Butterfly Project x ALTHEA Christmas Party 2018

Saturday, February 2, 2019
Butterfly Project x ALTHEA Christmas Party 2018 | Sejak aku join Butterfly project punya community, aku rasa macam dah tak terkira dah berapa kali party/celebration diorang buat. Tapi before this baru sekali jela aku join. Masa tu ada celebration Anniversary Butterfly Project yang ke - 5 bertemakan UNICORN! (Baca dekat sini : http://blog.farahdafri.com/2018/05/the-butterfly-project-turns-5-unicorn.html )




So, sebabkan dah pernah pergi Unicorn party tu and memang dah tahu setiap kali Butterfly Project buat party mesti BEST! Makanya, aku pun menyibuk nyibuk juga la join Christmas Party diorang wehoo. Nak jadikan lagi best, party kalini kolaborasi bersama ALTHEA KOREA! wehoo lagi sekali!

Tema Christmas Party ni ofcos lah bertemakan Christmas. Aku takde idea betul la bab bab dress up ni. so yang aku boleh fikir, pakai ikut party color code (Pink) & pakai accessories yang ala ala Christmas. Memula aku fikir nak pakai jambang Santa tu je tapi macam payah pulak nak makan ke apa kan haha. Last last aku pergi S&J, beli headgear (cekak) ada tanduk rusa ni. Comel pun comel. Senang nak pakai dengan tudung. Harga dalam RM5.90 kalau tak silap aku. Lupa dah (*tula lain kali jangan lambat lambat tulis entry hewhew*)




Aktiviti? Ofcos lah banyak! Tak sempat nak rasa boring or nak acah acah melayan perasaan tepi tingkap pun sebab banyak gilaaaaaaa aktiviti! 

my 'i'm ready to have fun' face


Activities @ Butterfly Project x ALTHEA Christmas Party 2018

Mari kita senaraikan .

1. Claw machine!


Ini seronok! Tak pernah dalam seumur hidup aku, berjaya tangkap sesuatu daripada claw machine ni haha. Aku rasa dia dah set kan difficulty level untuk infant kot kahkah. Sekali sauk dah dapat uols! Hadiah yang aku menang daripada claw machine ni : Discount voucher code + sample Althea Bare essential . wehoo!

2. Photobooth!



Sekarang dah jadi trend untuk party mesti ada photobooth. Baru lah best kan! Yang lagi best photobooth daripada TAGBOOTH ni ada sticker tau. so boleh customize kan gambar tu, letak sticker , cantik cantikkan lepastu boleh print. Soft copy pun diorang hantar dekat email. Aku suka gambar daripada TAGBOOTH ni sebab kulit nampak smooth, cantik je. Tak overexpose & gambar bila dah print jelas and cantik. And yang lagi penting kertas guna untuk print gambar pun tebal & high quality.

3. Dessert Table!


Beautiful dessert table setup from AskJoey . Dessert semua comel comel. Setting pun comel. Warna warna pastel semua. Sebabkan terlalu comel, rasa takut nak makan . Takut menjejaskan kecomelan dia tu haha . Sebabkan aku takut takut nak makan, tengok tengok dah habis dah orang sebat. Tak merasa sebijik pun. Tapi diorang semua cakap sedap! Ala ni yang sedih ni. itsokay lah yang penting ada gambar satu dekat sini.


4. Best dressed competition

Ofcos la aku tak menang. Takde harapan dan tak tercalon langsung la hahaha. Pemenang pemenang best dressed ni pun semuanya memang LAYAK menang okay? Effort diorang memang A ++++++++++ . Daripada rambut, baju, makeup semua ikut tema. 

Kak Ayue salah sorang yang menang. Tengokla effort dia. Baju buat sendiri weh! power power

---------------------------------------

Habis part aktiviti, kita cerita pula pasal apa lain yang best sepanjang "Butterfly Project x ALTHEA Christmas Party 2018" ni .



Cute cafe interior & food!

Party kali ni buat dekat ChubbeeCloud cafe. Dekat area Uptown Damansara. Interior dia comel gila and their signature prop is this BATHTUB!



Yas, ekceli kalau hari biasa aku tengok ramai orang masuk dan bergambar duduk dalam bath tub ni, tapi sebabkan masa event ni, dekat bathtub tu ada banyak kotak Althea, so tak boleh la masuk. Kita bergambar tepi bathtub je ok?


Dekat sini signature drink dia milkshake ala ala dreamy gila ni (Magical Mericorn Milkshake). Comel kan! Siap ada mermaid tail. Kisah sedih pasal air ni ialah, beberapa saat lepas gambar ni diambil, air ni tumpah atas peha aku hahahahaha ok sadisnya! Yang penting gambar dah ambil lol. Nasib baik aku pakai seluar hitam masa tu. Kalau tak, dah balik terus kot haha .



Makanan pula aku order toast. Aku tak ingat exact name dia apa. tapi dalam ni ada kimchi dengan ayam. sedap! 



ChubbeeCloud punya specialties selain daripada cute cafe & cute drinks, diorang ada buat Customize Marshmallow! Yassss ini siap boleh letak gambar muka kau terus atas marshmallow tu. Comel gila! mula mula taktahu pun ada dapat ni. Tiba tiba tengok dalam goodie bag rupanya setiap sorang dapat satu. And dorang yang pilih gambar randomly daripada IG kitorang untuk print atas marshmallow tu. Nasib baik dia pilih gambar lawa haha . Ni pon satu hal lagi, dah buat comel comel camni, macam mana nak makan???? *serba salah*


Kalau nak order juga satu macam ni, order online dekat sini: https://www.chubbeecloud.com/products


Lots and lots of goodies from ALTHEA KOREA!

Haih Althea ni sentiasa pemurah. Dia suka buat aku jadi stress sebab dah tak ada tempat nak letak semua barang barang dia bagi ni atas vanity table. Sebab semua best. sebab semua nak guna. So sebab tu kena letak atas meja. Tapi dah penuh meja tu ha! hahaha 

Thank you so much Althea for spoiling me! Kali ni, tak ada kompromi ye. Dia memang manjakan kitorang kaw kaw. Tengok lah apa yang masing masing dapat bawa balik :





Product lists : 
✨ Althea Pore Purifying Serum Cleanser
✨ Althea Real Fresh Skin Detoxer (Rose)
✨ Althea Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea)
✨ Althea Petal Velvet Sunaway
✨ Althea Petal Velvet Powder


Yang bestnya, just right on time je aku dapat lagi Althea Sunaway ni sebab aku punya dah nak habis hehee. Sayang ALTHEA!


Masa ni juga, Althea buat preview untuk newly launched concealer diorang. Masa ni masing masing dapat swatch , and tengok consistency concealer tu macam mana. Aku ada try tapi tak ambil gambar pulak masa ni. Not bad! Tapi sebab aku seorang yang jenis tak reti nak conceal sangat, so aku takpakai concealer masa makeup. But for the sake of review, nanti aku nak try beli satu and cuba. Lagipun murah gila kot, cuma RM15 je! Ada 4 shades -- #01 Vanilla (Pink beige #21), #02 Ginger (Warm ivory #21), #03 Honey (Warm peach #23-#25), #04 Mocha (Deeper yellow #30) . So rasanya skin tone orang Malaysia ngam ni. Masa newly launched haritu ada promo BUY 1 FREE 1 tapi sorry awak, saya lambat update sobs. 




-----------------------------------------



Overall, i'm having so much fun! Aktiviti semua fun! Makanan semua sedap! Party flow pun lancar. Thank you so much for inviting me Butterfly Project & Althea! Special thanks to Tammy & team for making this happen.  Nanti ada party lagi jemput I tau heeee ❤


Post a Comment

On My Instagram