Kedai Bunga Hidup Segar Harga Borong di Petaling Street & Pasar Seni Kuala Lumpur | OMGeeee berkulat dah gambar gambar nak guna untuk buat entry ni hahaha. Sebab dah lama gila wey . Rasanya cerita ni masa bulan 8 kot . Sebab beli bunga untuk gubah jadikan hadiah birthday Mama & Mama mertua . Sekarang dah nak masuk bulan Disember dah . Good job Farah , memang power bab bab basikan entry ni ekekeke .
Sebelum intro jadi meleweh merapu tersasar daripada content utama, better aku terus bagitahu dekat mana nak beli bunga segar borong borong murah murah dekat KL ni .
Aku dapat tahu pasal bunga ni pun daripada Mek Onie. Sebab ada ternampak dia post dekat instagram pasal kedai bunga ni . Even dalam blog pun dia ada tulis juga . Boleh baca dekat sini : Kedai Bunga Segar Murah di Kuala Lumpur
Demi mendapatkan sesuatu yang murah, kena lah usaha tu lebih sikit kan . Demi mencapai nikmat berbelanja dengan bijak , korang kena lah pergi tengah tengah KL tu ha meredah jem dan mengagau cari parking muehehe . Sebab kedai ni memang betul betul tepi jalan je, takde chance langsung kau nak parking depan kedai dan masuk nak beli kejap . Memang tak de langsung!
Ikut cara aku, parking je kereta dekat tempat parking Pasar Seni . Mudah . Tapi tak ingat pulak berapa RM parking rate. Rasanya dalam RM3 kot macam tu . Kalau nak datang by public transport juga bisa. Naik LRT dan berhenti di stesen Pasar Seni. Jalan sikit je , korang akan jumpa . Macam aku, bila dah parking dekat Pasar Seni tu , kena cross jalan . Aku nak terangkan pun tak reti. Rasanya lebih afdhal kalau korang google map kot . Lagi cerah dan terjamin sikit hala tuju korang tu .
Waze atau search je LEE WAH FLORIST . InsyaAllah jumpa punya lah!
Cuma nak bagitahu awal awal la. Bila dah sampai sini, mohon bertabah lah tengok bunga bunga tu. Fikir fikir sikit yang mana dah kawin ada laki and anak kat rumah tu, jangan lupa balik haha . Sebab bila dah duduk sini adudududu rasa macam taknak pergi mana mana dah . Nak duduk je situuuuu ekeke .
BUNGA SEMUA MURAH!
BUNGA SEMUA CANTIK!
BUNGA SEMUA SEGAR!
Dah lah macam macam spesis bunga dia ada. Sampai rose rainbow pun ada. Entah macam mana dia kacukkan pun aku taktahu .
Kalau biasa dekat kedai bunga tu sekuntum dah RM3-RM4 kan? Dekat sini satu bundle ada 20 kuntum kot, baru RM18-RM30. Ko ghase?Idok ke murah gile tu?
Aku ni bukan lah jenis gegadis bunga sangat tapi bila jumpa bunga macam ni agak triggered juga kemeroyanan aku haha . Lama juga mereput dekat situ sebab ralit tengok bunga lain . Padahal end up beli rose je pon lulz hahha . Dekat sini ada juga bunga dah siap gubah . Murah je dia jual . Satu bouquet tu dalam RM50 je padahal dekat luar mahu RM80-RM100 kot . So kalau rasa nak meniaga buat jual bunga masa convo ke apa, boleh lah ambik dekat sini je .
Ni beberapa details yang aku dapat daripada blog Mek Onie . Dia siap lukiskan peta wey nak pergi kedai ni . Maseh Onie share ni . Kite pinjam tempek dekat sini ye . Kalau nak tips pemilihan bunga & cara kekalkan kesegaran bunga pun boleh baca dekat blog Mek Onie
LEE WAH FLORIST SDN.BHD.
Alamat:
129, Jalan Tun H.S.Lee,
50000 Kuala Lumpur,
West, Malaysia
Contact Num:
Tel: 03-20782822 // Faks: 03-20702232
Email:
sales@leewahflorist.com
Kedai beroperasi:
Monday- Saturday: 8.40am - 10.00pm
Sunday: 9.00am - 4.00pm // 7.00pm - 10.00pm
So bunga aku beli tu aku buat apa? Haaa lepas je beli tu, malam tu aku dengan Hilmi sesama laki bini menjahanamkan bunga tu hahaha tapi Alhamdulillah takdelah dahsyat sangat jahanam nya. Masih mampu kelihatan seperti bunga ekekeke .
Projek Box of Roses untuk Mama aku & Mama Hilmi sempena Birthday diorang jeng jeng jengs .
Boleh lah ni kan??
Related search : kedai bunga lee wah, kedai bunga segar, bunga hidup borong kl, dekat mana kedai bunga segar kl, kedai bunga segar murah, bunga hidup kl borong, bungan segar kl borong, bunga segar petaling street, bunga hidup pasar seni, tempat borong bunga segar, tempat borong bunga hidup, kawasan borong bunga kuala lumpur, bunga ros murah kuala lumpur, bunga segar murah kl, bunga murah bundle kl, tempat bunga harga murah
13 comments
cntkkkkkkk
ReplyDeletejom la join n meriahkan GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
cantik bunga ros tu! ok, dah tahu tempat nak beli ros ni mesti senang nak terjah nti, terima kasih untuk info!
ReplyDeleteDah lama nak ada bunga hidup kat rumah...boleh cuba kat sii
ReplyDeleteSis, bunga tepi2 ros yg kecik2 putih tu bunga apa ya?
ReplyDeleteitu bunga baby breath :)
DeleteSekarang dah mahal skit la
ReplyDeleteRM24 /20 pcs rose india tu
oh yeke. hm tula lama x pergi. tp kalau nak banding tempat lain, rasanya sini masih murah kan?
Deletehi .. ingat tak bunga baby breath tu sejambak brp RM?
ReplyDeletealamak maaf lupa dah. lama x pergi hehe. kalaua da pergi lagi nnt sy update harga ye
Deletesis, sini takda bunga matahari ke :(
ReplyDeletesis sini takda bungan matahari ke :(
ReplyDeleteBunga rose 10 pcs brp
ReplyDeleteSalam mcm.mana nak dapatkan 7jenis bunga wangi
ReplyDelete