Shopee 11.11 SALE start ESOK! (2017)




Shopee 11.11 SALE start ESOK! (2017)


KUALA LUMPUR, 1 NOV 2017 -Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9,
Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan
musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11
November. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan
Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi. Dengan sokongan
daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti
Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee
dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi.

Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami
merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima
kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna
kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini. Kali ini, kami
menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan
harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga
Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Pengumuman Bajet 2018 baru-baru ini telah menggariskan e-dagang sebagai salah satu
pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia, yang dijangka boleh menarik
pelaburan sebanyak RM700 juta dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan. Sebagai platform
e-dagang yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 150,000 usahawan aktif, Shopee
komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan membantu mereka
membina perniagaan e-dagang menerusi insentif komisyen sifar (0), penghantaran percuma ke
seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee untuk
meningkatkan pendapatan mereka.


“Kami teruja dapat menyertai Jualan Murah Super 11.11 Shopee tahun ini sebagai salah satu
rakan niaga rasmi. Tempoh akhir tahun adalah masa kemuncak untuk orang ramai membeli-
belah sebagai persiapan sempena tahun baru atau sebagai hadiah. Kami gembira Shopee
menerajui trend ini secara dalam talian dan melancarkan satu kempen yang memberikan
penjimatan berganda di samping memudahkan pengguna untuk memenuhi keperluan membeli-
belah sempena musim perayaan ini,” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.

Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis
produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang
menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah. Permainan ‘Spin to Win’
juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk
dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super
11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah
RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk
berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi. Selain itu, lebih 100,000 produk yang

dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama
dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak
120% perbezaan harga tersebut.
“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan
potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan.
Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling
sensasi,” tambah Ho.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111.
Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.
#ShopeeMYSuperSale


================================
ABOUT SHOPEE

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka
khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah,
selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan
di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik,
perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia,
Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.shopee.com.my

Untuk sebarang pertanyaan media, hubungi:

Paris Ashiqin (Ms)
Senior Marketing Associate, Public Relations
Emel: paris.ashiqin@shopee.com
Tel: +6010-4079948

Vanessa Tan
Go Communications Sdn. Bhd.
Emel: vanessa@gocomm.com.my
Tel: +603-7710 3288

1 comment

FOLLOWERS