Althea Birthday Haul (2018)

Friday, February 1, 2019
Hey hey! So this is just a short birthday (Last November 2018 *ye ye lama dahhhh) haul post. Sangat jarang jarang berlaku aku nak buat post pasal what I bought online but here it issss..

So untuk post ni, nak cerita sikit apa yang aku belanja sakan dekat Althea #AltheaKorea (weh dah kenapa letak # ni bukan ig post wkwkwk) bersempena hadiah harijadi untuk diri sendiri lah konon . Orang kata, #selfreward

Macam biasa lah, bila dekat Althea of cos aim barang barang korean beauty yang highly raved jerr hiks. Sambil sambil order benda yang dah lama plan nak cuba, aku stock up juga 2,3 barang yang memang aku guna. So senang tak pening nak order baru bila dah habis nanti.



Sekali sampai, ambekkkk 2 box terus wey. Paling seronok bila parcel Althea ni datang sebab packaging warna pink! Box pun pink! Tissue wrapper pun pink! Apenii semua pink! Semua cantikkkk . Kotak dia pun sejak purbakala dulu tiap kali beli barang dekat Althea mesti simpan. Sampai Hilmi bising dah, kotak menimbun dekat bilik hikhik. Nasib la kotak tu cantik. Tapi aku plan pasni nak lipat kot kotaknya. Bagi senang sikit simpan. Takdelah makan space sangat.

Okeh ni senarai barang yang aku order haritu;


  1. Laneige Water Sleeping Mask (70ml)
  2. It's Skin Power 10 Formula VC Effector (30ml)
  3. Pobling Pore Sonic Cleanser (White)
  4. Innisfree Daily UV Protection Cream No Sebum SPF35 PA+++ (50ml)
  5. Innisfree Jeju Volcanic Nose Pack (6 Patches)
  6. Laneige Lip Sleeping Mask - Vanilla (20g)
  7. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 2X (100ml)
  8. Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml)
  9. CP-1 Raspberry Hair Vinegar (500ml)
  10. Aritaum Ginger Sugar Lip Scrub (12g)
  11. Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist (150ml)


Total 11 items semuanya. Banyak jugak ni. Peluh jugak nak membayarnya ekeke tapi untung ada dapat shopping credit dari Althea sempena Birthday, yang lelebih tu topup duit sendiri hewhew. Tapi tak nyesal sebab berbaloi! Banyak barang dekat Althea ni harga murahhh. Macam Laneige Sleeping Mask tu memang murah gila dekat Althea . Dekat tempat lain jual memang cecah RM100 tu. Puas hati beli sekaligus dekat Althea je.






Sekarang , produk yang dah start guna/unbox :

  • Laneige Water Sleeping Mask
  • Innisfree Pore Pack
  • Nature Republic Aloe Vera Face Mist
  • It's Skin Power 10 Formula VC Effector
  • Pobling Pore Sonic Cleanser
  • CP-1 Raspberry Hair Vinegar
  • Aritaum Ginger Sugar Lip Scrub



Yang lain lain duk bungkus elok lagi dalam box . Bila nak guna tah haha. Lip sleeping mask tu nak simpan dulu. Tunggu yang ada sekarang ni habis dulu. At least ada backup dah siap siap. Ni paling wajib ada. Sebab best tahap tak waras! Kalau habis nanti menggagau nak beli baru. Bagi elakkan itu berlaku, kita beli siap siap ihiks #persediaanbijak

So, happy (BELATED) birthday to me! (hahaha) dan terimalah hadiah untuk diri sendiri .

Ada tak antara produk dekat atas ni yang korang suka? Share laa produk apa and kenapa korang suka . Mana tahu kita sama sama *menjejak mimpi haha tiberr.


P/s : thank you Althea for spoiling me! Birthday tahun depan bagi lagi tauu hehe.
















Post a Comment

On My Instagram