Friday, February 10, 2017

Christy Ng ada MARK DOWN SALE! Bolehlah beli kasut kahwin


Assalamualaikum & Hello!



Lama dah aku dok perhati jenama Christy Ng ni. Pulak tu, selalu nampak instafemes ber-ootd dengan kasut kasut dia . Alahai geram je tengok ! Tapi semenjak dua nak kahwin ni , aku secara automatik jadi seorang yang mampu berfikiran secara straight sikit . Mana tak penting, aku tolak tepi dulu . Jangan beli . Kalau beli , matilah nakkk dah la nak kahwin banyak pakai duit ni . Sobs!

Dah lama dah berhajat nak beli sepasang dua kasut Christy Ng ni. Tapi, asyik kedekut kedekut je. Padahal takde lah mahal pun , harga macam Vincci je pun . Kualiti pulak helokk and cantik. Yang penting, design tak Kenanga wholesale mall , wakkaka . semuanya trendy & unik .

Tak semena mena harini, aku duk window window shopping , ternampak pulak Christy Ng ni ada buat mark down sale! 

Aku mana boleh baca baca dengar dengar perkataan MARK DOWN ni! haha boleh sawan sotong weyyyyyyy . *sambil menari raver*


[SALE LINK]






Nak jadikan satu lagi point bonus dan alasan kukuh untuk bershopping ialah ,

"AI NAK CARI KASUT KAWENN "

ekekee . puas aku mencari sebab untuk bagitahu kat diri sendiri supaya membeli belah . Akhirnya aku jumpa ekekeke . Ha nak cari kasut cuns letops untuk dipakai masa hari bahagia muehehe .

Rambang mata weyyy , tolong tolong pilihkan!


Dua ni macam helok je untuk kasut kahwin kan ? Tapi apasal aku rasa macam tak cukup tinggi je ni hahaha kemain belagak kan nak pakai tinggi tinggi? tengok tengok tak mampu berjalan, mampu mengesot je :p

Mana ni mana ni? Hitam ke putih? Cantik tak? Apa pendapat awaaaa?




SALE ADA 17 HARI LAGIIII










Related search : christy ng shoes, christy ng discount code, christy ng discount, christy ng coupon, christy ng deal, christy ng sale, christy ng mark down,christy ng malaysia, christy ng quality, christy ng price range, christy ng one utama , christy ng outlet

Friday, February 3, 2017

Apa itu GT Dollar dan bagaimana ia berfungsi?




Hello!



Okay, kalau entry sebelum ni aku ada cerita pasal pelancaran GT Dollar oleh GT Group di Sime Darby Convention Centre , 16 Januari 2017 haritu [ENTRY : GT Dollar Group Media Launch] .. so dalam entry ni aku nak explain lebih sikit pasal  apa GT Dollar ni , fungsinya dan macam mana nak gunakan apps ni .



GT Dollar ni senang cerita macam e-wallet lah . Kalau nak lagi senang faham, elok korang download dulu apps tu dekat Google Playstore dan juga Apps Store. 



Dah download? Okay, teruskan baca ..



Fungsi utama apps GT Dollar ni untuk bagi pengguna alami rasa membeli belah tanpa tunai ditangan . Ha kiranya kalau keluar jenjalan takbawah duit sesen pun tak pe. Dengan ada nya GT Dollar ni, bakal memudahkan lagi urusan jual beli antara pembeli dan juga penjual . Takde dah isu tak bawa duit ke, takde mesin atm ke, takde duit tukar ke apa. Bayar je guna duit dalam e-wallet kat akaun GT Dollar korang tu . Sonangggg!



Buat masa sekarang , sebabkan GT Dollar ni baru je dilancarkan, jadi merchant/ pemilik perniagaan yang ambil bahagian pun takdelah banyak sangat . Tapi yang aku perasan, hotel hotel ternama banyak yang dah mula gunakan apps GT Dollar ni. Jadi lepasni, kalau nak booking bilik .. guna je apps GT dollar ni .Cashless trasaction gittew .


Ekceli, tak terhad pada hotel je. Ada banyak lagi kategori merchant yang tersedia . Korang boleh dapatkan macam macam dan berbelanja macam macam dengan menggunakan apps GT Dollar ni , termasuklah ; makanan , servis kecantikan (saloon, spa etc) , insurans, hiburan dan macam macam lagi . Elok tengok dan belek sendiri apps tu, baru lah lagi faham .


Haritu, masa hari pelancaran GT Dollar .. kitorang yang turut ada bersama macam event tu diberi peluang untuk collect banyak banyak gt dollar . Caranya ialah dengan :

  • Click - "CIRCLE"
  • Tunggu untuk page tu loading
  • Tunggu akan keluarkan icon "bees (lebah)" terbang terbang.
  • Masa lebah tu terbang, cepat cepat tekan lebah tu .


Ha lepas je berjaya tekan/ tangkap lebah tu -- akaun akan dikreditkan dengan GT dollar. 


Memang sakan kitorang kutip bees haritu haha . Tak pandang kiri kanan dah, semua sibuk dengan handphone . Haritu, aku berjaya kumpul RM5,000 gt dollar kakakakaka . Ko rasa banyak? Takk , tu sikit je tuu . Yang lain tu ada yang sampai berpuluh ribu sempat sambar gt dollar. Sakannya diorang!


Apa kegunaan gt dollar tu pulak ? Gt dollar tu akan digunakan sebagai rebat/ potongan masa nak berbelanja nanti . Kiranya masa korang nak beli sesuatu, ataupun sebagai contoh korang booking bilik hotel, masa nak checkout untuk buat pembayaran tu .. akan dinyatakan disitu berapa gt dollar yang boleh digunakan untuk membuat bayaran . Maksudnya kalau contoh boleh guna RM100 gt dollar, maksudnya pembelian korang tu akan dapat potongan RM100!



Faham?



Seronok kan? Memang seronok pun . Even kalau bosan bosan sekarang pun , boleh je tekan 'circle' tu dan collect bees. Tetap akan dapat generate gt dollar gak . Kalau time bosan bosan tu bolehlah main tangkap lebah hahah . Lagi banyak korang tangkap bees, lagi banyakkk gt dollar korang boleh kumpul .Cubalah!





p/s : rasa nak booking bilik hotel lak . nak pergi bercuti hehe . jom?
















Related search : applikasi gt dollar, recommended apps malaysia, malaysian shopping app, malaysian shopping app, gt dollar shopping app, malaysia shopping app google, singapore shopping app

GT Dollar Group Media Launch

Assalamualaikum


Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Deputy Minister of Tourism and Culture debuted the launch of e-commerce giant, GT Dollar Malaysia at Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur on 16th January 2017 at the Malaysia FinTech Ecosystem Conference and GT Dollar Grand Launch.

The event was witnessed by distinguished government officials as well as 3,000 prominent IT and e-commerce industry leaders who support the development of a dynamic FinTech ecosystem, paving way for SMART innovations like GT Dollar, making Malaysia a force to reckon with in the FinTech sector.


This collaboration between the Malaysian government and GT Dollar helps to alleviate the lives of people through the launch GT Dollar mobile application, which is a “one-stop mobile e-commerce platform” that seeks to build a cohesive community for consumers and merchants from a myriad of industries to interact within its marketplace.

Thursday, February 2, 2017

Idaman Villa @ Melaka | Homestay strategik dan selesa tengah bandar, tepi laut!


Idaman Villa @ Melaka | Homestay strategik dan selesa tengah bandar, tepi laut!


Merujuk kepada entry kuih keria yang sebelum ni , (Entry : Kuih Keria Viral Melaka ) aku ada cerita yang aku dengan lagi beberapa orang blogger bercuti sekejap dekat Melaka . Sebabkan kitorang ni satu punya ramai , pulak tu bagi mengeratkan ukhuwah fillah ya hanana (tak semena mena) , kitorang berpakat untuk dapatkan satu homestay je untuk muatkan semua orang . Pulak tu, diorang ni dengan macam macam plannya .. nak karaoke lah , nak BBQ lah . Lagipun kalau nak book hotel pun , satu bilik boleh memuatkan 2 orang je . Kitorang je pun dah berbelas belas orang . Berapa bilik pulak tu nak kena ambik ?

Bab bab cari homestay ni kitorang serahkan pada abang abang dan kakak kakak Projek Travel je . Sebab diorang khen kaki travel , pastilah diorang lebih arif memilih tempat menginap yang selesa dan sesuai untuk kitorang semua . Dan akhirnya , kitorang memilih untuk menginap satu malam di Idaman Villa .

Memula diorang ni dok heboh heboh cakap "wey kitorang dah dapatkan satu banglo!" "jomm pergi banglo dekat Melaka" .

Dalam kepala aku ni membayangkan memang banglo sebijik lah . 

Dimana , banglo tu duduk seketol dia je , dan ada kawasan luas dibahagian halaman , ada tempat nak lari lari main kejar kejar ataupun main baling selipar , dan kekadang imaginasi aku menjangkau ke arah membayangkan banglo tu ada swimming pool beserta gelungsur memuatkan buntut seorang dewasa hahaha .

Tapi .. rupanya ada miscommunication disitu .

Wednesday, February 1, 2017

Sia sia ke beratur untuk dapatkan Kuih Keria viral dekat Melaka tu?

Kuih keria antarabangsa Hjh Rahmah Viral | Betul betul sedap ke?




Alamak! Entry dah basi! Hahaha tapi takpe . Cerita tetap cerita . Kali ni nak cerita pasal kuih keria viral dekat Melaka tu ha .

Haritu aku dengan beberapa lagi blogger termasuklah geng Projek Travel , ramai ramai ke Melaka . Tidur semalaman & menginap di Idaman Villa . Idaman villa ni seketol homestay yang terletak elok elok comel comel je dekat dengan bandar Melaka tu ha . Memang kalau nak bercuti satu family dekat Melaka, elok sangat lah kalau menginap dekat Idaman Villa ni . 

Sebabkan entry ni fokus pada kuih keria , kite cerita pasal kuih keria jela eh . Idaman Villa ni kang dalam entry lain . 

Kecoh lah dekat facebook & twitter pasal kuih keria antarabangsa yang viral dekat Melaka sampai gigih orang beratur semata mata nak dapatkan kuih tu . Beratur pulak bukan pendek pendek . Sampai ke luar luar kedai orang beratur .

Power gila ke kuih keria ni?


Makanya untuk mendapatkan kesahihan cerita dan membuat judgment akan "sedap gileeeee ke keria viral ni?" , kitorang (aku , kak dhia , aryl & yazid ) mengigih pergi dan join beratur jugak untuk dapatkan keria ni .


On My Instagram