kan sistem penghadaman yang lebih teratur, boleh lah cuba amalkan Calpis ni. Okay dah habis dah entry ni.
Thanks for reading gais! Bye :)
susu kultur calpis,bahaya susu kultur,susu bakteria,susu calpis malaysia,calpis yuna,susu calpis,harga susu calpis,rasa susu calpis,susu calpis khasiat,kebaikan susu calpis,kebaikan susu kultur,susu kultur sakit perut,rawat sakit perut,petua sakit perut
susu kultur calpis,bahaya susu kultur,susu bakteria,susu calpis malaysia,calpis yuna,susu calpis,harga susu calpis,rasa susu calpis,susu calpis khasiat,kebaikan susu calpis,kebaikan susu kultur,susu kultur sakit perut,rawat sakit perut,petua sakit perut
9 comments
Terima kasih perkongsian ni...alah tertinggal info kak PC ni..sebab ni baru tahu...
ReplyDeleteSama sama kak . Lepasni kalau sakit perut ke cirit biri boleh cuba ni . Bagi bakteria tu lawan geng bakteria jahat hihi
Deletesedapp,,first try masa pergi jepun,,yg jepun punya ada yg soda dgn non soda,happy sgt bila dah dipasarkan dkt malaysia ;D
ReplyDeletebestnya dah pernah ke jepun. ada rezeki nk g sana rasa yg ori dri sana plak hehe
DeleteHahaha...pencerahan yg baik...sambil layan calpis,baca entry ni terus habis..
ReplyDeletedalam masa tak sampai dua jam terus ke jamban... sgt berkesan..
ReplyDeletedalam masa tak sampai dua jam terus ke jamban... sgt berkesan..
ReplyDeletenice....sambil lyn calpis mangga
ReplyDeleteTq for the info n izinkan nak share ye
ReplyDelete