Selama ni selalu dengar jenama Innisfree ni dekat TV je , lagi lagi bila melayan cerita korea, Innisfree selalu keluar dekat credit. Kalau tengok tutorial makeup Pony pun memang banyak guna produk Innisfree . Aku ingatkan Innisfree ni cuma boleh beli secara online je, taktahu pulak rupanya diorang ni dah ada dekat Malaysia iaitu di Sunway Pyramid, Pavilion dan Paradigm Mall .
Haritu sajelah jalan jalan dengan Wani dekat Paradigm . Mula mula masuk Sephora , bila jalan depan sikit tengok 'eh , ada Innisfree lah!' . Awal awal tu rasa ragu ragu dan malas nak masuk sebab :
1. Malas nak semak dengan promoter yang suka ikut bontot
2. Takut range harga mahal dan luar kemampuan
Tapi, bila dah masuk , ternyata sangkaan aku salah salah belakeeww .
Rupanya, range harga barangan dekat Innisfree ni murah murah je , dan sangat berpatutan . Rasanya yang jual online dekat Althea & Hermo tu lagi mahal sikit dari harga kedai .
Lama jugak lah aku dengan Wani dekat dalam Innisfree tu. Terus berkampung 2 jam dekat dalam tu hahaha . Terlebih seronok tengok macam macam ada ... daripada skincare, nail care , body care dan juga make up .
Nak beli banyak banyak tapi bajet dah lari haha sebab sebelum tu dah shopping sakan dekat Sephora dengan Elianto . Last last , end up beli 3 ketol ni je
1. Innisfree No Sebum Mineral Powder (RM24)
2. Innisfree No Sebum Blur Primer (RM40)
3. Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm (RM20)
Aku memang dah lama aim dekat tiga tiga produk ni , sebab memang femes dan menjadi kegilaan gegadis dekat Korea sana nun . Lagi pulak, aku memang ada masalah dengan sebum & pori pori yang terlalu visible . So moh la kita cuba dan tengok .. betul ke diorang ni power menentang minyak berlebihan pada muka dan mampu kurangkan appearance pores .
Nantikannnnn ... jeng jeng jeng hahaha
Innisfree No Sebum Mineral Powder review, Innisfree No Sebum Mineral Powder malaysia, review Innisfree No Sebum Mineral Powder , testimoni Innisfree No Sebum Mineral Powder , innisfree paradigm mall, innisfree sunway pyramid, innisfree pavilion, innisfree bagus, Innisfree No Sebum Mineral Powder bagus, Innisfree No Sebum Mineral Powder untuk kulit berminyak, Innisfree No Sebum Mineral Powder kurangkan minyak, Innisfree No Sebum Blur Primer , Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm
2 comments
Wow cam menarik je..
ReplyDeletecamna bile dah pakai...okay tak?
ReplyDelete