Kalau perasan dekat Guardian dulu ada cosmetics jenama Lakme. Lepastu after awhile macam tak nampak. But now, diorang dah buat come back dekat Malaysia. Dengan lebih banyak SKU yang menarik & best.
Haritu dapat invitation daripada Guardian untuk sesi table taalk bersama Lakme Malaysia. Biasanya pergi event jumpa kawan kawan blogger je, tapi kali ni ada few MUA juga hehe. Seronok pulak bila ramai ramai daripada beauty background, berkumpul buat table talk. Banyak dapat share pasal skin care & makeup. Helok sangat untuk orang noob macam iols ni.
Ni first time aku cuba produk daripada Lakme. Selalu dengar orang cakap Kajl/eyeliner dia best. Tapi haritu macam macam produk Lakme aku dapat try, bukan setakat eyeliner je. Daripada base (primer), foundation, lipstick, compact powder semua aku sebat try punya pasal haha .
Sedikit info tentang Lakme :
- Merupakan produk keluaran bawah syarikat Unilever
- Diasaskan pada tahun 1952 (hui lama belum merdeka lagi kita)
- Banyak gunakan face off daripada India tapi sebenarnya bukan jenama dari India
- Antara selebriti femes yang gunakan Lakme ialah Kareen Kapoor
- Lakme selalu anjurkan fashion show; Lakme Fashion Week iaitu fashion week yang paling dabomb dan terbesar di India
- Total SKU produk Lakme ialah 127 (ranging from lips,face, eyes and nails products)
- Dibawah Lakme, ada 3 series yang dikeluarkan , depending pada occasions : ABSOLUTE, 9TO5 & CLASSICS
Sejujurnya cakap, produk Lakme not bad tau. Quality dia beyond expectation. Kalau eyeshadow tu, warna memang melekat dan tak cepat fall off. Untuk lipstick pulak very buttery . And primer dia memang betul boleh hold makeup untuk tahan lebih lama!
Antara Lakme punya cosmetics SKU |
Demo makeup |
Masa table talk session ni, ada demo make-up juga. So dapatla tanya 1-2 soalan pasal makeup time ni. Tapi aku lupa dah amenda aku tanya masa tu haha
Aku sebenarnya tak reti sangat nak review makeup ni. Banyak review skincare je but you got the point. Haritu Guardian ada sediakan satu challenge untuk kitorang cuba create satu makeup look menggunakan apa apa produk Lakme yang ada masa tu.
Famous MUA ; Ayang Kamel makeupkan adik yang jadi barista dekat cafe ni hehe. And Ayang menang this challenge! |
Masa tu lah first time cuba satu satu produk Lakme ni . Lepastu terkejut
"uwah bestnya lipstick dia, color cantik!"
"hey. eyeshadow ni pun cantik. tengokla warna purple dia, lawa! Biasanya susah tau nak jumpa warna purple macam ni" blablabla
Last last orang lain dah habis makeup, aku tak habis lagi hahaha sebab sibuk main swatch swatch. Makeup look nya entah kemana.
Aku suka gila warna yang bottom left dekat palette tu. Memang guna untuk daily makeup sekarang |
Palette yang ni pun cantik! Purple tu lawa gila weh |
Tengokla warna dia tu . cantik! |
hello kakak @makeupbypapot at the back |
Last last, aku cuma add on lipstick sikit, eyeshadow & blusher haha sebab malas nak remove makeup. Tapi tengokla tu warna lipstick dia! Cantik weh!
Guardian x Lakme was so nice and even give me some of their products to bring back home. Weuuu bestnya!
Dalam goodie bag ni ada gabungan barangan daripada Guardian dan juga Lakme. Gambar unboxing takde pulak sebab semua dah bukak gelojoh gelojoh time dah sampai rumah hahaha . Thankyou Guardian & Lakme :D
Nanti kalau rajin aku buat post untuk review satu satu produk Lakme yang aku dapat ni k. Mohon doakan kerajinan aku ni datang bertalu taluuu amin.
So, sekarang dah tahu kan Lakme ni best? Boleh pergi Guardian & cuba ya. Aku sendiri personally suggest untuk korang try dia punya primer & eyeshadow palette tu. Serious best!
1 comment
wah cantik jugak ya :D macam best plak brand ni
ReplyDelete