1. Kewangan
Nak tunggu duit tu melimpah limpah macam lambat je lagi kan? Maka menabung lah kalau nak travel tu. Dan yang penting kena bijak buat perbandingan harga dan sesuaikan trip tu mengikut bajet yang ada.
2. Masa
Nak dapat cuti lama lama ofcos susah. Ingat kampeni bapak sendiri ke nak cuti 2,3 minggu suka hati? wakaka. So masa weekend jela yang ada untuk nak berjalan ke apa.
Berdasarkan dua point diatas, aku dah jumpa solution macam mana nak jalan jalan Singapore pada harga pocket-friendly, di waktu yang aku free dan dengan jadual perjalanan yang smooth.
So aku pilih je untuk join Singapore Day Trip dengan Raini Travel.
S I N G A P O R E D A Y T R I P B E R S A M A R A I N I T R A V E L
Pakej Singapore Day Trip serendah RM135
Hello, apeni murahnya! Harga termasuk pengangkutan pergi balik KL SENTRAL - SINGAPORE , tour guide dan juga light breakfast (masa trip kitorang haritu dibekalkan nasi lemak) Kalau nak kira satu hari tak puas nak jalan dalam Singapore tu. Tapi sebabkan dah join day trip ni, banyak tempat yang sempat disinggah. So dapatla bergambar kenangan . And yang penting kita dibawa ke tempat tempat femes di Singapore.
*Perjalanan bermula Jumaat malam dan tiba di KL pagi Ahad (4 pagi)
N O T E :
- Bas dari KL biasanya akan bergerak tengah malam, dan dijangka sampai di R&R Gelang Patah dalam pukul 5 pagi. Masa di R&R Gelang Patah, kita akan diberi peluang untuk rehat, mandi dan solat. Dekat sini memang ramai. So kalau rasa malas nak celaru sangat, malam tu mandi lah siap siap. Sebab dekat R&R ni memang ada banyak pelancong lain yang berhenti untuk mandi dan solat juga. Digalakkan bawa telekung dan sejadah sendiri. Sebab kalau surau full boleh solat dibahagian luar.
- Toilet di Singapore takmacam toilet kat tempat kita. Dekat sana takde paip air, bahkan takde bidet juga (yang air pancut keluar ikut jamban tu) . So nak mudah, pastikan bawa botol air kecik. Untuk korang refill air dekat sink before masuk tandas.
- Pastikan bawa passport ye. Nak pergi Singapore ni, bukan jalan KLCC
- Process imigresen agak makan masa sikit. Sebab tu penting untuk sentiasa tepati masa yang dah ditetapkan guide. Kalau kata nak bertolak pukul sekian sekian, sila punctual sebab kalau tak nanti sampai di Imigresen, dah ramai orang
- Masa di imigresen dari Malaysia nak keluar ke Singapore, boleh lenggang je bawa handbag sahaja. Tapi bila dah sampai ke checkpoint Imigresen kedua, pastikan angkut segala jenis barang yang korang bawa termasuklah benda benda sekali pun. Sebab bas akan diinspect.
- Pastikan korang isi white card seperti diarahkan. Jangan tulis cincai cincai sebab benda tu penting.
- Jangan ambil gambar atau selfie semasa di Imigresen!
Tentatif / Itinerary Yang Teratur
Itinerary diorangs sediakan jelas. Senang bagi semua peserta nak agak lepasni gi mana, dekat sini ada apa and sekian sekian. Cuma penting ya untuk tepati masa ditetapkan. Sebab kalau tak, nanti schedule lari. Tak sempat nak cover semua tempat. Macam masa kitorang haritu ada lah lari sikit schedule. Tapi sempat catch up juga.
Okay jom tengok gambar sis jakun jakun pusing Singapore
- Pulau Sentosa
Sampai sampai je terus ke sini. Takdela masuk dalam USS tu, tapi dapatlan bergambar dengan their iconic USS globe. Pulau Sentosa ni besar! Siap nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat, naik monorail tau. wuuu best!
Cuma light breakfast disediakan oleh RAINI Travel. Nak makan minum yang lain atas perbelanjaan sendiri ya. Dekat sini kalau nak banding duit MYR ofcos la mahal. Nak beli apa apa pejam mata je hahaha. So digalakkan bawa botol air, so kalau nampak water cooler boleh la refill. Kalau tak, beli je air mineral. Cuma ehem ada la RM4 sebotol mihmih .
- Kampung Glam
Dah puas pusing Sentosa Island, kita nak makan pulak! Kitorang makan haritu dekat Restoran Zam Zam terletak di kawasan Kampong Glam. Dekat sini memang tourist spot. So nak makan, jalan jalan boleh lah dekat sini. Tapi kalau nak beli souvenir better jangan kat sini kot sebab agak mahal.
Di Kampong Glam ni juga terletaknya Masjid Sultan. Cantik masjid ni dan memang menjadi tarikan pelancong. Terkejut jugak la masa naik nak solat kawasan muslimah, ada foreigner lelaki pakai jubah datang tengok kawasan tu. ahahahai tanjat ite. Eh awa mana boleh masuk kawasan perempuan. Ish ish. Nasib baik masa tu elok je bertudung.
- Bugis Street
Next stop, Bugis street. Dah kenyang, dah habis pusing pusing dekat Kampong Glam, datang la sini untuk shopping souvenir.
photo credit Aqalili Azizan |
photo credit Aqalili Azizan |
Kata orang dekat sini memang lagi murah nak banding tempat lain. Kedai ni 2 tingkat (kalau tak silap). Dan ada macam macam souvenir termasukla baju, fridge magnet dan macam macam jenis souvenir lain juga. Aku tak beli apa pun dekat sini haha. Datang cuci mata je tengok tengok. Tapi pilihan t-shirt dia not bad jugak la.
- Merlion Park & Esplanade
Setel shopping, kita ke mercu tanda Singapore pulak! Kalau datang Singapore, tapi tak jejak kat sini hmmmmm rugi! Dekat sini petang petang ya auloh ramai betul la. Memang bersesak dan struggle juga la nak bergambar. Terpaksa menyelit nyelit dekat orang tapi tula still ada orang lalu lalang haha. Redha jela. Yang penting ada la sekeping dua gambarnya.
photo credit Aqalili Azizan |
- Gardens By The Bay
photo credit Aqalili Azizan |
Ini memang cantik sangat! Masa aku datang tu hujan. So limited sikit la nak berjalan. Duduk bawah bawah bumbung je. Tapi hujan renyai renyai je lepastu stop. Alhamdulillah. Nak naik dekat atas tu kena bayar separately. Taksure berapa RM tapi kalau beli in advanced di KLOOK lagi murah. Cuma __ je. Boleh beli dekat sini.
Dekat sini cantik datang masa sunset/senja. Lawa sangat. Dan masa lampu dah start pasang, memang cantik sangat! Tapi time dia buka lampu tu kitorang dah ready nak gerak. so dapat ambil gambar dari jauh jela
- Marina Bay Sand Light & Water Show
Penutup trip yang sangat best! Light & Water show yang paling gempak aku pernah tengok. Terhibur tau tengok ni haha. Tak sangka tengok light & water show boleh jadi satisfying sangat. Show ni ada beberapa sesi. So pastikan datang 15 minit awal sebelum sesi bermula untuk secure seat. sebab akan ada ramaiiii pengunjung yang datang nak tengok dan takde designated seat pun. Cuma korang kena datang awal untuk menyelit dekat depan untuk pastikan view korang tak kena blok dan puas hati nak tengok dan record video. Dekat sini FREE je, takde bayaran pun. Show ni terletak di Marina Bay Sand, macam sejenis mall yang luxury. Huih cuci mata la lalu depan butik butik mewah macam GUCCI, Balenciaga dan PRADA. Kayanya sekalian manusia yang keluar masuk jinjit paper bag tu heee.
photo credit Aqalili Azizan |
Selesai je tengok show ni, semua get ready untuk kembali pulang ke Malaysia (wah macam jauh je haha) . In between the time, korang kena susun masa untuk bila nak solat jamak dan juga makan. Sebab takde specific time untuk solat dan makan. Tapi untuk jamak Maghrib dan Isyak, kita akan berhenti di R&R di Johor untuk makan malam (kalau masih tak cukup), solat dan mandi (setelah berlecak ketiak bersuka ria di Singapore pagi tadi) .
Selesai makan dan solat jamak, ayuh kembali ke KL! Haritu trip kitorang sampai KL dalam pukul 4.30pagi, hari Ahad. so the rest of the day boleh dimanfaatkan untuk berehat, dan edit gambar untuk post dekat Instagram ekekeke.
Conclusionnya, seronok! Tak sangka boleh cover banyak tempat menarik di Singapore dalam masa satu hari! Puas hati sangat. Thank you RAINI Travel sebab buka peluang bagi ramai orang untuk melancong pada bajet yang sangat rendah. Keseluruhan trip ialah menyeronokkan dan Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan takde apa apa issue in between. Tu yang kita nak sebab trip mestilah nak happy happy kan?
Okay siapa nak tahu next trip date dan untuk booking boleh ke instagram atau facebook rasmi RAINI TRAVEL :
4 comments
Jom pergi lagi macam tak puas jer jalan hari tu kan!
ReplyDeleteI'll be sure to bookmark your post! This is so helpful, Farah :)
ReplyDeletelenne | blog
I always said that Singapore is the last place I would wanna go but dah tengok itinerary best macam ni terus roger member2 and family hahaha Thanks for this post :)
ReplyDeleteHi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak 🔥PRIVATE TRIP-Tour Singapore (car/alza/starex)? 🚘 Pun ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86 #FromJohorBahru