Chia seed sekarang dah makin femes kan . Sejak sejak orang dah makin tahu dan ambil tahu dengan kebaikan yang ada pada Chia seed ni , kemain semua tercari cari chia seed bila ke jusco ihiks . Kalau korang taktahu , chia seed ni elok sangat untuk diselitkan dalam diet harian , dan best part is -- elok sangat untuk yang nak kuruskan badan ! wehoo . Golongan seperti aku memang sukakan makanan yang menyumbang kepada usaha menguruskan badan hewhew .
- Untuk manfaat chia seed selanjutnya , baca kat sini : http://blog.farahdafri.com/2015/09/manfaat-menarik-chia-seed-ps-especially.html
- Resepi air detox chia fresca (air detox chia seed) : http://blog.farahdafri.com/2015/11/resepi-natural-energy-drink-air-detox.html
Mempunyai kandungan omega-3 lapan kali ganda lebih banyak daripada yang terkandung dalam ikan salmon , chia seed ni memang tak bagi chan langsung untuk kita jeling sebelah mata . Amboi
Pulak tu, ianya mempunyai 30% lebih kandungan anti-oksidan daripada yang ada dalam blueberry , 6 kali ganda lebih banyak kalsium daripada susu dan dua kali ganda kandungan potassium daripada yang ada dalam pisang . woot woot! powernya cik Chia kita ni .
Antara salah satu sebab. kenapa Chia seed ni bagus untuk awak awak yang berdiet dan berhasrat nak kuruskan badan ialah -- chia seed sangat berupaya menyerap air, 12 kali ganda dalam 10 minit . Maksudnya, kalau korang amalkan chia seed ni , korang akan rasa lebih cepat kenyang .
Ada banyak cara untuk nikmati chia seed ni pada cara yang paling garu- hidung- pun- boleh-buat . Cuma tabur tabur dan campak campak saja dalam apa jua masakan dan minuman yang korang gemari (but please jangan tabur dalam air coke ye)
1. Mix kan sekali dalam cereal kita pagi pagi . Alang alang dah campur koko crunch dan honeystar , selitkan juga satu sudu chia seed .
2. Campurkan kedalam yogurt . Sedap juga cara macam ni . Ambil je suku sudu chia seed dan campurkan .
3. Campurkan dalam smoothies .
4. Masukkan kedalam sup untuk pekatkan lagi kuah
5. Campurkan dalam telur . Boleh jadikan chia-scramble egg . Sedap!
6. Taburkan keatas salad
7. Bakar sekejap dan taburkan atas salad dan masakan sayuran
8. Campurkan dalam salad dressing
10. Campurkan dengan air kosong
2. Campurkan kedalam yogurt . Sedap juga cara macam ni . Ambil je suku sudu chia seed dan campurkan .
3. Campurkan dalam smoothies .
4. Masukkan kedalam sup untuk pekatkan lagi kuah
5. Campurkan dalam telur . Boleh jadikan chia-scramble egg . Sedap!
6. Taburkan keatas salad
7. Bakar sekejap dan taburkan atas salad dan masakan sayuran
8. Campurkan dalam salad dressing
10. Campurkan dengan air kosong
Tak susah pun . Campur campur & tabur tabur je . Bolehlah cuba sekarang *berlari ke jusco untuk cari Chia seed .
cara amalkan chia seed , cara amalkan chia seed dengan betul, cara amalkan chia seed untuk kurus,cara amalkan chia seed senang,cara amalkan chia seed , cara makan chia seed, cara betul makan chia seed, chia seed kebaikan, manfaat chia seed, bahaya chia seed, chia seed merbahaya, kesan sampingan chia seed, chia seed sedap, chia seed kurus, harga chia seed, chia seed resipi
19 comments
ooo boleh kuruihkan badan...patut ramai yg dok pulon ber Chia Seed... gini kebaikannya...
ReplyDeletehaha byk lg kak kebaikannya. tp antaranya elok utk hat nk kuruih la
DeleteChia Seed ni rasa apa ea? manis ..kelat..pahit or tiada rasa..?
ReplyDeletexdak rasa pon. tgk la cmpur dalam apa. campak dalam air coklat rasa la coklat hehe
DeleteMahai dak harga dia? rupa dia seiras bijik selasih..adik beradik ea..?
ReplyDeletemahai gak kak. brpe gram dah rm20 cmtu. xsama kak, lain spesis hehe
DeleteX MAHAL LA. 100GRM BARU 10.00
DeleteBeli kt love earth tu..x mhal sgt..
DeleteSalam....Singgah pagi jumaat...
ReplyDeleteitu la...masih lagi membaca dan mengkaji tentang khasiatnya.. :)
wsalam. khasiatnya boleh tahan byk & hebat jugak. kne rajin amalkan bru dapat rasa sendri ehehe
Deletemasa akak buat baby food dlu.. mmg ada guna chia seed. bagus sgt. ltk juga dlm overnight oat..
ReplyDeletebaby pon elok makan kan kak? ala rajinnya buat overnight oat. dah lama plan nk buat tp x buat2 haha
Deletemahal tak chia seed ni?
ReplyDeletemahal jugak. biasanya berapa ratus gram cmtu dah rm20+
DeleteEna pun tengah amalkan.. memang best... hope dapat kuruih kan diri.. hehehe
ReplyDeletehihi jom inaa, sesi menguruskan badan pulakk kite
DeleteSaya pun baru start with chia seeds. Campur kat oatmeal and protein powder for breakfast..kenyang sampai tengahari..best
ReplyDeletewahh siap cmpur protein hehe. nnt nk cuba lahh. bg terkawal sikit perut ni hehe
Deletei baru je nak start guna chia seed ni. thanks untuk perkongsian :)
ReplyDelete