The Butterfly Project Turns 5 : Unicorn Themed Birthday Party!

Monday, May 14, 2018



Seumur hidup aku, rasa macam boleh kira je berapa kali aku attend birthday party. Kenapa boleh kira? Sebab macam tak ramai pulak orang yang aku kenal ni buat birthday party . Takpun, diorang ada buat tapi diorang yang tak jemput aku kot wakakaka sedih . Setelah berumur 20 plus plus ni , finally dapat invitation untuk birthday partayyy!


Hip hip hurray!

Yang specialnya birthday party kali ni , bukan nya meraikan 'orang' tapi sebaliknya celebrate birthday The Butterfly Project Malaysia community yang ke 5! The Butterfly Project ni (diasaskan oleh Mamasan , Tammy Lim) ialah satu komuniti khas untuk para blogger dan vlogger. Aku join komuniti ni macam dah 2 tahun dah . Cuma tak pernah lagi dapat rezeki nak join event diorang . Ni first time lah ni . Alhamdulillah seronokkkk sebab dapat kenal kawan baru & dapat jumpa depan depan blogger/vlogger yang selama ni mampu stalk dari jauh je hahaha .

Antara blogger yang selama ni aku dok stalk dari jauh je ialah Iman (Blog : http://imanabdulrahim.blogspot.my/)  . Suka tengok insta story, insta feed, blog and twitter thread yang dia buat . Sebelum ni ada jumpa Iman dekat event lain tapi sebab dia bawak Maysaa so macam tak dapat nak borak sangat sebab dia busy nak jaga Maysaa. Kali ni dia datang sorang je, so sempat lah borak borak lebih sikit . Sempat selfie sekeping dua jugak ekekeke . 



Masing masing yang datang semua nya cantik cantik dan bersungguh dress up ikut tema 'Unicorn' . Memang bila kata bersungguh tu , memang literally bersungguh! Top to toe, from their hair, makeup, outfit semua ikut tema . Aku rasa macam left out gila sebab cuma mampu pakai baju ikut tema warna pastel je hahaha . Few days before event tu, ada lah jugak aku search dekat Youtube, tutorial buat tanduk unicorn tu . Tapi seorang Farah yang pemalas , can't make up time to do that so , datanglah seorang Farah ke parti hari jadi unicorn tanpa unicorn horns hahaha . Apa pun yang penting, i had fun!


=====================================

Activities at the party!

nampakk tak semua busy having fun? hehe

Party ni diadakan di Wondermilk cafe Damansara . Dah lama gila tak pergi Wondermilk ni. Last time pergi masa 3,4 tahun lepas kot. Time intern diploma dekat Damansara Jaya . Ingat lagi dulu , balik kerja je gigih pergi Wondermilk. Kemaruk beli cupcake red velvet . Sekarang tengok red velvet pun tak selera dah hahaha . Dulu je ada obsesi melampau terhadap cupcake. Sekarang tidak lagiii .

Check point card . Photo  : Eros

Masa awal awal sampai dan time register, semua dapat satu 'check point card' . Dekat card ni ada senarai aktiviti yang kitorang boleh buat sepanjang majlis berjalan . Antaranya :


1. DIY Unicorn Balloon .


Photo credit : Eros 

Yang ni , kitorang diberi peluang untuk warna kan balloon tu gunakan magic color pen . Lepas dah siap color tu , pukul balloon tu kuat kuat and within minutes, balloon tu akan auto-inflate sendiri. Takpayah nak tiup ke , pam ke . Automatik je . Aku ada tanya gak, cemana belon tu boleh auto inflate? Dia kata sebab ada chemical reaction antara lemon dengan apa ntah dalam balloon tu . Gitu kekdahnya . Backyard science gitu hehe .


Aktiviti auto-inflate balloon ni ialah vendor yang sama yang sponsor untuk decoration balloon lain yang ada dekat party ni iaitu BRRRLOON . Kalau nak custom made balloon ke apa, for any occassions semua diorang boleh buat . ahmazingg



Balloon yang cantik ni pun diorang yang buat jugak


For more info :

Blok Gurney, Unit G-1-2, Plaza Arkadia,
No.3, Jalan Intisari Perdana,
Desa Park City, 52200 KL
Hubungi No. 018-2777130



2. Flower Bar



Second activity ialah ,flower bar! Dekat flower bar ni ada macam macam jenis bunga. Kena pilih 2 kuntum bunga, dan lepastu florist tu akan gubahkan jadi one mini bouquet . Lawa gila tauu . Rasa eksaited & terharu dapat bunga macam ni (walaupun hakikatnya, pilih sendiri haha) .



Ni ada dua sebab Iman punya haritu florist terlepas pandang . So diorang buatkan yang baru tapi Iman tak sempat nak tunggu sampai bouquet dia siap and dia suruh aku ambikkan on her behalf. Sampai kering dah bunga tu dekat rumah ni . Tak dapat nak bagi lagi dekat dia heheheww

Flower Bar ni specially sponsored by Everyday Flowers 

p/s : diorang ada banyak buat customized bouquet dan ada delivery sekitar Lembah Klang. Rasa rasa nak buat surprise hantar bunga ke apa, boleh order dekat diorang ni . Hasil gubahan semua cantik cantikkkk


3. Unlimited Photo Prints @ Photobooth



Apalah ertinya majlis dah meriah meriah, gambar nya takde. ye dak? Best gila bila ada photobooth daripada GNG Studiobooth . Aku suka gambar diorang ni sebab jelas, lighting lawa, template gambar pun cantik . Siap boleh buat boomerang , send dekat email . Prop yang disediakan pun high quality , and cantik cantik . Bukan yang jenis murahan kertas tampal dekat lidi tu je ye haha . 

GNG Studiobooth's crew . Photo : Eros




4. Adopt a Unicorn!



Masa diorang announce activity adopt unicorn ni, aku ingatkan dapat sejenis binatang ke apa hahaha . Kot la dapat anak ayam yang warna warni tu ke kan . Tapi sebenarnya, kitorang dapat cute unicorn mug! Siap ada certificate lagi and pilih nama . Comel! Sayang nak guna. Buat hiasan atas meja je hehee .





Kalau rasa nak dapatkan mug ni , boleh beli di

50GRAM



=============================================





Another best thing about party is -- GOODIE BAG!

Ohmai goodie bag yang dapat ni bukan letak jajan jajan,tora ke ding dang ke, biskut jagung ke apa ya. Tetapi , dilimpahi pelbagai beauty stuffs yang best tak terucap dengan kata kata ekekek . Penuh satu bag barang barangnya. Pulak tu, letak dalam paper bag unicorn pulak . Sho cute!

What's in the unicorn bag?





1. belif Malaysia Best Sellers On-The-Go RM89. 
Available at belif Malaysia stores. 

2. Dear Beaute (Japan) Himawari Hair Care Samples. 
Available at Watsons & Sasa Malaysia. 

3. Koji Dolly-Wink's Eyelashes. Price: RM58.90 
Available at Watsons & Sasa

4. NYX Cosmetics Malaysia Vivid Brights Eyeliner (Blossom) RM30  and Lip Of the Day Liquid Lip Liner (Cherished) RM35. 
Available at NYX Stores 

5. Wanderlust Things Unicorn Necklace RM14.90. 
Available on:




Thanks The Butterfly Project for having me. Seronok dapat jadi part of this amazing community. Get to know new people, dapat belajar banyak benda baru, dapat kongsi kongsi pengalaman and banyak lagi . Kesimpulan dia, I had so much fun during the party . Everything is great! The ambience, the decoration. Cuma space je limited and nak makan kena selit selit duduk haha but itsokay . Tetap best .

Happy 5th Birthday The Butterfly Project :D


Post a Comment

On My Instagram