Manfaat menarik Chia Seed ( p/s : especially untuk kurus )

Wednesday, September 16, 2015

Salam and hi korang!

Sejak dua menjak setelah timbulnya kesedaran tentang betapa 'tembamnya' iols sekarang , aku mulakan beberapa inisiatif baru untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat ( healthy lifestyle gitew) . Aku yang sebelumnya seorang yang kurus cekeding , sekarang sudah diberi tamparan hebat oleh sesuatu yang dipanggil 'hormon'.Semenjak encik hormon ni berpaling tadah dengan aku,aku mulai merasakan perubahan mendadak pada pipi , peha dan part part yang sedih nak disebutkan haha.



Aku sebenarnya pun confuse juga, salah siapa yang sebetulnya? Encik hormon ke cik metabolism? Tak kisah lah siapa salah , yang penting sekarang aku dah mula jelas dengan apa perlu aku buat. Kalau selama ni aku terlalu selesa dengan beberapa gaya hidup yang tak berapa nak sihat ( contohnya : makan lepastu tidur , makan laju laju macam ular , malas bersenam ,  kuat makan fast food etc ) , sekarang ni dah dapat 'wake up call' sambil menyanyi lagu 'Malaysia cergas, yeah!' (tiba tiba)

Aku mulakan dengan penambahan beberapa aktiviti harian seperti bersenam dan juga mengubah beberapa tabiat serta cara pemakanan . Daripada sibuk mengikat perut , aku lebih prefer cara mengawal pengambilan kalori untuk sehari daripada desperately tak nak makan langsung, which is not good.

Sesuatu yang penting dalam pemilihan makanan, lagi lagi untuk berdiet ialah , mengambil kira makanan yang diambil tu bukan sahaja sihat , malah berupaya untuk memberikan beberapa lagi manfaat untuk tubuh badan disamping membantu untuk 'mencairkan lemak' dan memberikan tenaga. Tak lupa juga perlu untuk membantu korang rasa lebih kenyang . Bila rasa kenyang , tak ada lah craving nak makan benda merepek merepek sangat . Kan?

Untuk sarapan , aku utamakan pengambilan Chia Seed. Chia seed boleh didapati di supermarket besar besar. Tapi sekarang pun dah ada ramai seller online yang jual Chia Seed ni. Yang penting , cari yang organik . Barulah dapat manfaat sepenuhnya Chia Seed tu . 
Kenapa Chia Seed?

Chia seed boleh dimakan secara begitu sahaja dan sesuai untuk di tambahkan kedalam apa jua makanan dan minuman. Selain daripada mengenyangkan (sebab chia seed ni akan mengembang , buatkan makanan/minuman lebih pekat & likat) , chia seed juga mengandungi pelbagai nutrisi. Jadinya , hanya dengan tambah beberapa sudu chia seed kedalam makanan korang, automatik korang dapatkan nutritional benefit sekali. Tapi jangan lah tabur dalam burger mcd ke , dalam maggi ke , yang tak sihat tetap tak sihat hehe.

Antara MANFAAT Chia seed yang seronok didengar :


  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Menguatkan sistem ketahanan badan (immune system)
  • Dapat membantu mengurangkan berat badan
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membersihkan colon
  • Membantu untuk detox kan badan daripada sisa toxin
  • Dapat mencegah kanser
  • Baik untuk penghadaman
  • Merawat masalah sakit otot
  • Membantu kita mendapatkan kulit , rambut dan kuku yang lebih sihat 

DID YOU KNOW?Chia contains five times more calcium than milk, seven times more vitamin C than oranges, three times more iron than spinach , twice the pottasium content of banana and eight times more Omega 3 than salmon!



Best je bila baca kelebihan chia seed ni kan? Kecik kecik cili padi orang kata . Part kurus dan kulit cantik tu memang buatkan gegirls semua taksabar nak berlari ke kedai berhampiran untuk beli Chia Seed kan?

Sebenarnya ada banyak lagi manfaat chia seed ni , korang boleh lah google untuk maklumat lanjut.

Ada pelbagai cara dan resepi untuk menghasilkan makanan yang sedap sambil menikmati manfaat chia seed ni .


Korang boleh taburkan keatas roti , campurkan dalam smoothies , tambahkan kedalam air detox , ataupun dibuat puding. Nak masukkan dalam masakan lain pun boleh . Chia seed ni tak ada rasa pun , cuma texture nya sahaja yang berbiji biji . Macam korang makan 'bubble' dalam air coolblog tu. Rugi taw kalau tak mula tambahkan chia seed dalam menu korang harini. Kalau tak start harini , bila lagi?

Untuk gegadis dan jejaka jejaki diluar sana yang berhasrat nak kuruskan badan , bolehlah amalkan chia seed kedalam diet korang . All the best ! (untuk aku sekali , hihi)





Related search : manfaat chia seed, chia seed untuk kurus, pemborong chia seed ,  chia seed malaysia , dekat mana boleh dapatkan chia seed, cara makan chia seed, chia seed dalam air, kegunaan chia seed, kelebihan chia seed, chia seed untuk kurus, chia seed murah malaysia , chia seed menguruskan, chia seed untuk cantik


23 comments

  1. Wife pun ada beli chia seed kat 11street 3 packs 200gram/each offer RM 40, free postage. Order 20hb, hari ni terima. Wife masukkan dalam air mineral. Rasa macam selasih je, boleh diterima tekak. Banyak khasiat berbaloi jugak beli. Harga pun berpatutan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg elok tapi tula, pricey sikit

      Delete
    2. sya ada jual chia seeds organic murah n berkuality. sy pon amalkan chia seeds ni 👍🏻👍🏻. kalo nak bleh whatsup. 017-3374225. 500g rm25. 1kg rm50. TQ 😁

      Delete
  2. ada side effect tak mkn chia seeds nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terlebih makan boleh menyebabkan kembung berlebihan dan cirit birit. kene tau cara pengambilan. huhu sebab dah terkono... hanya 1 sudu teh setiap hari. tu pun sy makan yg dah kembang dalam air... kalau makan yang belum kembang kite kene minum air banyak banyak banyak sebab dia menyerap air dalam badan. nanti badan jadi lain macam, kalau x caye boleh cube. btw, sy jual chiaa seed. haha

      Delete
    2. betul tu naha yusnora , sy pun rase mcm tu , sampai gastrik hahahaha . cirit birit teruk :x

      Delete
  3. hehe betul. makan kne ikut sukatan. xleh main belasah je :D

    ReplyDelete
  4. Saya baru cuba kira okla tekak boleh terima.. Sis macam mana dah ada perubahan lom?

    ReplyDelete
  5. Sy baru nk mencuba...utk air mineral 2 liter bpe sudu perlu dimasukkan chia seed yek...mohon info

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti exact amount. tpi xyah letak banyak pun. 1-2 sudu dah cukup dah. kalau byk2 kang jadi puding pulak air tu hehe

      Delete
  6. kalau menyusu boleh x mkn chia seed ni?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sis. sy tak pasti pulak tentang ni. maybe boleh refer dengan yg lebih tahu

      Delete
    2. Sy breastfed jg.. xde kesan sampingan cme susu alhamdulillah mkin meriah

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik byk bole kurang lg ke harga

      Delete
    2. Sy nak beli chia seed 1kg.. mcm mana nak contact sis. Ni no phone sy 017-9653590

      Delete
  8. Very good blog post.Really thank you! Really Great. Chia seed pudding

    ReplyDelete

On My Instagram