Tuesday, February 25, 2020
DR Medispa & Wellness Kajang : Hydraoxyglow C Treatment Review
Aku dah lama tak pergi buat facial. Sebab serammmm~ part nak kena picit picit jerawat tu. Lagipun orang kata, tak elok sebenarnya pergi facial and diorang buat extraction macam tu. sebab kalau tak kena cara, kulit kita boleh berparut dan lagi iritate.
Tapi, kalau kita tak extract, tak buat deep cleansing facial, macam mana nak pastikan kulit tu betul betul bersih?
Sebab, setiap 28 hari, sel kulit kita akan diperbaharui makanya, mana mana sel kulit yang dah mati, akan tersadai je dekat permukaan kulit muka kita. Sebab tu la pentingnya kita scrub dan buat deep cleansing, untuk macam bagi clear path bagi sel kulit baru kita tu bernafas.
Since aku rasa macam perluu sangat sangat untuk buat facial, aku pilih untuk pergi dekat aesthetic centre. Sebab kalau pergi pusat aestetik ni, akan consultant yang arif bab kulit dan boleh bagi kita penerangan tentang masalah yang kita hadapi and apa rawatan yang bersesuaian. Lagipun, dekat aesthetic centre ni ada alat alat canggih yang boleh treat skin concern kita tanpa bersifat kasar pada kulit. Aku pergi dekat Dr Medispa & Wellness di Kajang.
Hydraoxy Glow C facial
Since kulit aku ada parut sikit, dehydrated, dan kusam, beautician tu suggest untuk aku cuba diorang punya best selling treatment iaitu Hydraoxy Glow C. Rawatan ni sesuai untuk kulit yang bermasalah jerawat, parut jerawat, uneven skin tone, kedutan dan pori yang besar.
To be exact, function rawatan Hydraoxy Glow C facial ni ialah untuk :
➥ Sedut keluar sel sel kulit mati
➥ Bersihkan whitehead & blackhead
➥ Kurangkan pore visibility, nampak pores lagi kecik
➥ Berikan lembapan pada kulit
➥ Membaik pulih kulit dari penuaan
➥ Mencerahkan kulit
➥ Memudarkan parut jerawat dan jeragat
To be honest, lepas habis treatment ni memang terkejut sikit la tengok kulit muka merah merah, which is normal yee sebab baru lepas facial. Tapi lepas 2,3 hari , memang boleh perasan visible glow and kulit nampak lebih cerah, lembut gilos and yang penting feels hydrated. Wehoo~
Yang aku suka pasal facial dekat sini, masa nak hilangkan blackhead dan whitehead, diorang guna kan machine khas untuk sedut kotoran tu taw. Takde la force extraction sampai merah merah and pedih muka. Jadinya aku pun rasa enjoy je sepanjang facial ni.
Ini serba ringkas steps untuk Hydraoxy Glow C facial ni:
1. Bersihkan sisa makeup gunakan Face Wash Milk
2. Continue with Face Wash Cleanser
3. Lepastu steam kulit kejap untuk beberapa minit bagi pori terbuka
4. Vacuum untuk buang whitehead dan blackhead
5. Hydra - steps ni di infuse sekali dengan special serum. So kira macam apply serum tu gunakan special machine for better product penetration
6. Ultrasonic
7. Massage *wehooo yes pakej dapat massage kaki lagi taw
8. Oxy spray
9. Mask LED *yang ni depends on masalah kulit kita. Beautician akan set kan warna LED yang sesuai dengan our skin condition.
Optimum result boleh nampak dalam masa 7 hari. Awal awal tu memang nampak kemerahan sikit tapi lama lama akan start nampak significant results. Nak lagi bagus, ofcos la kena rajin buat rawatan ni secara kerap. Dekat bawah ni ialah gambar progress lepas selesai treatment ni.
Yang aku notice, perubahan ketara ialah ;
✔ Kulit lebih plump dan more elastic (since kulit well hyrdrated)
✔ Pigmentation nampak lagi pudar
✔ Tone kulit lebih cerah
✔ Texture kulit lebih lembut dan tak kasar
Sempena promosi, harga Hydraoxy Glow C ni cuma RM290 sahaja untuk 2x sesi. Kalau tak, normal price nya RM220/sesi. Yayy jimat banyak yee.
Selain daripada Hydraoxy Glow C, ada banyak lagi jenis rawatan yang ada dekat DR Medispa & Wellness ni. Ada dermapen, Galvanic facial, Hydradermabrasion facial and macam macam lagi. For full lists of treatment dan harga boleh tengok dekat sini : DR Medispa & Wellness Treatment And Price Lists
So ye kawan kawan, kalau korang bercadang nak buat facial, aku sarankan untuk korang please jadi memilih la sikit and pergi la dekat tempat yang diiktiraf. Yang mana kita yakin yang semua alatannya bersih, di sanitize, takk bercampur dan share dengan customer lain, and yang penting hygienic. Jangan fikir nak murah je, sebab risau produk dan alatan yang digunakan tu tak sesuai dengan kulit. Lagi lagi kalau korang nak buat Dermapen. Please la pergi buat dekat aesthetic centre or clinic ok?
Also, seeloknya kita rajin rajinkan pegi buat facial je kalau nak kulit bersih mulus licin. Takpayah la nak cucuk cucuk atau buat chemical peeling (aku pernah buat) sebab sakit wey hahahaha. Dah la ada downtime. Lama pulak tu. Masa aku buat chemical peeling dulu, terpaksa pakai mask dekat 2 minggu sebab muka tengah bersalin kulit hahaha. So demi kesejahteraan bersama, dan demi kulit kekal syantik, jom kita rajinkan pergi facial tiap tiap bulan.
Aku ada sorang kawan yang memang rajin pergi monthly facial. Kulit dia wooooooooo lawa gila eh. Bersih takde jerawat tak parut, macam kulit bayi. Makanya, itulah hasilnya bila kita..... RAJIN! hahaha.
Okie gais, kalau rasa nak buat facial dekat DR Medispa & Wellness ni jugak, boleh whatsapp diorang dekat number ni okie?
Monday, February 24, 2020
LookBook 002 : Salam Sayang Dari Jakarta
Haritu aku pergi Jakarta. Kalau dah ke Jakarta tu, wajiblah shopping kan? Lagi lagi bila dah jejak kaki dekat Tanah Abang. Aku pergi haritu sebab nak teman kan kawan aku je. Tapi sambil tu kita pun tumpang la ber-shopping sekali haha.
Baju ni la aku beli dekat Jakarta haritu. Aku suka sangat warna and design baju ni. Design dari segi potongan, detailing dan warna, bagi aku macam awww cantik gils! Walaupun baju ni ada design ruffle, dan labuh paras lutut, tapi tak buatkan aku nampak lagi gemuk or pendek. Cutting baju ni dapat acentuate bentuk badan dan buatkan aku nampak tinggi and slim sikit.
Kalini tone kita teal - turquoise sikit. Ini pun antara warna favourite aku, sebab aku rasa cam color ni compliment my skin color.
Top : Jakarta, Tanah Abang
Pants : Moddymy
Shawl : MahkotakuKL
Shoes : Mel & Molly (FV)
Bag : Marc Jacobs Classic Q Lil Ukita
Kasut memang rasanya korang akan perasan, ulang ulang aku pakai yang ni je sebab aku suka. Warna ceria yang naikkan mood apa apa outfit sekali pun. Love it!
Ini lah full outfit aku pakai masa pergi skin consultation di Lancome Midvalley haritu. Btw kalau korang nak dapatkan skin consultation, pergi laa. Free je. Diorang akan checkkan kita punya skin type dan korang dapat bawa balik few samples juga. Nanti aku cerita dalam entri lain.
Sunday, February 23, 2020
First Time Tengok Wayang di CGV Cinemas, Grand Indonesia Jakarta | Tandas dia lawa weh!
Bila berjalan tempat orang, sifat mengada nak cuba banyak benda tu memang tinggi ye haha. Sebabkan nak fefeeling ala local orang kata, wajib la cuba tengok wayang dekat negara tu kan? So baru baru ni aku sempat la pergi tengok wayang masa aku dekat Jakarta. Selama ni tiap kali ke Jakarta, tak pernah nak menyempat. Tapi sebabkan cerita Birds of Prey pun baru keluar, tapi aku tak sempat nak tengok time dekat Malaysia, makanya Jakarta pun Jakarta lahh.
Wayang yang aku pergi ni dekat Grand Indonesia , Jakarta. Kalau dekat Jakarta, mall ni categoriy besar dan elite lah. Dekat seberang Grand Indoesia ni ada Plaza Indonesia. Plaza Indonesia plak ala ala Starhill gitu. Mall nya tak besar sangat tapi memuatkan hanya high end brands sahaja. So nak cari LV, GUCCI, PRADA semua ada dekat sini.
Grand Indonesia ni ala ala Mid Valley la gitu. Ada brand yang middle range, ada juga high end range. Pilihan makanan pun banyak gilaaaa memang pening la nak pilih. Harga pula, lebih kurang harga dekat cafe cafe hispter kat Malaysia ni. Ranging RM10-RM25 per meal. So sepanjang dekat sini boleh la belanja pakai card je. Aku kalau pergi mall ni, aku guna BigPay je. Senang sebab memang ikut current bank punya currency. Kalau ikutkan duit aku tukar dekat exchanger, rate rupiah ialah 3.3, tapi bila guna BigPay, cuma 3.0 jurrr. Jimat banyak!
Kalau belum sign up lagi BigPay, buat la satu. Guna aku punya referral code (EC26N2E7MK) Nanti korang boleh dapat RM10 sign up bonus. Boleh guna buat beli Tealive hehe.
Berbalik kepada wayang tadi. Wayang yang ada dekat Jakarta ni yang femesnya CGV Cinema dan juga XXI Cinema. Yang aku pergi dekat Grand Indonesia ni ialah CGV Cinema.
Tandas dalam wayang pun cantik!
Haritu aku beli tiket yang mahal sikit. Since ambik hall yang katanya ada special screen tu (ScreenX) Jenis 270 degree screen, so tiket harganya Rp 70,000 bersamaan dalam RM21. Tapi bagi aku berbaloi harganya sebab seating memang selesa gila. Asalnya aku ingat pening kalau tengok jenis screen macam ni tapi takpun. Dia macam ada special effect untuk certain scene yang takkan sama kalau tengok dekat normal hall.
Bab tandas pula masyaAllah, tandas dia fancy gila eh. Biasanya tandas dekat wayang kan horror, menakutkan, gelap, terpencil dan jauh dari hall. Tapi tandas dekat wayang ni memang cantik gila. Siap ada kerusi sofa menunggu. Nak tidur pun boleh la dalam tandas ni. Aku spend masa lama jugak la duduk selfie dalam ni haha. Itupun lepas habis movie, sambung ambil gambar lagi. LOL
Kalau korang, agaknya berapa lama korang spend time nak selfie dekat sini? (aku tanya dekat perempuan je taw. Lelaki takyah jawab! haha)
Overall memang puas hati tengok wayang dekat sini. Tapi yang aku herannya, masa nak tengok wayang ni takde orang jaga pintu pun. Takde pun yang check tiket ke apa. Kau beli and literally masuk leggang je. Takde pemisah antara kawasan luar dan kawasan movie hall. Haha herannyaaaa. Kalau camni, tak beli tiket pun orang boleh masuk kan kan?
CGV Cinema x CJ Wow Shop
Btw just for your information, CGV Cinema ni ialah anak syarikat kepada CJ company yang CJ Wow Shop tuuu. Ianya berasal dari South Korea dan terdapat banyakkk cawangan di negara luar termasuk di China, Myanmar, Turki, Vietnam dan juga Amerika. No wonder laa teknologi, dan interior design dia power and cantik gila kan?
Hm bilaaa nak sampai Malaysia ni? Kami Malaysian tak sabar nak ada tandas wayang yang cantik. Tapi tula, aku risau sampai Malaysia tah amende menda pulak la 'meley' people ni vandalise kan tandas tu nanti, jahanam pulak jadinya kang.
Hm takpela, takyah la bukak kat Malaysia. Tunggu aku datang Korea pulak bulan 3 nanti ok?
Saturday, February 22, 2020
Jadi Talent Last Minute Untuk Video Shooting Luggage 'Case Valker'
Wuuuu video shooting kew sis? macam tak caya akak kau ni jadi model ye. Kemain jadi model luggage haha. Okayla okay bukan 'model', tapi 'talent' yee.
Kisahnya kawan aku (Afifah & Tia) yang dapat job untuk video shoot ni tapi since client tu perlukan lagi sorang talent and dah macam last minute, dia perlukan someone yang boleh self makeup. Makanya kawan aku pun suggest la nama aku. Kebetulan pulak memang tengah free, kita onz jelaa (p/s : lagi pun dapat payment haha)
Awal awalnya person in charge tu salah bagi info dekat aku. Rupanya call time pukul 1 tapi dia cakap dekat aku pukul 12. Punya lah aku gelabah drive cemgila sebab takut lambat. Alih alih bila sampai, orang lain pun takde lagi haha. Pishang juga la nunggunya sebab last sekali turn aku dalam pukul 5 camtu. Ko bayangkan la aku sampai pukul 12 kot haha. Tapi bila dekat situ tak perasan pulak dah berjam jam aku memisangkan diri. Sedar sedar dah pukul 5. Turn aku pulak yang paling last. So bila scene aku dah setel, ciaooo terus balik.
cubaan makeup mengikut tema warna |
Masa pr tu contact aku, memang dia dah assign siap siap warna luggage yang aku kena represent. Aku dapat warna orange. Memang betul betul ikut tema Shopee ni hahaha. Dia siap pesan lagi suruh aku makeup ikut tema, so menggigih juga la aku siap awal pagi tu, buat eyeshadow warna orange. Nasib baik cantik. Aku puas hati jugak hasil tangan aku makeup haritu, sebab makeup tahan sampai ke petang. Tiba tiba terer pulak aku makeup hahaha. Kalau tak belum apa apa dah comot huhuhu.
So konsepnya untuk shoot video ni, aku punya tema since warna orange kan warna yang bright dan ceria, jadi tema aku "JOYFUL". Bila kata joyful ni boleh agak la kan pose macam mana aku kena buat? Kena sengih luas luas, muka banyak happy dan kelihatan bahagia haha. Tapi tak jadi masalah la aku nak buat pose camni, sebab aku kan power bab memalsukan kebahagian haha tiberrrrr~
Overall, it's a great experience. Mana tahu lepasni boleh berlakon iklan raya TNB ke PETRONAS ke kan? Aminnn haha. Tapi memang jujur la nak cerita, dari aku zaman sekolah lagi aku teringin nak berlakon iklan hewhew. Kira ni titik permulaan la ye dak? acecehhh.
Hasil video ni nanti kalau dah siap and kalau muka aku tak menjijikkan (hahaha) , aku share. Kalau macam aku rasa HMMMMMM...... ko pepandai la cari sendiri nanti. Plus aku tak sure sebenarnya video ni untuk apa. Untuk iklan youtube ke, fb ads ke, iklan tv ke, tak pun takat product showcase video untuk website. Yang penting, deme bayar la ye hahaha. wah pandai demand dah sekarang ye? Diva nyaa awak haha.
Luggage ni ada 7 warna semuanya. Tapi aku rasa orange ni memang sesuai sangat dengan character aku. Korang setuju tak?
p/s : lepas shoot, masing masing dapat bawak balik luggage sebijik sorang. yayy ada luggage baru! aku dapat size paling besar. agaknya dia bagi ikut size badan kot haha.
LookBook 001 : Bright Happy Hued Outfit
Demi menggalakkan diri rajin buat entri, kita buat la segmen fasyun fasyun sikit haha. Boleh kan? Since ni pun aku pun tengah cuba nak build confidence, nak mula belajar bergaya sikit, dan nak mula tambahkan warna warni dalam kehidupan sebab asyik pakai jubah hitam je. Alang alang tu buat post, boleh la kot kot jadi rujukan korang untuk membeli belah hewhew.
Outfit ni aku pakai masa video shoot untuk Case Valker haritu. Boleh baca entry aku pergi video shooting tu dekat sini ; VIDEO SHOOTING LUGGAGE 'CASE VALKER'
Top : Padini
Skirt : Zalia Mermaid Dress (Zalora MY)
Shoes : Mel & Molly (FashionValet)
Bag : Myeongdong Market, Seoul
Shawl : beli dekat uptown kot? haha
Luggage : Case Valker [Hana Signature]
*// I'm 158cm and wearing L-XL //*
Aku suka skirt Zalia ni. Asalnya sebab aku tengok kawan aku pakai, lawa la pulak. And since Zalora ada sale, kita try beli satu terus hehe. Cantik kalau pakai dekat boots and lagi cantik kalau korang tinggi haha. Kalau korang nak jugak satu, ni link nya Zalia Mermaid Skirt
Aku sebenarnya suka juga warna oren or kuning. Macam kena dengan jiwa aku. Tapi warna warna yang aku suka elak biasanya warna hijau dengan purple. Taktau apasal aku rasa macam tak cantik pakai dua warna ni haha.
Korang macam mana pulak? Suka tak warna warna terang macam ni? Tapi kadang warna macam ni pun ada jenis tone yang kena padankan dengan warna kulit juga. Kalau oren or kuning terang benderang silau mata tu, memang tak la aku nak pakai haha.
Friday, February 21, 2020
Cuba Spa dan Massage di Jakarta pulak | MOZ5 Salon Muslimah
Baru je haritu cerita pasal aku ambil pakej massage home spa kan? Ha tapi kalau bab pampering session ni, sikit sikit mana cukup. Kan kan? haha.
So masa aku pergi Jakarta haritu, KakSyaf ajak pergi spa. Ala ala girls day out pampering session la gittew. And macam memang jadi rutin kot, tiap kali aku pergi Jakarta, mestiiii nak pergi spa diorang. Kenapa? Sebab dekat sana murah gila oi.
Sebelum ni dah macam macam spa kitorang pergi. Tapi kebanyakannya jenis yang dekat dalam hotel. Tapi kali ni kitorang decide untuk cuba spa lain pulak. Kitorang pilih MOZ5 Muslimah Salon. Salon ni bukan kaleng kaleng ye. Dia ada banyakkkk cawangan di sekitar Jakarta dan Indonesia. Even dekat Sumatera, Jawa Barat dan Kalimantan pun ada. Power kan?
Since dia fokuskan untuk muslimah je, jadi kita pun rasa selesa nak dapatkan rawatan dekat sini. Basically dekat sini ditawarkan top to toe treatment. Nak buat rawatan rambut boleh, untuk badan boleh, untuk muka pun boleh. Haritu kitorang pilih untuk massage dan buat rawatan rambut. Pakej yang kitorang ambik ialah Lulur Kireina dan Hair Spa.
Untuk Lulur Kireina ni dah termasuk dengan ;
❏ Full body massage
❏ Body Scrub
❏ Body Mask
❏ Sauna
❏ Hot Stone Massage
Untuk Hair Spa pulak complete dengan ;
▣ Hair wash & blow
▣ Hair Mask (aku pilih Chocolate. Sampai ke Malaysia kepala aku bau coklat haha)
▣ Hand scrub & massage
▣ Back Massage
▣ Hot Stone back massage
▣ Head Massage
Kisahnya masa aku dekat Jakarta tu aku demam. Badan pun dah start seram sejuk and tak berapa nak sedap. Lepas je pergi massage ni, fuh terus sihat wey hahaha. Betul betul bertenang dan nikmatnya dapat manjakan diri macam ni.
Kalau nak kirakan dari segi fasiliti, MOZ5 ni biasa biasa je. Tapi selesa. Dan yang penting therapists dia semua gentle, and best best. Cara dorang bekerja tu ko boleh rasa diorang ikhlas haha. Takde la nak urut ganas ganas macam nak marah. Padahal masa tu aku ni customer ke 4 yang dia urut haritu. Gila kau, kalau aku barai dah penat.
Dekat situ memang ramai betul customer keluar masuk. Tapi yang bagusnya MOZ5 ni ada banyak cawangan and lokasinya pun macam dekat dekat jugak la. So kalau sini full, boleh pergi cawangan lain. Yang aku pergi ni dekat Cempaka Putih, Jakarta Pusat. Since kitorang dari kawasan Tanah Abang, jarak nak ke sini dalam 9km je. Cumanya, ko paham paham la Jakarta kan. Takat 9km tu makan 20 minit jugak nak sampai hehe. Tapi apa apa pun, memang puas hati. So kalau korang ke Jakarta and rasa macam nak manjakan diri, boleh la cuba ke MOZ5 ni.
Btw, haritu dia siap bagi free gift metal straw ni. Rezeki! Sebab aku memang plan nak beli hehe. Alhamdulillah.
So overall memang asyikkk lah spa treatment dekat sini. Highly recommended. Surau pun disediakan. Dan nak kesini by Grab pun senang je. Belah belah luar pulak banyak gila street food. So keluar je lepas berurut tu, pekena pulak satay padang, indomie goreng, es jeruk sama pisang bakar keju, fuhhhhh nikmat!
Monday, February 3, 2020
Our Weekend Story : Couple Mobile Spa Package Kayu Manis Spa
Aku dah lama plan nak bawa Hilmi untuk pampering session. Tapi susah la nak dapat spa yang ada tukang urut or therapist lelaki. Majoriti memang perempuan je tukang urutnya. Gilo kau takkan nak bagi perempuan urut laki aku hahaha.
Sebelum ni aku pernah survey dekat Healthland. Katanya ada tukang urut lelaki. Tapi sampai sudah tak nyempat nyempat nak bawa Hilmi pergi. Asyik takde free time je padahal dua dua kerja dari rumah je haha. Dah payah payah sangat, kita ambik je pakej mobile spa. Sesejak sekarang dah femes konsep mobile spa ni, makin banyak la spa yang offer service camni. Dan berita baiknya, banyak spa dah mula ada tukang urut lelaki.
Aku ambik Pakej Arjuna dari Kayu Manis Spa. Pakej ni khas untuk couple. So akan ada dua therapist (lelaki & perempuan) yang datang ke rumah. Dalam pakej ni termasuk
✰ Foot Spa
✰ Aromatheraphy Body Massage
✰ Foot Reflexology.
✰ Foot Spa
✰ Aromatheraphy Body Massage
✰ Foot Reflexology.
Bagi aku, mobile spa macam ni memang convenient gila lagi lagi untuk ibu ibu yang busy dengan anak and tak sempat keluar rumah. Panggil je orang untuk datang kat rumah. Sebelum ni aku selalu nampak iklan 'Sentuh' keluar dekat instagram. 'Sentuh' ni pun kira satu brand home atau mobile spa la. Diorang akan datang kat rumah kita and siap setup cantik cantik ala ala dekat spa. Pernah la juga terdetik nak booking dengan diorang tapi nak dijadikan cerita, aku menang Lucky Draw masa Guardian Healthy Beauty Retreat dulu. Dapat 2D1N stay dekat Avillion Port Dickson dan juga pakej massage couple daripada Kayu Manis Spa. Dah alang alang ada free voucher, kita guna lah kannnn?
Asalnya appoinment aku pukul 2. Tapi dah pukul 2 lebih orangnya tak sampai sampai. Call pun tak. Ahsudahh. Pe cita? Tapi bila dah sampai tu dia explain and cakap jalan jammed and ada jalan tutup lepastu kena reroute blabla plus diorang datang all the way dari Kajang ke Shah Alam. Makanya aku pun chill la. Lagipun therapist tu (Rizki namanya) explain dengan berhemah. So aku pun sojuk hati.
Asalnya aku siap bentang tilam bagai laa untuk urut ni, rupa rupanya diorang siap usung portable massage bed lagi haha. Best sikit la massage atas katil tu. Lagipun memudahkan tukang urut tu nak bergerak.
semangat aku bentang tilam segala haha |
Diorang mulakan dengan foot spa. Rendam kaki dalam air rendaman bunga dan limau. Lepastu dia siap scrub dan buat foot massage sikit. Wuuu nikmat gilaa. Aku pilih untuk buat dekat dalam bilik. Hilmi asalnya nak buat dekat ruang tamu, tapi lepastu tukar dalam bilik office pulak. Diorang setting tempat memang baekk punya. Siap ada scented candle, dengan music spa lagi. Sebelum tu dia ada hidangkan teh halia. Masa dia urut tu aku tahan je nak terkentut hahaha. Bila dorang dah balik, main lawan lawan kentut pulak dengan Hilmi wakakakaka.
Overall aku puas hati laa sesi ni. Tanya dekat Hilmi pun dia kata puas hati Rizki tu urut. so kalau korang yang lelaki tu rasa macam nak relaxing massage, boleh la contact Kayu Manis Spa. Rizki kata ada 2 orang tukang urut lelaki. So kalau nak, kena buat advanced booking.
Bagi isteri isteri yang agak agak takde idea nak hadiah kan apa untuk husband korang, apa kata belanja dorang satu sesi pampering macam ni. Kadang kadang lelaki teringin juga nak fefeeling spa ni hahaha.
*pakej yang ni harganya RM358 untuk 2 orang tak termasuk transportation ke rumah.
*pakej yang ni harganya RM358 untuk 2 orang tak termasuk transportation ke rumah.
Related search : tukang urut lelaki selangor, tukang urut lelaki datang rumah, tukang urut spa, pakej spa selangor, pakej spa kl, pakej spa datang rumah selangor, mobile home spa selangor,
Saturday, February 1, 2020
Shopping Bijak : Easy Magic Mop
Hello korangg.
So aku nak start dedikasikan segmen 'Shopping Bijak' ni untuk aku share segala mak nenek pembelian aku secara online dan offline yang aku rasakan bijak, bermanfaat dan murah. Supaya aku boleh hasut korang untuk terjebak membeli juga hahahaha *gelak keji
Kadang bila layan Shopee boleh jadi gila ye. Segila kau masuk kedai Eco Shop RM2.10 tu. Semua benda kau rasa nak. Semua benda kau add to cart. Tapi bezanya zaman bujang dengan zaman dah kahwin ialah, sejak dah kahwin ni, kau cenderung membeli barangan bersifat untuk memudahkan kerja kerja harian kau jee. Periuk la, penyapu la, vacuum la, tempat sidai kain la hahahaha boleh relate tak?
So kalini, aku cari sesuatu yang mudahkan kerja kerja aku ngemas rumah. Aku memilih ;
Aku selalu rasa malas nak mop sebab aku geli nak kena perah mop tu. Walaupun ada tempat untuk perah air mop tu, tapi tetap rasa conventional mop ni berat, leceh nak simpan, susah nak keringkan and bau hapak.
Makanya bila aku jumpa Easy Magic Mop ni dekat Shopee, automatik aku rasa "UWAHH SMARTNYE MOP NI"
Tersedia dengan dua compartment untuk bahagian 'wash' dan 'dry'. Part wet tu kita isi lah dengan air bancuhan pencuci lantai. Bahagian dry pulak untuk kita squeeze lebihan air supaya bila tarik keluar tu, takde la meleleh leleh dan kerja kerja pengemopan pun boleh dibuat dengan lancar.
Asalnya masa dapat natang ni, dia tak bagi manual pun. Maka jenuhla aku bukak semula page seller ni dan zoom satu persatu gambar mop tu untuk aku pasang. Dah lepas pasang mop, aku murung pulakk nak sumbat mop tu kat dalam bekas tu tak muat. Dia jadi macam tersangkut dan kain lapik mop tu tercabut.
uwahh maka aku pun start nak mengamukk.
Bermacam perkara bermain di benak fikiranku
"Adakah aku sudah di kencing?"
"Adakah pembelian aku kali ini tidak bijak?"
"Natang ni rosak ke?"
Disaat aku celaru dan rasa nak tukar rating di shopee kepada -3, tiba tiba aku perasan ada macam tempat untuk sangkut kain tu dengan kemas. Kahkahkah.
Masukkan dekat tempat sangkut tu baru la tak tercabut bendanya |
Setelah dipasang dengan teliti dan kemas, akhirnya mop ni berfungsi dengan jayanya dan kalis cemuhan daripada aku.
Aku pun happy dan berkata "Wahh smartnya pembelian aku kali ini"
Dan sejak hari itu, aku pun rajin mengemop.
But seriously, mop ni memudahkan kerja aku. Ringan, dan senang nak simpan sebab bendanya ramping ramping. Takdela makan space macam baldi besar besar tu.
boleh gantung juga, and senang lipat |
So kalau korang nak beli jugak, boleh beli dekat link ni :
Selamat membeli belahhhhh~
Subscribe to:
Posts (Atom)