Friday, November 24, 2017

Kedai Bunga Hidup Segar Harga Borong di Petaling Street & Pasar Seni Kuala Lumpur




Kedai Bunga Hidup Segar Harga Borong di Petaling Street & Pasar Seni Kuala Lumpur | OMGeeee berkulat dah gambar gambar nak guna untuk buat entry ni hahaha.  Sebab dah lama gila wey . Rasanya cerita ni masa bulan 8 kot . Sebab beli bunga untuk gubah jadikan hadiah birthday Mama & Mama mertua . Sekarang dah nak masuk bulan Disember dah . Good job Farah , memang power bab bab basikan entry ni ekekeke .

Hui Lau Shan Coconut Milk Rose Vanilla BloCha : New Beverage Launched!



Tak pernah lagi try beli apa apa dekat Hui Lau Shan ni. Selalu nampak orang je beria makan dessert or beli air dekat sini . Tapi sendiri takut takut nak order ingatkan tak halal . Rupa rupanya HALAL tau! Dapat pensijilan HALAL dari JAKIM lagi ok. Memang diyakini boleh diminum tanpa was was dah .

Now, ada minuman baru dekat Hui Lau Shan ni . Antaranya Coconut Milk Rose Vanilla BloCha ni . Kemain panjang nama dia kan . Soalannya, sedap ke tak? Rasa nya macam mana? Manis gila ke? Mahal tak?

Ha tanya banyak banyak tu, nanti iols jawab dalam next blog post. Sabar sat nahh?


Hui Lau Shan Coconut Milk Rose Vanilla BloCha


Hui Lau Shan - Fresh Fruit Dessert Pioneer & Mango Expert

Hui Lau Shan (HLS) - the largest Hong Kong dessert chain in Malaysia, a Fresh Fruit Dessert Pioneer & Mango Expert. “HLS” represent mission on “Health, Leisure and Style”. Insisting on healthy eating, HLS never compromise on the ingredient’s quality have successfully won the Brand Laureate SMEs Best Brands Award for F&B –The Best Dessert Brand 2013. And, Central Kitchen of HLS was certified by JAKIM HALAL.

From traditional herbal tea to trendy fresh fruit desserts, customers' health is always their priority. As a market leader, they keep exploring and creating new products. Each of them is unique and characterized with the renowned HLS style. And HLS Style product are all contain food that uses fresh ingredients with NO PRESERVATIVES, in line with their company’s direction of providing healthy food.

This November, Hui Lau Shan Malaysia has launched new beverage menus by introducing Salty Coconut Milk, Fruity Gotcha & Grab Dessert, and the new menus are now available in nationwide Hui Lau Shan Malaysia & Mango Cottage.

As an expertise in new beverages exploration, have you ever try salty coconut milk cap on top of fresh fruits or tea? Also, have you tried black goji and Rosemary Gotcha? Not to mention their signature dessert Mango Sago that you can now grab & eat. 

All these fun are introduced by Hui Lau Shan Malaysia’s first origins of Fruitpucino Coconut Milk, Coconut Milk Blocha, Mystery Gotcha & GrabDessert. 

Don’t miss the fun by enjoying the new beverages now! 



Hui Lau Shan Malaysia Fan Page

Mango Cottage by Hui Lau Shan Fan Page
















Related search : Hui Lau Shan Menu, Hui Lau Shan halal, Hui Lau shan price range, harga hui lau shan, hui lau shan sijil halal jakim, hui lau shan sedap

Wednesday, November 22, 2017

SushiVid : 3 Tips dapatkan duit poket menggunakan Instagram sahaja!



Sekarang ni kalau ada followers ramai dekat instagram, terus dapat tittle instafamous kan? Best jadi instafamous ni tau sebab, most of the time - diorang ni di sponsor. Sponsor untuk menggayakan baju, sponsor untuk makan, sponsor untuk jalan jalan, sponsor untuk macam macam lah . Dan bonus point nya lagi, selain setakat di sponsor - they've been paid too! (dah dapat barang FREE, di bayar lagi !!)

Followers diorang ni biasanya berpuluh ratus ribu lah kan ? Seronok je tengok . Lepastu pasang angan angan dalam hati ;

"Kan best kalau aku dapat merasa macam ni juga"

Now,

Good news untuk korang yang ada akaun instagram , dengan followers serendah 2,000 sahaja ; dah boleh sign up as an influencers and enjoyyyy the exclusivity!! (get paid for posting a selfie hehehe). Just follow these 3 steps je , insyaAllah anda akan kearah jalan yang benar ekekeke .

SushiVid : 3 Tips dapatkan duit poket menggunakan Instagram sahaja!


1. Mendaftar sebagai Influencer di SushiVid

Terus laju laju pergi ke www.sushivid.com dan mendaftar sebagai influencer . Tapi korang kena pastikan yang media sosial korang follow these terms ;

YouTubers: minimum 250 subscribers
Instagrammers: minimum 2,000 followers
Bloggers: minimum 2,000 visits every month

Okay? Lepas? Cunnnn!

2. Pilih Campaign Yang Disukai

Dekat SushiVid ni ada berlambak campaign dan rata ratanya kita akan bekerja dengan syarikat yang femes femes tau . Jadinya, sangat bagus untuk build portfolio dengan cara ni . 

Bila dah berjaya mendaftar di www.sushivid.com , korang pergi ke side belah kiri dan tekan "MY CAMPAIGN" . Terus boleh nampak macam macam campaign terbaru yang ada . Baca dengan teliti dan tengok requirement untuk setiap campaign . Kalau sesuai, boleh terus propose untuk job tu . Isi kan details yang berkaitan dan lepastu submit. Senang kan?

3. Download Semua Ebook Panduan Menarik yang disediakan SushiVid

SushiVid siap sediakan banyak gila ebook bagus bagus untuk dijadikan rujukan korang. I paling suka baca ebook yang related dengan case study . So boleh kenalpasti dekat mana untuk improve bagi our 'proposal game' jadi lagi better dan lagi banyak job boleh dapat. 

Kandungan ebook semuanya mudah difahami . Yang paling latest, i baca ebook tittled " From Beginner to Influencer" . Dekat dalam ebook ni ada banyak tips yang dikongsikan oleh influencers lain yang sangat sangat bagus dan menarik!



Untuk download ebook sushivid , korang pergi ke main page dan hover kan mouse dekat "Resources" . Lepastu akan boleh nampak link "Downloadables" . Nak lagi senang , tekan link ni je https://www.sushivid.com/pages/downloadables .


Kalau korang serious nak generate income as social media influencers, memang wajib dan sangat recommended untuk korang ikut ketiga tiga tips dekat atas ni . Jangan derhaka tau , kena follow ikut aturan dari step 1 sampai step 3 hehehe .

Paling paling penting , jangan malas malas baca ebook SushiVid sebab tak rugi langsung . Dah lah FREE! I personally love how sushivid gathered everything in one ebook . Rasa macam terus semangat berlayer-layer nak work better, nak propose job banyak banyak dan nak pastikan job/task/deliverables semuanya di laksanakan dengan sempurna ececehh gitu .


So, good luck guys! Hoping to see you dekat mana mana SushiVid's events hehehe . 










Related search : Sushivid, how to register sushivid, cara daftar sushivid, sushivid referral, sushivid proposal, how to write sushivid proposal, cara propose job di sushivid, cara buat duit dengan instagram, cara jadi instafamous, tips instafemes, tips instafamous, cara buat ig review, cara buat insta paid review, cara buat duit di instagram, tips buat duit sosial media

Tuesday, November 21, 2017

Kari Kambing 40 Hari Johor : Menu, Price Range & Review




Selama ni bila balik JB ke Melaka (masa study) , mesti perasan dekat tepi highway ada Kari Kambing 40 Hari ni. and dari tepi highway juga aku boleh nampak kemain banyak kereta parking nak makan dekat sini tau.

Makanya setelah sekian lama lalu lalang lalu lalang je depan kedai ni, finally dapat jugak jejak kaki kat sini.


Sebab kan kebetulan balik JB untuk kawan nikah, alang alang balik tu singgah lah sekejap kan. Nak nak pulak trip kali ni aku join member member yang spesis suka food hunting . Memang terus ONZ jela time sebut "jom pergi makan kari kambing 40 hari!"


Nak makan dekat sini kena planning elok elok. Sebab kedai ni buka sampai pukul 3 petang je. By time korang sampai pukul 2 pun belum tentu lagi makanan tu ada. Mungkin dah tinggal kerak kerak tepi periuk je kot haha. So to be safe, mohon datang awal. Dalam pukul 11-12 tu cun dah lah datang untuk makan tengahari. Cumanyaa ....



Hah cumanya ramai gilo la wey. Ni pun kategori tak berapa ramai sangat but look at the queues. Sekian jugak nak beratur and order. Tapi memandangkan dah sampai, gigigkan juga la beratur.

Dekat sini bukan setakat kari kambing je ada. Ada juga menu ayam . So kalau ada yang tak makan kambing, don't worry. Still boleh makan ayam. Jangan makan hati telan kacang je beli dekat Petronas tadi ekekeke.

Specialnya dekat sini, disediakan makan dalam talam. (RM48) Aku sebenarnya tak sure sangat menu apa yang ada sebab tak beratur sampai depan. Sebabkan kawan aku (Aida) datang dengan tunang dia sekali (Firdaus) makanya, Firdaus bertindak menjadi gentleman and pergi beratur belikan makan dan kitorang gegadis cuma cari tempat duduk dan tunggu (sambil draft blogpost ni haha)

Tapi aku jeling jeling sebelah ada je yang set individu (means bukan dalam talam lah), tapi tak sure pulak harganya. Yang aku tahu,


Set nasi + kambing (range RM13.00)
Set nasi + ayam (range (should be murah dari kambing?? Kot)
Set talam (makan 4 orang) RM48.00


Aku tak dapat nak agak harga wey sebab board menu dia yang beso beso tu dia tutup. Sebab ada perubahan harga & dorang tak sempat update. Tapi yang confirm setakat ni, yang talam tu RM48, yang set nasi + kambing RM13. ha gitu kekdahnya.

Set Talam . Ada ayam & kambing sekali

Dulang tu patutnya makan untuk 4 orang tapi kitorang bertiga je. Memang membongak jela lepas makan tu terlentang kenyang. Portion dia memang untuk 4 orang. So bila nak habiskan bertiga ni semput jugak lah.


Plus, kari kambing dia ni jenis manis manis sikit. Macam rasa masak kerutuk pun ada. So aku macam tak fancy sikit benda manis manis ni, makanya bila makan tu aku banyak minum air sebab nak hilangkan rasa manis tu. Dah macam air sirap tumpah dalam kari pulak rasa dia hahahhaa . Tapi tetap sedap, cuma manis je la aku tak suka. Dah makan minum makan minum lagi lah cepat kenyang . Last last Firdaus yang habiskan hahaha .


Air? Kitorang order air kosong je haha . Dekat sini banyak dah siap siap letak dalam jug je. Ada air sirap, air teh o ais, and beberapa air lagi lah . Haritu ada perasan, susu kambing macam perisa pun ada . Orang meja sebelah aku beli susu kambing perisa coklat & honeydew . Aku macam nak cuba jugak tapi last last tak jadi beli hahaha .


So far makanan dekat sini sedap lah jugak (minus point dekat manis tu) , seronok datang makan ramai ramai lagi lagi bila ambik set talam tu . Feeling mengeratkan sillaturrahim gittew . Tapi kalau ada yang spesis berkira tu payah sikit lah sebab nanti dah confuse kau makan banyak mana, member yang sorang ni makan banyak mana, berapa ketul kambing dah kau telan wakakka . So konsep dia dekat sini, kalau nak makan set talam, kena lah bertoleransi dan berkongsi kongsi . Jangan gegaduh berebut daging kambing, okay?



Lokasi nya dekat Ayer Hitam. Masuk je Exit Ayer Hitam dan waze jurr . Kedai ni betul betul tepi highway . Dari exit tol ayer hitam tu nak ke kedai ni dalam 7km je camtu .

Selamat ber-kari kambing gais!











Related search : tempat makan best johor, johor makan sedap, tempat makan famous johor, tempat makan special johor, makan tengahari special johor, makan tengahari sedap johor, kari kambing 40 hari johor, harga kari kambing 40 hari, cara ke kari kambing 40 hari, kari kambing 40 hari buka pukul berapa, kari kambing 40 hari sedap ke






Wednesday, November 15, 2017

KFry Urban Korean dah buka di IOI Putrajaya : Menu, Price Range & Review



Dah lama dah teringin KFry ni. Nak nak pulak si Wanie asyik kecoh kecoh cerita pasal KFry ni best , cheese dia tarik melangit lah apelah . Tapi sebabkan sebelum ni outlet dia dekat JB je and aku pun jarang jarang balik JB , so takdela rezeki lagi nak try . Tapi gewd news gais! KFry sekarang dah ada dekat IOI Putrajaya dahhh . Good news for me. Good news for youu .

Haritu masa kitorang datang makan , baru hari kedua beroperasi . And jadi hari pertama dia open for public lah . A day before tu dia dah buka dah tapi untuk launching doa selamat ke apa aku taktahu lah tu haha .

Kitorang order ayam cheese cheese dengan Mango bingsu je.  Being typical cheapskate, masing masing order air kosong je walaupun air yang Barbican tertonggeng tu macam tempting jugak . (nanti korang tengok gambar dekat bawah ye)




Lagipun Wanie cakap portion dia besar and boleh makan 2-3 orang . So aku dengan Hilmi pun akur jela . Derhaka kang membazir . Plus kalau tak cukup , order jela lagi ye dak?

Pricing dia agak mahal jugak la bagi aku tapi memandangkan portion dia besar, berbaloi jela . So kalau makan 3 orang tu , boleh la share share duit . Tapi memang puas hati makan ni . SODAPPP!

Boleh tengok menu menu yang ada dekat KFry Urban Korean ni . So korang boleh mula menabung atau headcount siap siap senang nak prepare untuk bayar. Takdela nanti dah duduk , masing masing krik krik bila tengok harga hahaha . Nak keluar malu, nak order mahal :p (i've been there) Well, sekali sekala splurge sikit makan mahal untuk puaskan perut and hati , makan pulak ramai ramai dengan kawan kawan - best kot!

Menu Makanan Kfry Urban Korean


Ni yang kitorang order makan 3 orang tu. Tu pun kenyang gilaa. Kitorang order yang Krazy Spicy Cheesy tu











Menu Minuman Kfry Urban Korean

Fancy ice blended. Meriah ni. Seketul boleh share dua orang sebab banyakkk

 Ni ha teringin nak minum Barbican tonggeng ni tapi kedekut hahaha

Yang ni macam sparkling juice . No added alcohol yee


Menu Dessert Kfry Urban Korean

Ni lah Bingsu tu. Macam shaved ice. Portion besar gilo. Boleh sumbat muka dalam mangkuk dia haha




Masa awal awal order sampai , Krazy Spicy Cheesy chicken tu rupa dia macam ni ye . Lepastu staff kfry ni akan tolong cairkan cheese and gaulkan semua bagi sekata , dan balutkan ayam tu satu satu dengan cheese, jadi  macam ni




Yang Krazy Spicy Cheesy chicken tu memang pedas bagi aku . Tapi taklah sepedas Samyang tu. Belum level buat air mata meleleh tanpa disedari lagi. Tapi still pedas lah . Pedas yang buatkan rasa nak marah Hilmi bila dia conquer bingsu tu sorang sorang sampai habiskan ke titisan terakhir -.-"


Happy nampak?? 
Tapi takpe, sis redho. Kena lah beralah dengan suami ye dak? Baru lah ciri ciri bini mitalirapia haha . Memang tak nyesal order bingsu tu . Puas makan . Isi mangga nya pun banyak . Memang sedap lah cerita dia . Aku nak ulang ulang cakap sedap kang orang Terengganu , Kedah teringin lak . Meh datang Putrajaya meh . hehehe 





Overall, puas hati . Walaupun pricing not so wise tapi berbaloi untuk makan makan masa ada special ocassion ke apa . Yang penting, portion dia berbaloi dan besar .

















Related search : KFRY Urban Korean Batu pahat, KFRY Urban Korean jb, KFRY Urban Korean putrajaya, KFRY Urban Korean menu, KFRY Urban Korean halal, KFRY Urban Korean harga, KFRY Urban Korean sedap, KFRY Urban Korean cara order, KFRY Urban Korean price range, KFRY Urban Korean range harga, KFRY Urban Korean menu special, KFRY Urban Korean best ke





Friday, November 10, 2017

Shopee 11.11 SALE start ESOK! (2017)




Shopee 11.11 SALE start ESOK! (2017)


KUALA LUMPUR, 1 NOV 2017 -Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9,
Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan
musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11
November. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan
Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi. Dengan sokongan
daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti
Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee
dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi.

Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami
merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima
kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna
kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini. Kali ini, kami
menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan
harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga
Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Pengumuman Bajet 2018 baru-baru ini telah menggariskan e-dagang sebagai salah satu
pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia, yang dijangka boleh menarik
pelaburan sebanyak RM700 juta dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan. Sebagai platform
e-dagang yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 150,000 usahawan aktif, Shopee
komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan membantu mereka
membina perniagaan e-dagang menerusi insentif komisyen sifar (0), penghantaran percuma ke
seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee untuk
meningkatkan pendapatan mereka.


“Kami teruja dapat menyertai Jualan Murah Super 11.11 Shopee tahun ini sebagai salah satu
rakan niaga rasmi. Tempoh akhir tahun adalah masa kemuncak untuk orang ramai membeli-
belah sebagai persiapan sempena tahun baru atau sebagai hadiah. Kami gembira Shopee
menerajui trend ini secara dalam talian dan melancarkan satu kempen yang memberikan
penjimatan berganda di samping memudahkan pengguna untuk memenuhi keperluan membeli-
belah sempena musim perayaan ini,” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.

Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis
produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang
menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah. Permainan ‘Spin to Win’
juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk
dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super
11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah
RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk
berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi. Selain itu, lebih 100,000 produk yang

dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama
dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak
120% perbezaan harga tersebut.
“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan
potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan.
Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling
sensasi,” tambah Ho.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111.
Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.
#ShopeeMYSuperSale


================================
ABOUT SHOPEE

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka
khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah,
selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan
di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik,
perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia,
Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.shopee.com.my

Untuk sebarang pertanyaan media, hubungi:

Paris Ashiqin (Ms)
Senior Marketing Associate, Public Relations
Emel: paris.ashiqin@shopee.com
Tel: +6010-4079948

Vanessa Tan
Go Communications Sdn. Bhd.
Emel: vanessa@gocomm.com.my
Tel: +603-7710 3288

Tuesday, November 7, 2017

Ini lah namanya 'Tak Ada Rezeki'




Sejak sejak aku dah kerja ni, ish rasa seronok nau main belanja belanja orang ni ekeke (siapa nak iols belanja? meh rapat rapat) .

Dah gaji , makan mewah sikit hehe

Gambar tak berkaitan dengan cerita. Sekadar hiasan haha 

Paling suka belanja makan lah . Orang kata kalau kita rajin jamu orang makan ni, murah rezeki gittew . So dah masuk gaji kali kedua ni, aku dengan berlapang dada nya suka lah nak belanja laki aku tu makan Tony Romas. Kitorang paling suka makan dia punya Tony Asian Salad dengan lamb rib. Memang sedap habaqang . Portion pun besar. Selalunya order satu je dah cukup kenyang makan share dua orang. Lagipun beli satu je pun makan duorang dah nak habis empatplohringgit hehehehek .

Makanya bila aku dah dapat gaji hujung bulan haritu, aku pun ajak lah Hilmi pekena Tony Romas sat. Kitorang pergi dalam pukul 11 macam tu. Makan awal sikit. Sebab pukul 3 petang aku dah nak kena masuk kerja . Sebabkan pagi tu breakfast pun macam dah lewat , makanya perut ni pun kenyang lah lagi. Makan pun sikit je. Lebihan salad pun ada banyak , jadi mintak lah waiter tu bungkus kan . Alang alang aku ada makanan dah la nak makan dekat office nanti . Memang happy lah sis dinner Tony Romas .

Salad tercicir

Image result for tony asian salad

Tapi kegembiraan tak kekal lama . Elok pulak bila dah balik tu and dah sampai rumah , Hilmi sengeh sengeh bagitahu aku dia tertinggalkan salad tu dekat atas mesin auto pay T__T masa nak bayar tiket parking . Hampir meroyan aku tau bila dapat tahu ni hahahaha . Murung sampai malam sebab kecewa tak dapat nak makan salad tu untuk dinner. Dah la masa kat restoran tu aku makan sikit je . Konon nak simpan untuk makan kendian . Tapi last last takde rezeki .

Selang berapa hari lepastu, kitorang mengada nak makan Tony Romas lagi . Kali ni makan ribs pulak . Sebabkan ribs baru je sampai stok lepas 2 bulan putus bekalan . Memang bengang jugak , berapa kali datang dah Tony Romas ni , semua outlet aku pergi semua kata ribs habeh . Finally setelah 2 bulan menanti , ribs datang lagiiii (baca ikut tone "tora datang lagiii")

Image result for tony romas lamb rib

Kali ni kitorang order pulak Lamb Ribs + ayam apa entah . Sebab lagi berbaloi beli yang tu . Kalau tak silap , lamb ribs dalam RM75 , yang lamb ribs + ayam dalam RM78 . Kira macam tambah RM3 je nak dapat seketol ayam . Besar pulak tuu .

Masa makan tu, saje la taknak usik ayam tu . Sebab kononnya nak makan dekat rumah sambil melayan cerita Korea .

Tapi..

LAGI SEKALI KU DIKECEWAKAN

Kali ni bukan tertinggal atas auto pay machine lagi dah .

Yang ni lagi lawak terok >.<

Tragedi Ayam Golek


Hilmi bawakan paperbag yang berisi ayam tu sambil jalan rilek jela kan . Tetiba dia rasa apasal paper bag tu ringan pulak ? Sekali pusing rupanya paperbag dah berlobang ayam pun dah tegolek tercicir dekat belakang . Dah la ramai orang weyy . Aku yang nampak kejadian tersebut , dah laju laju jalan terus je. Taknak ngaku tu ayam kitorang hahaha .


via GIPHY


Yang Hilmi pulak , kononnya niat nak kutip ayam tu dengan nak aplikasikan '5 second rule' , tapi by time nak kutip , orang dah tersepak pun ayam tu . Hahaha sadisnyaa

Ini lah namanya 'TAK ADA REZEKI'

Dua kali bungkus nak makan kat rumah, dua kali tak dapat wakkakaka .

Takpela, next time bungkus bawak tupperware sendiri jela pulak kan?


Yang sedih dan terkilan,
Farah

On My Instagram