Ini lah namanya 'Tak Ada Rezeki'




Sejak sejak aku dah kerja ni, ish rasa seronok nau main belanja belanja orang ni ekeke (siapa nak iols belanja? meh rapat rapat) .

Dah gaji , makan mewah sikit hehe

Gambar tak berkaitan dengan cerita. Sekadar hiasan haha 

Paling suka belanja makan lah . Orang kata kalau kita rajin jamu orang makan ni, murah rezeki gittew . So dah masuk gaji kali kedua ni, aku dengan berlapang dada nya suka lah nak belanja laki aku tu makan Tony Romas. Kitorang paling suka makan dia punya Tony Asian Salad dengan lamb rib. Memang sedap habaqang . Portion pun besar. Selalunya order satu je dah cukup kenyang makan share dua orang. Lagipun beli satu je pun makan duorang dah nak habis empatplohringgit hehehehek .

Makanya bila aku dah dapat gaji hujung bulan haritu, aku pun ajak lah Hilmi pekena Tony Romas sat. Kitorang pergi dalam pukul 11 macam tu. Makan awal sikit. Sebab pukul 3 petang aku dah nak kena masuk kerja . Sebabkan pagi tu breakfast pun macam dah lewat , makanya perut ni pun kenyang lah lagi. Makan pun sikit je. Lebihan salad pun ada banyak , jadi mintak lah waiter tu bungkus kan . Alang alang aku ada makanan dah la nak makan dekat office nanti . Memang happy lah sis dinner Tony Romas .

Salad tercicir

Image result for tony asian salad

Tapi kegembiraan tak kekal lama . Elok pulak bila dah balik tu and dah sampai rumah , Hilmi sengeh sengeh bagitahu aku dia tertinggalkan salad tu dekat atas mesin auto pay T__T masa nak bayar tiket parking . Hampir meroyan aku tau bila dapat tahu ni hahahaha . Murung sampai malam sebab kecewa tak dapat nak makan salad tu untuk dinner. Dah la masa kat restoran tu aku makan sikit je . Konon nak simpan untuk makan kendian . Tapi last last takde rezeki .

Selang berapa hari lepastu, kitorang mengada nak makan Tony Romas lagi . Kali ni makan ribs pulak . Sebabkan ribs baru je sampai stok lepas 2 bulan putus bekalan . Memang bengang jugak , berapa kali datang dah Tony Romas ni , semua outlet aku pergi semua kata ribs habeh . Finally setelah 2 bulan menanti , ribs datang lagiiii (baca ikut tone "tora datang lagiii")

Image result for tony romas lamb rib

Kali ni kitorang order pulak Lamb Ribs + ayam apa entah . Sebab lagi berbaloi beli yang tu . Kalau tak silap , lamb ribs dalam RM75 , yang lamb ribs + ayam dalam RM78 . Kira macam tambah RM3 je nak dapat seketol ayam . Besar pulak tuu .

Masa makan tu, saje la taknak usik ayam tu . Sebab kononnya nak makan dekat rumah sambil melayan cerita Korea .

Tapi..

LAGI SEKALI KU DIKECEWAKAN

Kali ni bukan tertinggal atas auto pay machine lagi dah .

Yang ni lagi lawak terok >.<

Tragedi Ayam Golek


Hilmi bawakan paperbag yang berisi ayam tu sambil jalan rilek jela kan . Tetiba dia rasa apasal paper bag tu ringan pulak ? Sekali pusing rupanya paperbag dah berlobang ayam pun dah tegolek tercicir dekat belakang . Dah la ramai orang weyy . Aku yang nampak kejadian tersebut , dah laju laju jalan terus je. Taknak ngaku tu ayam kitorang hahaha .


via GIPHY


Yang Hilmi pulak , kononnya niat nak kutip ayam tu dengan nak aplikasikan '5 second rule' , tapi by time nak kutip , orang dah tersepak pun ayam tu . Hahaha sadisnyaa

Ini lah namanya 'TAK ADA REZEKI'

Dua kali bungkus nak makan kat rumah, dua kali tak dapat wakkakaka .

Takpela, next time bungkus bawak tupperware sendiri jela pulak kan?


Yang sedih dan terkilan,
Farah

14 comments

  1. assalamualaikum
    singgah pagi selasa
    sejuknya hujan pagi nie

    ReplyDelete
  2. memang betul2 takde rezeki tu. sabar je lah
    part ayam bergolek tu comel.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sedih tauu. campur malu jugak sebab ayam tergolek terus xnk ngaku hahaa

      Delete
  3. alaa dear. takde rezeki :( next time kena telan habis habis kat situ jugak >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tu la. tapi masa makan tu dah kenyang sgt. tu yg bungkus tu. tp xde rezeki plak :(

      Delete
  4. Alahai, kenapa laa jaid begituu T__T...
    Dah ler nampak sedap giler..
    Takpe2.. in shaa Allah ada rezeki lebih besar lepas ni (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyaallah kaklong. ada rezeki nak makan lg kt sini tu hehe

      Delete
  5. Nampaknya takde rezzeki mkn kat rumah. Berumah lah kat Tony Romas tu. hhhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.nampak gaya mcm tu je kan. x bagi kite bawak balik. suruh duduk je kt tony romas tu

      Delete
  6. Allah, sampai 2 kali yer, Tu memang nak suruh pergi kali ke-3 kot. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada tanda tanda nak suruh dtg lg tu hehe

      Delete
  7. Wah, pasangan yang sangat serasi. Luar biasa.

    ReplyDelete

FOLLOWERS