Monday, August 17, 2020

Pengalaman Bermain ATV di Pulau Pangkor


Finally, dah masuk hari ketiga dan terakhir di Pulau Pangkor.

Jadi aktiviti kami seawal pukul 8.30 pagi, terus ke ATV Adventure Pangkor yang terletak bersebelahan Anjungan Resort. (Search map : Anjungan Resort) Aku excited sangat nak cuba main ATV ni sebab selalu nya tengok orang main macam best je. Lagipun, bila ke pulau pulau, mesti kita banyak fokus pada aktiviti air kan? Padahal aktiviti darat pun banyak yang menarik. Antaranya macam ATV ni lah. *aku dah pin kan location pada Google maps. Lokasi nya mungkin tak berapa tepat tapi sebelah Anjungan Resort je*


Awalnya aku ingatkan trek untuk ATV ni setakat dekat persisiran pantai, ala ala along the beach je gitu. Tapi rupanya, kita masuk hutan ye gais. Baru lah extreme! Trek yang kitorang lalui ni ialah level 3 yang mana katanya, ini level yang paling extreme. fuhh! Patutlaa lain macam mencabar setiap halangan yang kitorang nak lepaskan tu.

Muka muka excited!

Untuk korang yang sukakan cabaran dan nak kan kelainan, jangan lepaskan peluang mencuba aktiviti ATV ni ye. Keluar je dari hutan, terus kita lalu jalan tepi pantai pulak. Katanya kira kira 8km off road kalau tak silap. Turun je dari ATV, semua jalan mengengkang hahahaha tapi seronok! Tak kan serik dan kalau ada peluang akan datang, aku nak main lagi!


Ada beberapa check point kami berhenti untuk bergambar ;


=============================

1. Checkpoint tasik paya

=============================



=============================

2. Checkpoint lapangan terbang (tulisan Pulau Pangkor)

=============================





=============================

3. Checkpoint Beting Teluk Dalam

=============================





Tip :  Pastikan korang pakai seluar yang selesa. Tak terlalu ketat dan memudahkan untuk membonceng. Pastikan juga pakai kasut yang sesuai. Jangan jadi macam aku, gi gatai pakai kasut putih. Sudahnya habis berlecak kotor kasut. Daripada putih jadi comot dah haha. Lesson learned ye!


========================================

Infos :

∎ ATV Manual One Rider - RM80
∎ ATV Auto One Rider - RM100
∎ ATV Auto 2 Persons - RM150/RM180 

Tel: 011-1146 9539
WhatsApp: 011-2746 0251

========================================

Selesai aktiviti ATV, kitorang terus cepat cepat bersiap untuk check out. Dan seterusnya kita singgah singgah shopping di duty free shop dulu sebelum balik.


Antara pusat duty free yang ada dekat Pulau Pangkor ni ialah Laris Duty Free shop. (Berhampiran Jeti Pangkor) Dekat sini boleh la korang jumpa coklat coklat favourite korang. Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Loacker, Toblerone, Ritter Sport, ha semua ada. Harga pun murah murah tau. Memang memborong la ceritanya.


Ada juga perfume, dan perkakas dapur brand Tefal, Corningware, Pyrex dan Corelle. Murah murah juga tu tapi fikir malas nak angkut berat berat so dibatalkan niat itu hahaha.



So tak ada idea nak bercuti ke mana dalam Malaysia? Jom la Pulau Pangkor. Meh aku senaraikan sebab sebab untuk korang ke sini :


  • Lokasi dari Jeti Marina/Lumut ke Pulau Pangkor tak jauh sangat. Jadi less hassle, dan siapa yang mabuk laut tak perlu risau. Harga tiket feri pun lebih murah
  • Disebabkan lokasi dengan bandar tak jauh sangat, jadi harga barangan di Pangkor tak mahal. Makan pun masih murah, kalau nak dibandingkan di pulau pulau lain
  • Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini.
  • Berita baik untuk yang tinggal di KL, nak ke sini cuma 3 - 4 jam perjalanan sahaja.

Jom plan cuti cuti korang sekarang. Selamat bercuti dan jangan lupa, #travelsafe! okay?


Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti Feeding Hornbills &Penginapan di Pangkor Village Beach Resort [BACA]
- Aktiviti snorkelling dan tempat menarik untuk dilawati sekitar Pulau Pangkor [BACA]


Snorkelling dan Aktiviti Ronda Pulau di Pangkor




Hello assalamualaikum,

Okay, jom kita sambung cerita Jelajah Pulau Pangkor kita. Btw, korang tahu tak Pulau Pangkor sekarang dah pun berstatus Pulau Bebas Cukai? Ha menarik kan? Jadi, lebih banyak sebab untuk korang datang ke Pulau Pangkor! Sambil bercuti, boleh shoppinggggggg~ :p

Aktiviti hari kedua, dimulakan dengan kitorang di bawa pusing pusing pulau dengan menaiki bot sambil diperkenalkan dengan beberapa teluk, pulau kecil dan bentuk bentuk batu unik yang ada disekitarnya. Kreatif tau diorang ni bagi nama. Ada batu yang berbentuk epal, dinamakan Batu Epal. Ada yang berbentuk macam kepala ular, ada kelihatan macam penyu, ada berbentuk macam ikan paus, macam macam la. Bila tengok betul betul, memang nampak seakan haiwan ni semua. Unik dan menariknya ciptaan Allah ni kan?

Aktiviti Air Di Pulau Pangkor


Kitorang ada juga singgah di beberapa teluk. Antaranya Teluk Segadas, yang mana menjadi tempat pilihan orang ramai untuk tapak ber- camping. Kalau korang berminat nak camping di Teluk Segadas, harganya cuma serendah RM25 sahaja seorang. Best tau camping camping ni. Teringat pulak pengalaman camping masa dekat Pulau Kapas. Boleh la try camping dekat sini pulak next time.





Kami juga di bawa pusing pusing tengok kawasan perkampungan nelayan dan kawasan bahagian parking bot bot besar nelayan. Dapat kenal juga jenis jenis bot tunda. Ada yang untuk ikan biasa, ada untuk ikan bilis, ada untuk bahagian perairan berdekatan, ada yang boleh pergi jarak lagi jauh bahagian laut dalam. Even warna pun bawa makna berbeza beza. Sempat juga dapat tengok diorang keluarkan ikan dari jala dan macam macam lagi. Susah yee nak dapatkan hasil laut. Dengan risiko keadaan laut yang tak menentu lagi. Makanya, jangan la komplen dah ikan mahal haha. Struggle ye diorang nak tangkap ikan. Tu belum lagi bab mencandat sotong. fuhh!

Selesai main pusing pusing, kami akhirnya di bawa ke kawasan snorkelling iaitu di Teluk Nipah. Sempat la mandi manda sekejap dekat sini, tengok tengok ikan. Cuma disebabkan baru lepas hujan, jadi keadaan air macam kurang clear sikit. Tapi still syok la dapat main main dengan ikan hehe.

Btw, sop terbaru sekarang ni, kalau nak sewa snorkelling punya equipment, korang diwajibkan untuk beli snorkel tube tu. Kiranya lepas dah habis aktiviti, boleh la bawa balik tube tu. Ini ialah bagi mengelakkan risiko jangkitan apa apa penyakit la. tak semestinya covid semata mata.



Selesai aktiviti snorkelling, kitorang sempat singgah makan tengahari di Pulau Giam sebelum bergerak balik semula ke resort. Setel makan, balik dan bersiap siap untuk pusing pusing pulau bahagian darat pula!

Btw, untuk aktiviti snorkelling, boleh hubungi SF Watersports Centre untuk booking ya;

Website : www.sfwatersports.info 
Tel : 05-685 2227
email : fun@sfwatersports.info

Masjid dengan seni bina menarik di Pulau Pangkor


Korang tahu tak, dekat Pulau Pangkor ni ada 2 masjid dengan seni bina yang unik dan sangat cantik!



Yang pertamanya, Masjid Al Badr Seribu Selawat. Masjid ni juga digelar masjid terapung kerana dibina diatas laut. Seni bina masjid ni menarik dengan terdapatnya banyak tulisan selawat di setiap inci dinding masjid. Cantik sangat dipenuhi tulisan khat.





Untuk masuk kesini, adalah diwajibkan untuk memakai face mask. Jadi sila patuhi arahan okay?





Seterusnya, kitorang ke Masjid Sungai Pinang Kecil. Seni bina masjid ni memang sangat unik dengan ada nya elemen cina. Sebab tu orang sini menggelarkan nya Masjid Cina.









Tapi sayangnya, masa kitorang datang tu, masjid ni di tutup. Ianya hanya dibuka pada waktu solat sahaja. Bila selesai solat, terus ditutup dan dikunci. Jadi nya kitorang cuma dapat ambil gambar dari luar je. 


Tengok dari luar pun dah cantik. Curious nak tahu macam mana bahagian dalam nya. Hmm nak kena datang lagi nampak gayanya ni.

Kitorang sempat juga singgah sekejap di Dutch Fort (Kota Belanda). Ianya telah dibina pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah. Ianya telah musnah sekali, pada tahun 1690 disebabkan rakyat tempatan ramai yang tak bersetuju dengan cara bijih timah itu diperoleh. Namun, kota ni kemudiannya di bina semula pada 1749. Itu serba sikit la sejarah tentang Kota Belanda ni. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan negeri Perak untuk memajukan kawasan ini dan mengangkat ia sebagai salah satu tumpuan pelancongan. Dan ianya kekal sehingga ke hari ini.


Tapak Penyu Bertelur di Pulau Pangkor


Lepas dah habis belajar sejarah sikit, kita terus ke Tapak Hatcher Insitu Penyu pula untuk tengok cara bagaimana penyu penyu disini di jaga dan dipelihara oleh Pak Lang.




Pak Lang cakap, penyu ada keistimewaan dimana, dia boleh ingat the exact spot dimana dia bertelur dan akan kembali kesini setelah 20 tahun. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab Pak Lang untuk pastikan lokasi tempat ianya bertelur itu diwartakan dan takkan terjejas supaya nanti penyu tu boleh kembali kesini. Takde la dia merajuk nanti hehe. 

Usia sebulan

Usia 2-3 tahun

Seronok dengar cerita tentang penyu. Katanya, disaat telur menetas, baby penyu biasanya akan terus berenang ke laut dan berenang di permukaan air selama seminggu. Masa tempoh seminggu ni la biasanya saat genting untuk menentukan sama ada ia akan survive atau tak. Hanya 10% yang survive dan selebihnya di sambar burung ataupun di makan ikan besar. Penyu ni ada kebolehan menyimpan makanan dalam perutnya selama seminggu sebelum dia kemudiannya akan mula berenang ke dasar air untuk belajar cari nak menyorok nyorok daripada pemangsa dan untuk mencari makan sendiri.

So itulah dia, serba sedikit circle of life seekor penyu hehe. Menarik kan?

Comel comel je penyu dekat sini. Tapi tak boleh sentuh ye. Tengok je boleh. Kalau datang ke Pulau Pangkor, make sure korang singgah ke sini and say hi to penyus penyus. Bayaran masuk hanya RM5.00 sahaja.


Okay, kita sambung cerita aktiviti terakhir kita, iaitu ATV dalam entri lagi satu okay? Sebab banyak gambar nak letak hahaha. Bai bai see you!

【 Baca tentang aktiviti Feeding Hornbills dan tempat penginapan kitorang di Pangkor Village Beach Resort di post ini : http://blog.farahdafri.com/2020/08/jelajah-3-hari-2-malam-di-pulau-pangkor.html 】

Infos 

Snorkelling service 
Website : www.sfwatersports.info
Tel : 05-685 2227
email : fun@sfwatersports.info

Tapak Hatcher Insitu Penyu
Bayaran masuk : RM5

Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti Feeding Hornbills & Penginapan di Pangkor Village Beach Resort [BACA]
- Aktiviti ATV di Pulau Pangkor [BACA]

Jelajah 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai



Hello, assalamualaikum! Korang dah mula jalan jalan Cuti Cuti Malaysia ke? Ramai yang ambil kesempatan untuk pergi short vacation masa hujung minggu kan? Seronok tengok sebab dengan cara ni dapatla bantu ekonomi negara kita pulih semula. Tapi, jalan tu jalan juga. SOP kena ikut okeh?

Even masa sepanjang aku ke Pulau Pangkor minggu lepas pun, memang kemana mana kena pakai mask terutama dekat kawasan public spaces. Cuma time snorkeling tu tak pakai ler haha. Ate pelik benor nya snorkeling pakai mask. Lemas ler kawan haha.

Jelajah Pulau Pangkor kali ni, sekali lagi dibawah anjuran Gaya Travel tapi untuk trip ni, dengan kerjasama Tourism Perak pulak.

Sebenarnya ni dah kali kedua la aku jejak ke Pulau Pangkor ni. Yang first time, masa ada family day untuk staff tadika mama aku. Tahun lepas kalau tak silap. Tapi masa tu takde la explore kawasan Pangkor ni sebab masing masing sibuk dengan acara and aktiviti dengan staff je. So kalini, jom kita explore Pulau Pangkor habis habisan!

Kitorang mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi. Kemudiannya singgah untuk makan tengahari dalam pukul 1.30 petang. Teruskan perjalanan and seterusnya sampai di Jeti Marina pada pukul 3.15 petang. Asalnya kitorang nak naik feri pukul 3 petang tapi sebab kan dah tersampai lewat, makanya kena la ambil feri seterusnya.



Feri dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor ada pada setiap 1 jam kecuali pada pukul 4 petang. Sebabkan tak ada feri pada pukul 4, jadi kitorang kena tunggu next ferry pukul 5 petang.





Asalnya nak la sampai awal ke Pangkor so ada lah masa sikit untuk aktivti Free & easy, bergambar dekat resort apa semua tu kan. Tapi sebabkan tak sempat, jadi bila sampai je ke Pulau Pangkor, kami terus ke Teluk Nipah, specifically ke Sunset View Chalet untuk aktiviti "Feeding Hornbills"


Aku sebenarnya confuse sikit, hornbills ni dalam bahasa melayunya burung enggang ke burung kenyalang? Sebab bila aku google, dua dua jenis ni pun namanya Hornbills. Cuma tak pasti la spesis yang dekat sini, jenis kenyalang atau enggang. Yang aku tahu, dua dua ada paruh yang besar.


Tuan empunya chalet ni, Pak Din; akan memberikan makan kepada burung burung ni pada setiap hari pukul 6.30 petang. Jadi kalau korang nak alami pengalaman bagi burung hornbills ni makan, boleh la kesini sebelum pukul 6.30 petang okay?


Burung burung ni diberi makan pisang. Pak Din tu akan mula bersiul untuk panggil semua burung burung datang sebelum mula bagi makan. Teruja ye tengok. Aku mula nya nak la juga bagi burung tu makan tapi sebab ramai sangat yang berebut rebut nak peluang bergambar, so aku ambil gambar dari jauh jela *merajuk hahaha







Untuk aktiviti ni, tiada bayaran dikenakan. Tapi korang boleh buat sumbangan ikhlas kepada Pak Din supaya dia boleh terus dapatkan supply untuk bagi burung burung ni makan.

So apa lagi, masukkan aktiviti ni dalam list itinerari korang bila ke Pulau Pangkor. Okay?

Selesai aktiviti bagi burung makan, kitorang dah tak ada aktiviti lain dah. Cuma ada dinner &sesi karaoke je malam tu hehe. So, jom kita terus check in!


Penginapan kitorang selama 3 hari 2 malam ialah di Pangkor Village Beach Resort yang terletak di Pasir Bogak. Tak jauh dari Jeti Pangkor, dan biasanya akan jumpa resort ni dulu sebelum korang sampai ke kawasan Teluk Nipah.


Difahamkan, Pangkor Village Beach Resort ni telah lama beroperasi tapi baru sahaja diubahsuai dan dimodenkan semula. Memang cantik yee landscape resort ni sekarang. Siap ada infinity pool menghadap laut lagi. 

Tapi katanya ni baru 60% siap. Belum siap sepenuhnya lagi. Tak sabar nak tengok bila dah complete nanti. Mesti cantik sangat!



Lokasi Pangkor Village Beach Resort ni memang sangat strategik dan menarik. Bukan setakat berhadapan laut, tapi juga berdekatan dengan water sport centre. Jadi kalau korang nak buat aktiviti sukan air macam snorkelling ke, island hopping ke, senang. Tak payah nak sewa van untuk pergi tempat lain.


Biliknya pun selesa dan bersih. Ada 3 jenis bilik/chalet dekat sini iaitu Pulau Raja, Pulau Agas dan Pulau Giam. Range harga untuk satu malam bermula dari RM180 sahaja. Saiz biliknya besar, sesuai untuk duduk satu family. So kalau korang ke Pulau Pangkor, boleh la stay dekat sini. Highly recommended!





Ada banyak aktiviti menarik yang aku sempat cuba sepanjang di Pulau Pangkor termasuklah Island ride, snorkelling, ATV, lawatan ke tapak penyu bertelur dan macam macam lagi. Kita sambung dalam entri lagi satu. Okay?

===========================

Infos :

Feeding hornbills

Lokasi : Sunset View Chalet, Teluk Nipah
Bayaran : Percuma *tapi dialukan untuk beri sumbangan
Masa : 6.30 petang setiap hari

Pangkor Village Beach Resort

Lokasi : Pasir Bogak, Pulau Pangkor
Room rate : Bermula RM180+



Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti snorkelling dan tempat menarik untuk dilawati sekitar Pulau Pangkor [BACA]
- Aktiviti ATV di Pulau Pangkor [BACA]

Wednesday, August 12, 2020

Mila Coklat Oat | Minuman Oat Berperisa Coklat Sedap Untuk Diet



Aku rasa badan ni makin lama makin melebar dah. Niat nak diet tu, memang jadi tinggal 'niat' je sebab seriously weh, usaha nak diet tu bukan nya senang. Kalau boleh semua nak shortcut je kan? Sebab tu la ubat kurus dekat pasaran semua laku keras. Sebab masing masing malas nak diet, malas nak workout. Fikir nak telan ubat kurus harini, esok nak terus kurus. Tak cakap pasal orang lain, aku pun camtu. Korang pun camtu kan? eh! hahaha ajak geng pulak lol

Adik aku dulunya memang gempal, sekarang dah slim gila. Tapi dia memang all out la diet. Kalau tanya tips kurus dia, automatik ko jadi putus asa haha sebab diet and workout plan dia memang extreme. Tapi sebabkan dia sejenis yang cekal, kental dan gigih. Ha mendapat la hasilnya. Memang cantik slim ramping dah.

Dia kata, kalau nak lose weight ni, memang paling paling paling paling penting ialah, JAGA MAKAN.

Cerita pasal jaga makan, memang susah weh. Sebab biasanya makanan tak sihat ni la yang sedap dan readily available. Kalau diet, nak senang memang kena buat meal prep. Supaya menghindar diri kita daripada beli dan makan benda merepek. Bab nak meal prep tu pulak la yang malasnya hahaha. Ni la ye, manusia yang penuh dengan alasan kahkah.

Paling mencabar nak control ialah potong gula. Dalam masakan, dalam air, semua rasa nak manis manis. Kalau tak manis, automatik rasa lesu je haha. Jadi masalah sugar dependency pulak. Dah tu cemana nak diet nya weh?

Tapi haritu aku mula jumpa solusi dah untuk aku mula mula berjinak dalam dunia diet ni. Disebabkan objektif utama kita ialah untuk kurangkan porsi makanan, jadi PENTING untuk kita makan benda benda yang mampu buat kita kenyang lebih lama. so takde laa kerja asyik tercari cari benda nak mengunyah kan?



Untuk breakfast, aku ambil Mila Coklat Oat je. Senang sebab bila dah rushing, on the go or malas nak prepare breakfast, bancuh je sepaket Mila ni. Sebabkan dalam ni dah cukup ada oat, chia seed semua, memang buat aku kenyang lama sikit la. At least bila minum ni, takde dah la aku sibuk nak mentekadarah nasi lemak, roti canai segala tu. Haa setel satu masalah.

Rasa coklat padu, tak muak

Mila Coklat Oat ni sedap tau. Serious cakap. Rasa coklat tu padu. Tak rasa cair or less chocolatey macam certain chocolate drink. Walaupun ada oat, dia tak buat aku rasa muak nak minum. Sebab certain minuman berserat, aku struggle gila nak habiskan. Sebab rasa muak. Yang ni memang sedap je, sedar sedar dah habis secawan.



Rasa manis dia sedang sedang je. Takdela manis gila gila so jangan risau. Lagipun ni kira macam minuman tenaga jela, bagi kita kenyang. So takde la side effect ke apa macam ubat kurus tu. Yang menyusu pun boleh je minum sebab takde effect apa apa. 

2 minit dah setel. Tak perlu rendam semalaman



Lagipun senang Mila Coklat Oat ni, ko bancuh dengan air panas dalam 2 minit dah setel and oat dia dah kembang nicely. Takpayah dah la nak masak oat lama lama or nak rendam semalaman ke apa. Memang ngam la minum before ke kerja tu takpun bawa siap siap sepaket minum time dekat office. Setel!



Dalam sepaket Mila Coklat Oat ni cuma terkandung 110 kcal je. So okay dah tu cover untuk breakfast korang. Lagipun selain oats, ada banyak lagi bahan superfood dan yang bagus untuk nutrisi badan kita. Antaranya ;
  • Kurma
  • Badam
  • Apricot
  • Chia seed
  • Buah Delima

Oats yang digunakan dalam Mila Coklat Oat ni ialah jenis rolled oats; yang mana sangat bagus untuk kurangkan berat badan. yeay~



So ini lah dia antara inisiatif awal yang aku ambil untuk mula kurangkan berat badan. Sambil tu, kena la juga buat senaman ringan. Jangan la harapkan ubat itu ubat ini je untuk kurus. Usaha kena la seiring. Gituhh.

Mari la ramai ramai doakan aku dapat kurus selim haha. 

Jadi bagi korang yang ;

- Nak diet tapi makan sikit tak kenyang
- Cari produk yang sesuai untuk ibu yang breastfeeding
- Selalu terskip breakfast sebab takde masa nak prepare

Boleh cuba mulakan dengan Mila Coklat Oat ni dulu. Minum untuk jadikan meal replacement bagi korang kenyang lebih lama. Ambil sehari 1 sachet dah cukup. Sambil tu dapat latih diri untuk kurangkan porsi makanan. Baru la senang nak lose weight.

Yukkkk chaiyokk we can do thiss!!

Untuk order, boleh order di @allurahq
No tel. : 012-2363569

Pengalaman Rawatan Facial Rejuvenation (Profhilo) di Dr Alice Ageless Medispa




Sekarang ni, dalam industri kecantikan, dah ada macam macam teknologi canggih yang boleh bagi result almost instantly. Kalau dulu, nak cantik orang buat plastic surgery. Tapi sekarang dah ada banyak teknologi non invasive yang tak memerlukan kita untuk go 'under the knife'. Sebab tu sekarang dah mula ada banyak medi-spa dan aesthetic clinic. Banyak rawatan laser, filler dan threadlift mula diperkenalkan.

Sebabkan demand makin tinggi, jadi makin banyak la pusat kecantikan tawarkan macam macam rawatan. Tapi jangan la main bedal je. Please make sure yang therapist tu memang certified dan berlesen. Nak lagi bagus, cari tempat yang memang therapist berstatus doktor yang merawat korang.

Macam aku haritu, aku terus pergi ke Dr Alice Ageless Medispa je. Kenapa? Sebab memang yang akan lakukan rawatan keatas kita ialah Dr Alice sendiri. Dr Alice ni berpengalaman luas dalam bidang aesthetic dan dermatology. Nak lagi meyakinkan, Dr Alice dah berpengalaman selama 30 tahun yee dan merupakan seorang doktor pakar OBGYN & Cosmetics and Medical Aesthetics. 

Produk dan alatan yang digunakan untuk semua rawatan, semuanya FDA approved tau. Btw, Dr Alice Ageless Medispa ni terletak di Jalan Maarof Bangsar. Selain daripada ni, ada lagi 2 cawangan tau klink tau milik Dr Alice ni. Wuu power kan?

Total rawatan yang ditawarkan di Dr Alice Ageless Medispa ni ialah 88 jenis rawatan kesemuanya. Yang merangkumi 34 jenis cosmetic procedure dan selebihnya ialah aesthetic treatments. Kalau korang kurang faham, aesthetic procedure ni melibatkan ada kena cucuk cucuk gitu. Aesthetic treatments pulak yang contohnya macam facial gunakan machine, dan laser treatment.


Ini lah Dr Alice. Dah berusia 60 tahun ye. Tak nampak 60 punn
Pemenang Mrs. Malaysia , Priya Simmi. Dr Alice merupakan salah
seorang panel juri untuk pertandingan Mrs. Malaysia ni



Sekarang ni, di Dr Alice Ageless Medispa memperkenalkan beberapa jenis rawatan yang memfokuskan untuk renew dan glowkan kulit wajah. Rawatan ni semua diberi nama "Shine Bright series"

Antara rawatan yang diperkenalkan ialah
  • Dr Alice Gold Laser
  • Dr Alice Shine Bright Program
  • Dr Alice Facial Rejuvenation (Profhilo)
  • Dr Alice Thread Lift (Aptos threads)


Antara ke empat rawatan ni, aku di beri peluang untuk cuba rawatan Dr Alice Facial Rejuvenation (Profhilo) atau dalam terma kecantikan, macam 'filler'.



Bila dengar filler, mesti dalam kepala korang terfikir orang cucuk cucuk bagi bibir mungil, naikkan hidung, tajamkan dagu apa semua tu kan? And mesti korang fikir uihhh haram.

Okay, dari apa yang aku faham. Jenis jenis filler yang sebelum ni digunakan ialah, diorang suntik silicone. Yang mana silicone ni takkan terurai dan takkan sebati dalam kulit kita. Ni dah kategori macam masukkan benda asing dalam kulit la kan. Kalau macam ni, konsepnya memang tak boleh la. 

Macam mana rawatan ni berfungsi?


Untuk Profhilo atau rawatan yang aku buat ni, ianya ialah suntikan Hyaluronic Acid yang mana berbentuk cecair dan akan terurai menjadi collagen. Kira macam kita inject vitamin C untuk wellness juga la konsepnya. Sukatan yang digunakan pun tak sampai 1ml pun. Sangat sangat sikit tapi memberikan impak yang besar lagi lagi untuk memberi keanjalan pada kulit, minimize kan signs of aging, dan membantu penghasilan elastin. Jadi kulit automatik nampak lebih bermaya, segar, nampak lebih remaja.

Kalau korang tak tahu, Hyaluronic acid ialah bahan yang selalu ada dalam skincare kita. Banyak digunakan dalam skincare sebab sifatnya yang boleh menampung air 1000 lebih banyak dari saiznya sendiri. Jadi fungsi nya ialah untuk bekalkan hydration = air & lembapan.

So dah faham kan konsep Profhilo ni macam mana? Jadinya, objektif utama aku pilih untuk cuba Profhilo ni ialah nak kulit lebih plump, lebih hydrated, nak lifting sikit, dan nak kan lebih elastik. Bukannya nak mungil mungil haha. Doktor cakap, kalau nak mungil mungil tu, gunakan filler yang jenis untuk volumized. 

Nampak tak ada line dekat bawah mata tu? Line tu dah HILANG!

Okay, since korang dah faham konsep Profilo ni, jom aku explain sikit step by step macam mana rawatan ni dijalankan.

【Cara rawatan Profhilo dilakukan】



Yang pertama tamanya, rawatan ni melibatkan suntikan ye. Kalau korang jenis takut jarum tu, akan jadi a bit tricky. Nak pulak cucuk dekat muka yang ko boleh nampak and rasa hahaha. Agak seram tapi sebabkan aku jenis yang tak takut jarum, makanya aku chill je. 

Kadar kesakitkan ialah ... hm mild? haha. Dia agak sakit sikit masa nak cucuk local anesthesia. Awalnya memang dia sapukan numb cream dulu. Tapi gamaknya kulit aku ni tebal kot. Macam tak function je numb cream tu haha. Waktu cucuk local anesthesia tu memang terasa menusuk la kahkah. Tapi zikir dalam hati "beauty is pain, beauty is pain" hahahhahahaha lol

Sesi menanda bahagian nak dicucuk

Sebelum sesi cucuk mencucuk, doktor akan mark dulu dekat bahagian mana yang akan dicucuk. Dia akan tengok dan consult kita. Tanya apa kita punya concern dan dia akan bagi pendapat. Katanya aku punya kulit ada sediki sagging, ada line sikit dekat bahagian pipi jadi dia akan 'lift' kan bahagian bahagian yang dah 'jatuh' tu.

Bila dah lepas cucuk local anethesia, kira bius la tu. Dah mula kurang rasa sakit. Bila doktor mula cucuk Profhilo tu, aku dah tak rasa sakit dah. Sakit tu masa cucuk bius awal awal je. Lepastu rilek dah. Ada la dalam sejam macam tu rasa muka kebas je haha.



Sesi cucuk mencucuk

Aku mula mula cuak gak. Aku taknak la lift lift kang makin bulat pulak pipi aku. Sebab pipi dah sedia sedia bulat hahaha. Risau kang balik rumah Hilmi tak kenal pulak kahkah. Tapi akhirnya, hasil dia sangat mengujakan. Dengan beberapa suntikan je, automatik kulit muka dan struktur muka nampak berbeza. Instantly rejuvenate weh! Memang mind blown betul. Patutla artis artis maintain cantik je. Sebab option macam ni banyak tersedia. Tinggal sediakan duit je hehe.

keluar sikit air mata tu hahaha


So apa perubahan ketara yang aku nampak lepas 1 kali rawatan ni, aku rasa bentuk kulit aku lagi elastic, bouncy, rasa tak terlalu kering, nampak glow dan yang penting memang lifted ye. Taknampak sagging dan gelebeh haha. 





Nampak tak beza bahagian kiri dengan kanan? Belah kiri tu yang dah lepas disuntik Profhilo. Automatik lebih lifted. Nak bandingkan bahagian kanan yang nampak kusam, dan gelebeh sikit haha.

Yang bagusnya rawatan ni takde 'downtime'. Dan majoriti rawatan yang ada dekat sini less to no downtime dan no side effect. Downtime ni ialah tempoh yang mana selalunya orang kata lepas buat certain rawatan, ko takleh keluar rumah, ko kena pantang itu ini, ko takle makeup, kulit jadi menggelupas atau kemerahan etc. Haaa bila kata no downtime, maksudnya takde la masalah masalah yang macam aku sebutkan ni.

Okay semuanya dah selamat haha fuhh

So lepas selesai rawatan tu boleh pakai makeup semula dan keluar jalan jalan macam biasa. Best kan? 

Ni aku share beberapa info berkenaan Profhilo in English. Aku tak reti nak explain in Malay haha.

Benefits of Profhilo
  • Bio-stimulates elastin. 4 types of collagen and hydration in the 3 main layers of the skin
  • Provides firming, tightening and lifting effect to the skin
  • Improves overall skin quality and hydration
  • Fast and effective treatment with minimal pain and downtime
  • Provides tissue repair process, ideal for acne scarring


Btw, Profhilo ni ialah 100% pure Hyaluronic acid tau. Takde tambahan bahan bahan lain. Dan untuk pengetahuan korang juga, semua produk yang digunakan di Dr Alice Ageless Medispa ialah organik. Jadi selamat untuk semua. Don't worry, you're in safe hand gituu.

Sekarang ni bersempena promosi Merdeka, ada promosi 40% diskaun tau untuk semua rawatan di Dr Alice Ageless Medispa. Promosi berakhir 1 September 2020. Jadi kalau korang nak cuba rawatan facial ke, laser ke, ataupun Profhilo ni sendiri, boleh la cepat cepat pergi sementara tengah ada promo ni.

Rawatan Dr Alice Gold Laser & Dr Alice Shine Bright Program pun best tau. Aku tengok orang lain buat, instanly kulit masing masing glowing sangat. Jangan risau, dua ni takde cucuk cucuk pun hehe. Kalau nak baca pasal dua rawatan ni, boleh baca dekat blog diorang ni;

💛  Gold Laser : 

💛 Shine Bright :


Lagi satu rawatan menarik, iaitu Dr Alice Threadlift Aptos thread, ha ni kena baca dekat tuan empunya yang rasai pengalaman ; Bebelan Cikmin

Okay gais, kalau ada apa apa tak faham , komen je kat bawah. Nanti iols reply. Tapi kalau nak lagiii jelas, elok tanya sendiri directly dekat Dr Alice Ageless Medispa. 

Contact: 03-2095 0458 / 010-368 3521


Ageless Medispa & Clinics Sdn Bhd
      No. 257 Jalan Maarof, Bangsar Baru,
      59100 Kuala Lumpur

Alice Total Health & Beauty Specialist Sdn Bhd
      No. 62-1, Jalan Maarof, Bangsar Baru
      59100 Kuala Lumpur

Alice Total Wellness
       No. 46, Jalan Batu Nilam 21A,
       Bandar Bukit Tinggi 2,
       41200 Klang, Selangor D.E

On My Instagram