posts in category travel package
Monday, August 17, 2020
Jelajah 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai
Hello, assalamualaikum! Korang dah mula jalan jalan Cuti Cuti Malaysia ke? Ramai yang ambil kesempatan untuk pergi short vacation masa hujung minggu kan? Seronok tengok sebab dengan cara ni dapatla bantu ekonomi negara kita pulih semula. Tapi, jalan tu jalan juga. SOP kena ikut okeh?
Even masa sepanjang aku ke Pulau Pangkor minggu lepas pun, memang kemana mana kena pakai mask terutama dekat kawasan public spaces. Cuma time snorkeling tu tak pakai ler haha. Ate pelik benor nya snorkeling pakai mask. Lemas ler kawan haha.
Jelajah Pulau Pangkor kali ni, sekali lagi dibawah anjuran Gaya Travel tapi untuk trip ni, dengan kerjasama Tourism Perak pulak.
Sebenarnya ni dah kali kedua la aku jejak ke Pulau Pangkor ni. Yang first time, masa ada family day untuk staff tadika mama aku. Tahun lepas kalau tak silap. Tapi masa tu takde la explore kawasan Pangkor ni sebab masing masing sibuk dengan acara and aktiviti dengan staff je. So kalini, jom kita explore Pulau Pangkor habis habisan!
Kitorang mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi. Kemudiannya singgah untuk makan tengahari dalam pukul 1.30 petang. Teruskan perjalanan and seterusnya sampai di Jeti Marina pada pukul 3.15 petang. Asalnya kitorang nak naik feri pukul 3 petang tapi sebab kan dah tersampai lewat, makanya kena la ambil feri seterusnya.
Feri dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor ada pada setiap 1 jam kecuali pada pukul 4 petang. Sebabkan tak ada feri pada pukul 4, jadi kitorang kena tunggu next ferry pukul 5 petang.
Aku sebenarnya confuse sikit, hornbills ni dalam bahasa melayunya burung enggang ke burung kenyalang? Sebab bila aku google, dua dua jenis ni pun namanya Hornbills. Cuma tak pasti la spesis yang dekat sini, jenis kenyalang atau enggang. Yang aku tahu, dua dua ada paruh yang besar.
Tuan empunya chalet ni, Pak Din; akan memberikan makan kepada burung burung ni pada setiap hari pukul 6.30 petang. Jadi kalau korang nak alami pengalaman bagi burung hornbills ni makan, boleh la kesini sebelum pukul 6.30 petang okay?
Burung burung ni diberi makan pisang. Pak Din tu akan mula bersiul untuk panggil semua burung burung datang sebelum mula bagi makan. Teruja ye tengok. Aku mula nya nak la juga bagi burung tu makan tapi sebab ramai sangat yang berebut rebut nak peluang bergambar, so aku ambil gambar dari jauh jela *merajuk hahaha
Untuk aktiviti ni, tiada bayaran dikenakan. Tapi korang boleh buat sumbangan ikhlas kepada Pak Din supaya dia boleh terus dapatkan supply untuk bagi burung burung ni makan.
So apa lagi, masukkan aktiviti ni dalam list itinerari korang bila ke Pulau Pangkor. Okay?
Selesai aktiviti bagi burung makan, kitorang dah tak ada aktiviti lain dah. Cuma ada dinner &sesi karaoke je malam tu hehe. So, jom kita terus check in!
Penginapan kitorang selama 3 hari 2 malam ialah di Pangkor Village Beach Resort yang terletak di Pasir Bogak. Tak jauh dari Jeti Pangkor, dan biasanya akan jumpa resort ni dulu sebelum korang sampai ke kawasan Teluk Nipah.
Difahamkan, Pangkor Village Beach Resort ni telah lama beroperasi tapi baru sahaja diubahsuai dan dimodenkan semula. Memang cantik yee landscape resort ni sekarang. Siap ada infinity pool menghadap laut lagi.
Tapi katanya ni baru 60% siap. Belum siap sepenuhnya lagi. Tak sabar nak tengok bila dah complete nanti. Mesti cantik sangat!
Lokasi Pangkor Village Beach Resort ni memang sangat strategik dan menarik. Bukan setakat berhadapan laut, tapi juga berdekatan dengan water sport centre. Jadi kalau korang nak buat aktiviti sukan air macam snorkelling ke, island hopping ke, senang. Tak payah nak sewa van untuk pergi tempat lain.
Ada banyak aktiviti menarik yang aku sempat cuba sepanjang di Pulau Pangkor termasuklah Island ride, snorkelling, ATV, lawatan ke tapak penyu bertelur dan macam macam lagi. Kita sambung dalam entri lagi satu. Okay?
===========================
Infos :
Feeding hornbills
Lokasi : Sunset View Chalet, Teluk Nipah
Bayaran : Percuma *tapi dialukan untuk beri sumbangan
Masa : 6.30 petang setiap hari
Pangkor Village Beach Resort
Lokasi : Pasir Bogak, Pulau Pangkor
Room rate : Bermula RM180+
Tuesday, October 29, 2019
[GAMBAR] Jom Intai Tengok Suite Pilihan Keluarga Diraja &VVIP Menginap Di AnCasa Royale Pekan Pahang
Kalau dah namanya suite, memang bukan untuk orang ashe ashe macam kita lah untuk menginap kan? Kebiasannya memang jadi pilihan orang ternama, golongan diraja, selebriti dan VVIP jela yang mampu. Mana taknya, harga rate satu malam je serendah RM3,000 . Dah sama macam nilai aku sewa rumah untuk 3 bulan hehe.
Kalau selalunya cuma tengok dalam TV ataupun gambar dalam internet je, kalini aku berpeluang tengok sendiri dan jejakkan kaki kedalam suite mewah masa stay di AnCasa Royale Pekan haritu. Memang cantikkk wey! Mampu berangan jela duduk dalam bilik macam ni. Saiz suite tu je lagi besar dari saiz rumah aku haha.
Di AnCasa Royale Pekan ni, ada beberapa kategori bilik; bermula dengan Deluxe Premier, diikuti dengan :
- Family Suite
- Junior Suite
- Executive Suite
- Premier Suite
Ini aku dah susun ikut keluasan dan ofcos harganya hehe. Premier Suite tu kalau tak silap aku harganya RM7,000 satu malam. Tapi memang grand dan mewah dalam tu. Semua perabot, susun atur, layout, interior design memang another level. Sepadan la dengan harga. Tapi rasanya lagi 20 tahun pun belum tentu aku dapat duduk dekat suite tu hehehe. Ukur baju di badan sendiri wakk. Deluxe Premier pun dah cukup mewah dah bagi aku haha.
Okaylah, ayuh aku santapkan gambar gambar yang aku ambil masa room tour haritu. Dan cembiasa la, bakal terselit gambar pelik pelik daripada aku & Pika hahaha. Yang specialnya jom kita tengok gambar gambar suite yang biasanya orang kenamaan dan golongan diraja je duduk.
Ayuhh!
sis duduk Deluxe Premier je, tapi selesa gilo! and mewahh |
Saturday, October 26, 2019
Pengalaman Menginap di AnCasa Royale Pekan Pahang
Me and@syafiqahhashimxoxo |
Aku baru je lepas balik dari Pekan, Pahang haritu. Yasss, daerah kelahiran bosskurr lah dekat situ. Selama ni aku selalu je lalu lalang dekat Pekan tu masa family aku still duduk Johor, and bila nak balik Kuantan, memang passing by Pekan ni. Tapi tak pernah lah pulak duduk bermalam dekat sini. Setakat berhenti makan, rehat rehat and buang air jela dekat Shell depan river cruise tu haha.
So kali ni, setelah berkali kali ulang alik celup kaki je dekat Pekan, finally dapat juga bermalam dan explore serba sedikit apa yang ada dekat sini. Kalau datang masa bulan puasa, lagi syok dekat sini sebab bazaar ramadhan dekat Pekan ni lain machiam sikit. Juadah dijual semuanya rare. Memang puas hati. And paling wajib aku singgah beli ialah Murtabak Mengkasar. Yang ni memang wajib cari kalau korang datang Pekan. Ada branch nya dekat Kuantan tapi rasa dia tak sepadu yang dekat Pekan ni lah (*sorry takde gambar).
View dari belakang hotel, pool area |
Friday, January 18, 2019
Ada RM135? Jom Jalan Jalan Singapore?!
Aku pernah pergi Singapore ni ada lah dua kali. Itu pun setakat beli pakej pergi USS. Pagi pagi berkumpul, lepastu terus masuk dalam USS. Masuk bas, tidur. Bangun bangu dah dalam USS. Balik pun sama. Lepas dah penat seharian bersakan dalam USS, masuk bas tidur, tengok tengok dah keluar Johor balik wakakka . So point dia sekarang, tak sempat lah nak berjalan atau nak pusing pusing Singapore tu. Dah lama teringin nak pergi tapi selalu ada je benda yang menghalang. Antaranya
1. Kewangan
Nak tunggu duit tu melimpah limpah macam lambat je lagi kan? Maka menabung lah kalau nak travel tu. Dan yang penting kena bijak buat perbandingan harga dan sesuaikan trip tu mengikut bajet yang ada.
2. Masa
Nak dapat cuti lama lama ofcos susah. Ingat kampeni bapak sendiri ke nak cuti 2,3 minggu suka hati? wakaka. So masa weekend jela yang ada untuk nak berjalan ke apa.
Berdasarkan dua point diatas, aku dah jumpa solution macam mana nak jalan jalan Singapore pada harga pocket-friendly, di waktu yang aku free dan dengan jadual perjalanan yang smooth.
So aku pilih je untuk join Singapore Day Trip dengan Raini Travel.
1. Kewangan
Nak tunggu duit tu melimpah limpah macam lambat je lagi kan? Maka menabung lah kalau nak travel tu. Dan yang penting kena bijak buat perbandingan harga dan sesuaikan trip tu mengikut bajet yang ada.
2. Masa
Nak dapat cuti lama lama ofcos susah. Ingat kampeni bapak sendiri ke nak cuti 2,3 minggu suka hati? wakaka. So masa weekend jela yang ada untuk nak berjalan ke apa.
Berdasarkan dua point diatas, aku dah jumpa solution macam mana nak jalan jalan Singapore pada harga pocket-friendly, di waktu yang aku free dan dengan jadual perjalanan yang smooth.
So aku pilih je untuk join Singapore Day Trip dengan Raini Travel.
S I N G A P O R E D A Y T R I P B E R S A M A R A I N I T R A V E L
Pakej Singapore Day Trip serendah RM135
Hello, apeni murahnya! Harga termasuk pengangkutan pergi balik KL SENTRAL - SINGAPORE , tour guide dan juga light breakfast (masa trip kitorang haritu dibekalkan nasi lemak) Kalau nak kira satu hari tak puas nak jalan dalam Singapore tu. Tapi sebabkan dah join day trip ni, banyak tempat yang sempat disinggah. So dapatla bergambar kenangan . And yang penting kita dibawa ke tempat tempat femes di Singapore.
*Perjalanan bermula Jumaat malam dan tiba di KL pagi Ahad (4 pagi)
Subscribe to:
Posts (Atom)