Thursday, September 27, 2018

Banding Harga Barang Jadi Senang Guna Hargapedia

​Selamat datang ke segmen 'Cheapskate Guide 101' hahaha. Tiberr ada segmen baru pulak dekat blog ni kan? Tapi okay kot kalau aku buat segmen macam ni. Boleh share dekat mana nak cari barang murah, dekat mana nak cari lists warehouse sales, dekat mana nak dapat promo code semua tu.



Best kan best kan?



Okaylah perkara pertama kalau nak bijak berbelanja, haruslah kena bijak membuat perbandingan harga, gituhh.

Nak buat ​​perbandingan harga sekarang alamak aih senang kacang gila. Sebab telah terwujudnya sebuah apps bernama 'HARGAPEDIA'. Kalau Wikipedia kita guna untuk search info kan? Hargapedia pulak guna untuk buat price comparison specifically for barang barang  yang dijual di pasaraya pasaraya besar. Apps ni tolong senaraikan and bagitahu terus, dekat mana patut kita beli barang yang kita nak tu dan dapatkan pada harga palingggggg murah!


Tak faham? Takpe. Scroll bawah sikit aku share cara guna apps ni.


Install di Play Store & App Store



Wednesday, September 26, 2018

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream Review




Best way untuk redakan sikit kulit muka yang tengah meragam/irritate & banyak active acne ialah dengan pastikan cleanser yang kita guna tu very very gentle. Cuci muka pun tak boleh kerap sangat sebab nanti akan tarik natural oil pada kulit, nanti kulit kering pulak. Paling penting, jangan scrub! Sebab nanti buatkan kulit lebih irritate. Kalau nak pun, guna exfoliator yang mild untuk remove kulit mati . Kalau bersungguh sungguh nak scrub jugak, boleh guna yang beads tak kasar. 

Cleanser juga boleh menyebabkan breakout pada kulit. Sebab tu penting, patch test dulu. Kalau takde irritation, boleh proceed pakai macam biasa dan add dalam routine.

PayPal Malaysia Office Tour



Dekat office PayPal ni banyak kawasan terlarang haha. Terlarang as in, tak boleh expose dekat public lah. Standard lah kan policy mana mana company pun .

On the floor - senang cakap dekat bahagian work station kitorang ialah RED ZONE untuk kitorang gunakan handphone. Makanya, penggunaan phone adalah dilarang sama sekali . Any form of photo taking, atau video recording ofcourse lah secara harafiahnya  harom seharom haromnya.

Tapi kalau korang curious juga nak tahu macam mana environment dan keadaan office PayPal Malaysia sebenarnya, boleh lah tengok dekat sini ;

Saturday, September 22, 2018

Tips Mendaftar dan Menggunakan Akaun PayPal


Ok post ni untuk korang yang belum pernah buka akaun PayPal, dan baru nak berjinak jinak dengan PayPal. Nak create akaun PayPal ni senang je. Yang penting ialah korang KENA ada email. Bilamana orang nak send duit kat korang ke, korang cuma bagi email yang korang guna untuk register PayPal tu dekat diorang.

So ni ialah sedikit sebanyak tips bila nak mula menggunakan PayPal

Friday, September 7, 2018

Taste of Malaysia Airport @ MIGF2018 : 3 Restoran Pilihan Ramai di KLIA dan KLIA2

Taste of Malaysia Airport @ MIGF2018 : 3 Restoran Pilihan Ramai di KLIA dan KLIA2 | Tahun lepas, ada sekali tu aku ternampak billboard iklan Malaysia International Gastronomy Festival ni tapi tengok tengok dah terlepas dah tarikhnya. So nekad siap siap untuk 2018, mesti pergi mesti pergi! finally dapatla jugak pergi tahun ni punya ; bertempat di Berjaya Hotel Time Square (1-2 September 2018) .

Aku tahu bab Gastronomy ni pun dari Hilmi lah sebab nature study dia dulu culinary. Kalau tak tahu Gastronomy tu apa, pergi google ekekeke k takpe aku bagitahu. Gastronomy ialah seni makanan. Biasa orang hias and present masakan fancy fancy dekat fine dining restaurant tu, ha Gastronomy lah tu.



Salah satu booth yang aku duduk bertenggek lama sampai 2 jam ialah dekat booth Taste of Malaysia Airports. Booth ni mewakili 3 restoran, tiga tiga ni ada dekat KLIA2 iaitu - Bumbu Desa, Grandmama's & Fukuya

On My Instagram