Resepi : Natural Energy Drink (Air Detox) - Chia Fresca

Thursday, November 26, 2015

Sejak ramai yang sedar akan kelebihan ber-detox ni , masing masing semua rajin usung botol air berisikan lemon , timun dan limau nipis kehulu kehilir. Menariknya tentang detox ni ialah ia sangat sangat membantu dalam dapat mengurangkan berat badan disamping melancarkan sistem penghaman dan mengeluarkan toxin daripada dalam badan ( nama pun detox kan? )

Cara termudah untuk detox hanya lah dengan merendamkan beberapa kepingan lemon , limau nipis atau apa apa sahaja buah yang korang suka didalam sebotol air masak. Tak kisah sebenarnya nak guna buah apa , tapi yang paling femes untuk kurang kan berat badan -- LEMON!

Nak tak satu lagi tips bonus untuk tambahkan extra special dekat air detox korang?

Tambah kan Chia Seed!

Tak habis habis dengan chia seed kan? hihi nak buat macam mana , dah chia seed ni memang best . Untuk korang yang dalam berdiet ,  nak kurangkan 'craving' nak makan itu ini, nak kurangkan selera makan, nak cepatkan proses pembakaran lemak , boleh lah try resipi air detox ni.

Baca sini : [Manfaat menarik Chia Seed untuk kurus!]

Air detox ni lebih dikenali sebagai Chia Fresca . Chia Fresca ni merupakan sejenis minuman tenaga yang sangat femes dikalangan orang mexico & di central america. Minuman yang mudah sangat nak disediakan , tetapi sangat berkesan dalam 'boost' kan tenaga & juga membantu korang sentiasa rasa kenyang dan hydrated. Nak cuba tak? Jom kita tengok resepi bagaimana nak sediakan Chia Fresca ni





Resipi : Air Detox - Chia Fresca

Bahan bahan

2 cawan air ( bergantung pada berapa litre botol yang korang guna ) - boleh juga gunakan air kelapa
1 - 1 1/2 sudu besar - chia seed
1/2 sudu besar perahan lemon / limau ( tak kisah mana mana yang korang prefer, untuk tambahkan rasa masam masam sedap pada air ni )
Sweetener - boleh gunakan stevia / mapple syrup atau pun madu. Biasanya madu je ada kat rumah, cekau je madu . dalam 1-2 sudu , terpulang mana sesuai dengan tekak. 

Cara cara


  1. Campurkan chia & air kedalam bekas, kacau kacau bagi sebati dan biarkan selama 10 minit untuk biarkan chia seed tu mengembang . Lebih disarankan korang sediakan dalam botol, mudah nak 'shake shake shake ' nanti , untuk leraikan chia seed daripada bergumpal .
  2. Tambahkan perahan lemon/limau dan campurkan bahan pemanis pilihan korang tadi. Kacau kacau kacau , shake shake dah boleh minum!


Biasanya chia seed ni memang akan berkumpul dekat dasar botol , spesis macam cincau dengan cendol lah. sebelum minum, goncang goncangkan lagi botol tu ye .

Lagi resepi chia seed : [ Chia Seed Chocolate Pudding!]

Korang tahu tak kelebihan lain yang ada pada chia seed ni?  Ha klik sini untuk baca entry [Manfaat menarik Chia Seed ( p/s : especially untuk kurus )]

Selamat mencuba !











Related search : resepi menarik chia seed, resepi chia seed untuk kurus, resepi chia seed mudah, resepi air chia seed, chia seed detox water, air detoks chia seed, chia seed untuk kurus, chia seed mengenyangkan, chia seed kelebihan, chia seed kebaikan, chia seed keburukan


5 comments

  1. menarik tapi mana nak cari chia seed tu huhuuu

    ReplyDelete
  2. @sue izza : kaksue, ni farah beli dekat jusco. biasanya jusco atau cold storage ada jual . tapi agak mahal sebekas, dalam rm20 juga. tapi sekali guna sikit je

    ReplyDelete
  3. Cool stuff you have and you keep overhaul every one of us. Davie energy drinks

    ReplyDelete
  4. I wanted to thank you for this excellent read!! I definitely loved every little bit of it. I have you bookmarked your site to check out the new stuff you post. Monster energy drink reviews

    ReplyDelete
  5. I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post. which energy drink is the best

    ReplyDelete

On My Instagram