Noraniza Idris & Tyka 3 Juara sampaikan mesej melalui "Wangikanlah Hatimu"

Friday, January 20, 2017




Hello Assalamualaikum ,


Masa sekolah dulu , sejak daripada sekolah rendah pun .. aku sangatlah aktif dalam aktiviti kebudayaan especially lagi tarian dengan nyanyian . Kiranya, kalau waktu hari guru ke, hari anugerah cemerlang ke amende, memang muka aku jelah yang terkibai kibai dekat atas pentas duk menari tradisional . Kalau masa dulu , lagu femes yang selalu guna untuk menari kebudayaan ni balik baliknya lagu Noraniza Idris dengan Siti Nurhaliza lah . Takpun lagu Ulik Mayang, Puteri Santubong Puteri Sejinjang .. 

Tapi sekarang , aku terfikir fikir .. ada lagi ke persembahan macam tu dekat sekolah sekolah ? Ke semua budak sibuk buat persembahan menari raver je kakakaka . Sebab .. masa aku Form 5 dulu pun sekolah dah mula approved kan untuk budak ber-shuffle dekat perhimpunan , agaknya kalau sekarang ni budak budak ber-raver pun tak ada yang pelik lah kan?


Sedih lah sebenarnya , bila tarian kebudayaan apa semua tu makin dilupakan . Lagu lagu etnik kreatif pun orang dah jarang dengar dah . Kadang kadang sambil lipat kain tu seronok juga nyanyi lagu cindai , lagu hati kama .. seronok pulak feeling feeling gadis melayu bersimpuh lipat kain dekat anjung rumah ekekeke .


Bila aku dapat tahu Kak Ani @ Noraniza Idris nak lancarkan single terbaru dia , aku tetiba je rasa alive semula ewahh . Terus rasa nilai nilai cintai etnik kreatif dalam diri ni melonjak lonjak nak keluar haha . Dapat tahu pulak .. lagu terbaru yang dinyanyikan gandingan Kak Ani dengan Tyka 3 Juara akan pertama kali didengarkan di konsert final 3 juara, aku terus rasa macam ;

"Wehh nak kena pergi ni!!"

Ngam pulak tu , dapat tahu yang ada beberapa lagi geng blogger yang lain pergi konsert tu .. aku pun , dengan muka tak malu .. cuba untuk menyelit sekali ekekekee .

Alhamdulillah , akhirnya aku berhasil dapatkan jugak tiket untuk turut sama tengok secara live konsert final 3 Juara sekaligus dengar juga secara live single terbaru Kak Ani ft. Tyka "Wangikanlah Hatimu" di Sri Pentas 2 , Plaza Alam Sentral Shah Alam hari Ahad lepas (15 Januari 2017) .

Credit Kak Ayu Jean
Aku rasa .. tak pernah lagi aku tak suka lagu Kak Ani ( Noraniza Idris ) ni . Semua lagu dia aku suka . Nak nak pulak lagu Wangikanlah Hatimu ni hasil tulis Fedtri Yahya dan musik pulak oleh Amir Jahari & Ag Coco . Rasanya nama nama ni tak asing lagi dah dalam industri musik . Power power diorang ni haa .


Kalau korang tak sempat tengok 3 Juara haritu , takpe . Nah tengok video ni . Best lagu ni tauu . Gabungan unsur dikir barat, Siam dan Sunda . Lain machiamm bunyi dia . Serious best! Aku yang duduk dekat belakang ni terkinja kinja dengar lagu ni tau haha .



Lagu Wangikanlah Hatimu ni mendapat kerjasama dan tajaan daripada pihak Mewangi . Ala yang tagline dia "Mewangi satu dunia" tuu . That's why lah tajuk lagu pun ada wangi wangi gitu . Tapi lirik lagu ni pun elokk sangatt . Penuh dengan unsur nasihat .. senang cerita , bermoral lah gitu ehehe .

Ada beberapa info ringkas pasal Kak Ani dan Tyka ada aku cerita sikit dekat entry INI , so boleh lah baca entry tu untuk tahu sikit sikit pasal diorang .

Lepas habis je konsert 3 juara tu , sempatlah jumpa Kak Ani dan Tyka untuk temubual ringkas . Kata Kak Ani, dia memang harap sangat yang akan ada lebih ramai lagi pelapis yang akan bawa irama malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan Irama Malaysia ni memerlukan perhatian khusus dan pemantauan yang teliti agar tidak mudah dimanupulasi dan terus melangkah ke arah yang lebih selesa untuk bersaing .

Credit Kak Ayu Jean

Untuk Tyka pulak , katanya memang dia sangat berbesar hati dapat bergandingan dengan ratu irama malaysia . Tambah pulak , Tyka memang nak sangat memperjuangkan genre irama malaysia supaya tak hilang dek arusan permodenan gituu . 

Tengoklah aku buat ulasan macam tulis report surat khabar dah kan ? hahaha .

Tapi Alhamdulillah , aku suka lah bila lagu macam ni diketengah kan semula . Aku dah cukup cukup murung dah dengar lagu yang makin ntah apa apa ada dekat radio sekarang . Lirik hancur, takde mesej langsung . Sakit jiwa pulak dengar . Kan bagus ada lagu macam Wangikanlah Hatimu ni je banyak banyak pasang dekat radio tu . Baru lah harmoni je rasa ... tak gitu?

Masa konsert tu jugak , aku dapat CD single Wangikanlah Hatimu . Dan sejak daripada haritu jugaklah , aku duk ulang lagu ni seploh juta kali . Lirik dia pun dah melekat dalam kepala tauuuu hahha . Nah bagi korang lirik dia sekali , moh kita nyanyi sama sama .. 


LIRIK LAGU "WANGIKANLAH HATIMU"



"Mengapa mereka yang mengaku suci
Sering lupa mencermin diri sendiri

Menyakiti ugkit-ungkit kesalahan
Molek andai bersama bina impian

Wangikanlah hati ~ "



Tahniah Kak Ani & Tyka serta semua yang menjayakan single ni. Lagu ni telah mencuri hati saya ihiks! Harap harap lebih ramai yang jatuh cinta dengar lagu ni . 




p/s : Thankyou Kak Ani & Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) especially Encik Arol for the invitation and hospitality throughout the event ;)

wangikanlah hatimu noraniza idris,lirik lagu wangikanlah hatimu, , biodata noraniza idris, biodata tyka 3 juara, 3 juara irama malaysia, 3 juara program realiti, pemenang 3 juara, 3 juara salma, 3 juara kudin, 3 juara pemenang, 3 juara tyka, 3 juara azizul, 3 juara lagu, juri 3 juara, 3 juara dato rossa, 3 juara 2017, 3 juara 2018, noraniza idris kak ani, lagu irama malaysia, lagu etnik kreatif, lirik lagu wangikanlah hatimu, lirik lagu noraniza idris, lirik lagu dikir puteri

6 comments

  1. sama la saya kekadang menyambah dgr lirik entah pape...tp lagu ni saya x pernah dengar...x sempat dgr radio...rumah dgn tmpt keje 5 minit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, byk lirik merepek. sakit hati lak dgr. hehe lagu ni baruu lagi. very soon mesti slalu dgr dgr kt radio or mall

      Delete
  2. Me too! Love tradisional song! Cuma sekarang takde dah lagu baru yang sedap macam zaman Noraniza Idris dan CT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm susah dah nk ada. byk lagu merapu je skrg. seronoknye bila kak ani dah buat come back! hehe

      Delete

On My Instagram